Meditasi
merupakan berdiam diri dan mengosongkan fikiran sehingga minda anda betul-betul
berada pada tahap ketenangan total. Ada kalanya meditasi disebut sebagai
bertafakur, berfikir ciptaan Tuhan dan sebagainya.
Ada
yang menyatakan meditasi HARAM? Betul Ke?
Meditasi
sebenarnya sekadar merendahkan gelombang otak ke tahap yang rendah dimana diri
anda akan berada pada tahap antara tidur
dan jaga. Ketenangan yang total menjadikan diri anda betul-betul dapat
merasakan NIKMAT bermeditasi. Jadi dimana HARAMNYA???
Bagi
saya keharaman satu-satu perkara itu dilihat pada cara ia dilaksanakan.
Meditasi mungkin akan jadi haram sekiranya ia dilakukan berserta dengan
ritual-ritual pelik antaranya bermeditasi dengan asap kemenyan, bacaan-bacaan
mentera yang tidak difahami, meditasi dengan bantuan jin sehingga dikatakan
boleh terbang dan lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun,
kita jangan lah cepat menuduh satu-satu perkara itu HARAM dengan hanya melihat
pengamalnya dan kita tidak suka cara ia dilaksanakan. Jadi kita terus
menyatakan ia HARAM. Sedangkan makan “panadol” pun jika kita anggap ia
menyembuhkan maka boleh jatuh syirik dan haram kerana kita tidak meletakkan
Allah sebagai MAHA PENYEMBUH....
Oleh
itu, buka minda anda. Berfikiran lebih terbuka dan jadikan Allah sebagai tempat
berserah.
Meditasi mempunyai banyak kebaikan dan keistimewaan. Antaranya,
menenangkan minda, meningkatkan tahap tenaga anda, mempercepatkan kesembuhan
luka, membersihkan toksik tubuh dan banyak lagi.
Di Washington, satu kajian dibuat dan
menunjukkan amalan meditasi bukan setakat mengurangkan tekanan tetapi membantu
memperbetulkan aliran tekanan darah tinggi selain mengatasi pelbagai kesan
sampingan dan keburukan akibat pengambilan ubat anti tekanan.
Ketua penyelidik Dr James W Anderson yang
juga professor perubatan falkulti perubatan universiti itu, mendakwa
pengurangan tekanan darah sedemikian boleh mengurangkan ancaman atau risiko
penyakit berkaitan, termasuk masalah jantung.
Lebih menarik lagi, pengurangan itu
berlaku tanpa sebarang kesan sampingan pengambilan ubat berkaitan.
Meditasi
mempunyai banyak kebaikan. Dengan mempelajari KUNDALINI REIKI (level 2 ke atas
sahaja) anda akan diajar untuk melakukan meditasi dengan cara yang betul tanpa
membebankan anda. Malah jika anda nyatakan tiada masa langsung, saya akan ajar
cara untuk melakukan meditasi bagi mereka yang betul-betul sibuk...
Meditasi
Kundalini Reiki tidak melibatkan olah nafas yang berat seperti amalan tenaga
dalam yang lainnya. Ia sekadar melibatkan pernafasan seharian kita sahaja.
Malah
anda akan diajar banyak lagi kelebihan Kundalini Reiki yang berfungsi tanpa
had. 1001 hajat akan dicapai jika pengamalan secara konsisten oleh anda.
Jika
anda ingin mengubah diri anda maka belajarlah Kundalini Reiki. Ia method yang
akan memudah cara kehidupan anda seharian.
Hubungi
saya secepat mungkin bagi merialisasikan impian anda.
Moga
anda beroleh kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan