Memaparkan catatan dengan label Reiki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Reiki. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Januari 2014

AFIRMASI DI DALAM REIKI


Salam sejahtera untuk anda, moga beroleh ketenangan hendaknya..

Bahagia dan duka dalam kehidupan lumrah di dunia ini. Ada kala kita gembira, ada kala kita bersedih. Dunia hanya untuk kita mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat yang kekal abadi. Carilah bekalan itu semampunya. Lakukan apa sahaja kebaikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita tidak tahu sama ada amalan itu diterima atau tidak tetapi dengan belas ihsan daripada Allah, moga diterima seadanya. Setidak-tidaknya dengan berkat usaha untuk berubah itu, Allah akan berikan kunia yang besar iaitu 'syurga'. Tempat yang penuh dengan nikmat yang tidak mampu digambar dek mata.

Itu mukadimah untuk entri kali ini..

Hari ini saya ingin berkongsi tentang afirmasi di dalam aplikasi Reiki. Apa itu afirmasi?? Afirmasi adalah saranan untuk kita lakukan sesuatu bagi beroleh apa jua manfaat. Itu apa yang saya tahu. Afirmasi juga dikenali sebagai 'doa'. Apa yang kita inginkan maka kita lestarikan dengan kata-kata indah bagi menjadikan apa yang kita mahu menjadi realiti.

Terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi afirmasi iaitu:

  • Keyakinan kita
  • Susunan kata daripada afirmasi yang dibuat
  • Kepasrahan 
  • Ketenangan
Itu antara perkara yang mempengaruhi afirmasi, mungkin lebih banyak lagi. Dengan kata-kata mudah adalah berapa banyak keyakinan kita maka ia mempengaruhi berapa kuat afirmasi itu bagi ia mampu untuk wujud di alam nyata. Kita adalah seperti apa yang kita fikirkan. Makin tenang dan pasrah kita maka makin kuat afirmasi itu. 

Selain itu, kuat atau tidak satu-satu afirmasi berkaitan dengan susunan kata yang kita ucapkan daripada afirmasi itu. Yang terbaik kita perlu ucapkan afirmasi dengan lengkap. Contoh afirmasi yang tidak lengkap:

 "Ya Allah berikan aku murah rezeki..."

Afimasi ini terlalu umum dan tiada spesifikasi. Kita hanya minta murah rezeki. Mungkin rezeki di sini bermaksud 'mudahkan kita bergerak', 'mudahkan kita makan' dan sebagainya. Contoh afirmasi yang sesuai adalah:

"Ya Allah aku mohon Kau penuhkan poketku dengan duit RM3000 setiap bulan yang datangnya dari rezeki yang halal pada tahun ini..."

Afirmasi ini lebih spesifik. Ia terus menjurus kepada tujuan sebenar. 

Allah Maha Mendengar. Walaupun kita ucap tidak jelas, Allah tetap tahu apa yang kita hendak tapi Allah hendak kita 'meminta-minta' kepada-Nya. Allah suka jika kita minta. Mintalah apa sahaja dan Allah akan makbulkannya. Ia mengikut keperluan dan kesesuaian kita di masa tersebut.

Afirmasi juga memerlukan 'TENAGA'. Tenaga ini seperti minyak yang memberi sumber bahan api kepada kereta. Makin kuat tenaga, makin pantas afirmasi menjadi nyata dan termakbul. Tenaga ini wujud daripada minda bawah sedar kita. 

Bagi  orang awam, minda bawah sedar ada tetapi ia tidak aktif untuk dimanipulasi bagi mencapai satu-satu tujuan. Dengan mempelajari Reiki, secara automatik pengamal Reiki mampu mendapatkan TENAGA bagi menguatkan afirmasi yang dibuat. Jika digabungkan dengan 4 perkara di atas, maka afirmasi menjadi SUPER POWER untuk termakbul. Insya-ALLAH..

Walaubagaimanapun, Allah jualah tempat kita meminta dan Dialah yang akan memakbulkan apa saja pemintaan kita. Kita cuma hamba yang sentiasa meminta-minta. Moga kita tergolong pada hamba-NYA yang doanya sentiasa termakbul..Amin..

Sekian dulu, sebarang pertanyaan tentang Kursus Reiki boleh hubungi saya..

Yakin, Usaha, Pasrah...




Rabu, 1 Januari 2014

ILMU BAGI PEMULA


Salam sejahtera untuk semua moga pemulaan tahun 2014 ini dilimpahi rezeki yang berkat daripada Allah.  Ketenangan hati perlu dicari dan ia hanya akan hadir jika anda dekat dengan Maha Pencipta. Rezeki yang melimpah ruah tanpa ketenangan umpama pohon rendang yang berbuah lebat tetapi buahnya tidak bisa dimakan. Busuk dan berulat. Itulah perumpamaan jika seseorang  berharta tetapi selalu sahaja tertekan dengan seseorang yang biasa-biasa tetapi cukup segalanya. Hati tenang tiada tekanan.


Rasa tenang jika berharta,
Hidup tenang tiada ganti,
Berjalan dibumi yang melata,
Mencari ketenangan di sana nanti.


Cukup dulu mukadimah di awal tahun ini. Berbalik kepada tajuk entri kali ini iaitu “ilmu bagi pemula”. Pemula adalah seseorang yang baru di dalam satu-satu lapangan. Di dalam konteks ini, saya menjuruskan kepada seseorang yang baru untuk mengenal dunia berkaitan ilmu tenaga.

Sebagai pemula anda perlu terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan satu ilmu yang sangat penting iaitu “ilmu mengenal diri”.  Anda perlu kenal diri anda dan pencipta anda baru anda layak untuk mendalami ilmu berkaitan tenaga tapi mengapa?

Tenaga bersifat ghaib. Jadi anda perlu mengenal pencipta perkara ghaib iaitu ALLAH. Perkara-perkara ghaib jika tersalah tafsir membawa erti yang berlainan. Saya bukanlah pakar dalam hal-hal sebegini tetapi sekadar memperingatkan kepada anda dan diri saya sendiri. Anda perlu belajar dengan yang pakar untuk mengenal diri anda sendiri barulah anda akan kenal siapa Maha Pencipta.

Ilmu tenaga adalah sebahagian ilmu Allah. Ia umpama setitik air laut. Terlalu luas ilmu ini. Jika anda belajar satu bahagian daripadanya, pada bahagian lain ia masih lagi lompang. Mencari ilmu tiada had masa dan penamatnya. Jika ada seorang Master Ilmu Tenaga, anda juga perlu belajar dan terus belajar. Tiada nohtah dalam menuntut ilmu.

Ia bukan lah ilmu yang sukar. Jika ada kenal diri maka dengan sendirinya anda kenal siapa Maha Pencipta. Ilmu ini membawa anda kenal siapa makhluk dan siapa “kholiq”. Dengan itu, anda tidak akan sombong dengan ilmu yang dimiliki. Anda perlu serahkan segala kelebihan kepada Allah. Jika anda mampu mengubati seseorang, maka serahkan kelebihan itu kepada Allah. Allah Maha Penyembuh dan bukannya anda. Ini adalah sebahagian ilmu mengenal diri.

Kelebihan yang berlaku sekadar mengwujudkan keyakinan kita kepada Allah. Menguatkan iman dan menjauhi syirik. Reiki juga begitu. Ilmu Reiki membawa anda kenal siapa diri anda dan Allah. Kelebihan yang ada diserahkan kembali kepada Allah. Konsep “PASRAH” diamalkan didalam pengamalan Reiki. Di dalam Islam kita sebut “TAWAKAL”. Ada yang mengatakan ia berbeza tetapi ia membawa maksud akhir yang sama. Anda tiada apa-apa. Anda tiada daya dan upaya melainkan kepada Allah jua anda serahkan segalanya.

Moga anda dan saya beroleh rahmat dan berkat daripada-Nya.


Yakin, Usaha, Pasrah..





Isnin, 23 Disember 2013

Kursus Kundalini Reiki 2014


Salam semua, moga mendapat kecerahan didalam kehidupan insya-Allah..

Pejam celek, pejam celek kita sudah berada di bulan disember 2013 dan beberapa hari lagi akan mengenjak ke tahun 2014. Ini bermakna telah setahun blog ini di"lahirkan". Alhamdullillah..

Saya akan terus dengan usaha saya untuk menyebarkan ilmu Kundalini Reiki kepada rakyat Malaysia. Niat saya adalah untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini dengan anda semua. Saya bukan pandai atau "terer" tentang Reiki tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat dengan anda semua.

Di Malaysia terlalu banyak Kursus-kursus Reiki yang ditawarkan. Pelbagai cara dan teknik yang ada. Anda hanya tinggal pilih sahaja. Ada yang mahar ribuan ringgit sehingga ratusan ringgit dengan kelebihan masing-masing. Anda yang menentukan..

Sempena tahun 2014 yang bakal menjelma, saya mengucapkan selamat TAHUN BARU kepada semua. Bina kembali impian dan cita-cita agar terus digapai. Jangan berputus asa.

Kursus Kundalini Reiki tetap ada dan saya akan jalankan sehingga nyawa dikandung badan insya-Allah.. Perubahan demi perubahan saya akan berikan bagi memberi kefahaman kepada anda untuk mendalami ilmu Allah ini.

Untuk mengetahui Mahar  bagi tahun 2014 dengan 5 ilmu BONUS boleh hubungi saya SEGERA semestinya tanpa bayaran tambahan yee..

Moga anda beroleh kejayaan dunia akhirat AMINN..

Yakin, Usaha, Pasrah....




Selasa, 17 Disember 2013

REIKI DAN TUMBUHAN


Tenaga Kundalini Reiki dapat diaplikasikan kepada tumbuhan. Tumbuhan dapat mengesan tenaga Kundalini Reiki dan bertindak balas dengannya berbanding manusia.  Gelombang yang dikeluarkan oleh tenaga Kundalini Reiki bersifat halus dapat menyuburkan tumbuh-tumbuhan.

Kundalini Reiki terlalu mudah dipelajari dan diamalkan. Bagi seseorang petani, boleh menggunakan tenaga Kundalini Reiki terhadap tanam-tanamannya. Ini bermula semenjak biji benih disemai. Petani hanya perlu memegang atau menyentuh biji benih dan berniat mengalirkan tenaga kepada biji benih. Petani juga perlu berdoa kepada Maha Kuasa agar biji benih tersebut dapat tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang banyak dan berkualiti. Nikmati dan rasai aliran tenaga serta pasrah dan senyum. Tanam biji benih dengan penuh “kasih sayang” dan ikhlas. Siram dan berikan baja mengikut keperluan.

Lihat perkembangan tanaman tersebut. Petani boleh mengalirkan tenaga Kundalini Reiki setiap hari. Tanpa perlu sebarang konsentrasi, hanya senyum dan pasrah.  Tumbuhan akan berinteraksi terhadap tenaga Kundalini Reiki dan “kasih sayang” petani.

Saya telah membuat satu uji kaji dengan menanam satu biji benih. Saya alirkan tenaga Kundalini Reiki dan berikan “kasih sayang”. Pokok itu telah tumbuh dan mula berinteraksi dengan tenaga Kundalini Reiki yang saya berikan setiap hari. Selama 9 hari saya telah pulang ke kampung dan terlupa untuk menyiram pokok tersebut.  Saya sangkakan pokok tersebut pasti akan kering kerana tidak mendapatkan air. Apa yang mengejutkan saya selepas 9 hari tidak diberi air, pokok tersebut masih segar dan tidak menunjukkan akan kering atau mati. Ini satu keajaiban!!

Pokok yang telah dialirkan tenaga 
Kundalini Reiki tetap subur walau 9 hari
tidak diberikan air


Mana mungkin satu pokok yang masih kecil dapat bertahan tanpa sebarang air selama 9 hari. Ini semua adalah kerana kuasa daripada Tuhan. Asbab daripada tenaga Kundalini Reiki yang dialirkan dapat memberi “kesegaran” kepada pokok tersebut.

Kesimpulannya, Kundalini Reiki dapat diaplikasikan terhadap tumbuhan. Anda hanya perlu  senyum dan pasrah..


Yakin, Usaha, Pasrah..





Ahad, 15 Disember 2013

Reiki dan Rawatan Jarak Jauh


Kundalini Reiki merupakan salah satu kaedah merawat secara alami menggunakan "tenaga alam". Reiki sama sekali tidak melibatkan campur tangan jin mahupun syaitan. Anda perlu mendapatkan rawatan secara benar malalui pengamal Reiki yang sebenar.

Saya ada berjumpa pengamal perubatan Islam di Johor. Saya gelarkannya sebagai "ustaz". Ustaz berumur 20an itu saya jumpa sebagai menemankan seseorang bagi mendapatkan rawatan secara Islam. Saya dapat rasakan ketenangan ketika memasuki permis pusat rawatannya dengan alunan bacaan ayat rukyah dan bau-bau wangian. Selepas berbicara sebentar, saya secara spontan bertanya kepada ustaz sama ada bolehkah rawatan jarak jauh dilakukan?

Jadi berikut adalah jawapan ustaz:

" Kami tidak melakukan rawatan jarak jauh. Hanya bomoh sahaja yang akan berbuat demikian.." Jawab ustaz secara spontan.

Jawapan ustaz ini membuatkan jantung saya terkejut tidak semena-mena hati saya berbicara:

" Kan doa tu sebahagian daripada rawatan jarak jauh.." Bisik hati saya sendirian.

Ustaz sekali lagi menambah:

" Rawatan jarak jauh hanya dilakukan oleh bomoh yang ada jin kerana mereka meminta bantuan daripadanya.." 

Teng - Teng - Teng..

Mungkin itu adalah pendapat peribadi ustaz berkenaan. Selepas daripada itu, kami bereda dan kawan saya membeli cd ayat rukyah daripada ustaz.

Bagi saya sebagai pengamal Reiki dan Terapi Aura serta selaku orang awam yang menganut agama Islam berpendapat, Rawatan Jarak Jauh tiada bezanya dengan bacaan doa seseorang kepada kawannya yang berada jauh. Ia juga umpama doa seorang ibu kepada anaknya agar sihat dan murah rezeki. Jadi dimana peranan jin atau syaitan disini????

Para ustaz tidak patut secara melulu menuduh Rawatan Jarak Jauh bersangkutan dengan pengaruh jin dan syaitan.

Ini sebenarnya melibatkan tentang TENAGA semata-mata. Doa, bacaan quran, zikir, kata-kata nasihat dan sebagainya mengeluarkan tenaga. Tenaga boleh bertukar sifat seperti tenaga kinetik bertukar kepada tenaga keupayaan (Fizik) tetapi tenaga tidak boleh dimusnahkan. Jadi tenaga yang terhasil dapat digunakan dan dimanipulasi untuk apa jua tujuan dan maksud bergantung kepada niat seseorang.

Reiki adalah sebahagian daripada kaedah manipulasi tenaga yang digunakan secara meluas di dunia. Malahan negara Barat mengiktirafnya sebagai kaedah alternatif dan banyak digunakan di hospital-hospital serta ia menjadi kajian sebahagian ahli-ahli pendidik di sana.

Pengamal Reiki juga boleh mengunakan teknik Jarak Jauh yang menjadi sebahagian modul di dalam ilmu Reiki. Ia sama sekali tidak menggunakan mentera dan sebarang khadam, jin dan syaitan. Hanya NIAT dan PASRAH kepada pencipta.

Kesimpulannya, Rawatan Jarak Jauh boleh dilakukan tetapi perlu dilihat kaedah dan teknik pengamal berkenaan. Reiki merupakan kaedah alternatif yang boleh mengaplikasi Rawatan Jarak Jauh secara alami. Hanya NIAT dan PASRAH. Kesembuhan penyakit adalah 100% di tangan Tuhan dan kita hanya perlu berusaha.

Yakin, Usaha, Pasrah..


P/S : Buat masa ini kami di Ilham Sejati tidak melakukan apa-apa rawatan. Kami hanya mengajar ilmu Terapi Aura Reiki. Insya-Allah dimasa akan datang bakal dilakukan rawatan. Kami tidak bersedia kerana banyak komitmen perlu diberikan terhadap perkara lain. Harap maklum.





Selasa, 12 November 2013

Attunement Jarak Jauh??


Sistem Reiki berkembang dan disebarkan dengan sistem penyelarasan atau attunement . Attunement adalah proses penyelarasan dan penghubungan tenaga pelajar dengan tenaga Reiki. Istilah attunement banyak dipakai oleh para Master Reiki dari dunia barat (dalam bahasa Jepun, disebut Reiju, yang bererti 'menerima tenaga')

Perumpamaannya seperti ketika anda membeli sebuah radio baru, ia tidak dapat digunakan sehinggalah anda menyelaraskan frekuensi / gelombang stesen siaran yang dikehendaki. Kemudian barulah anda dapat menerima & mendengar siaran radio tersebut.

Attunement dapat dilakukan secara berhadapan atau jarak jauh oleh Master Reiki. Ada yang bertanya Bagaimana Attunement Jarak Jauh Berlaku??

Reiki bagi saya umpama kita berdoa. Contoh, saya doakan anda sihat sejahtera walaupun kita berjauhan, tenaga yang terbentuk daripada doa itu tadi akan “bersinergi” dengan alam ciptaan Allah (sunatullah). Tenaga doa itu tadi “bergerak” menyempurnakan maksud daripada doa itu tadi. Apa yang perlu dibuat adalah berdoa dan serahkan kepada Allah untuk menetukan sama ada ia termakbul atau tidak. Ini dipanggil tawakal.

Dari contoh di atas boleh disimpulkan attunement boleh dilakukan secara jarak jauh. Master Reiki hanya memasang niat (seperti doa tadi) dan biarkan sahaja tenaga Reiki melakukan kerjanya secara automatik. Tenaga Reiki bersifat pintar dan bertindak seperti apa yang diniatkan oleh pengamalnya.

Reiki amat mudah dipelajari dan diamalkan. Anda hanya perlu ikhlas dan yakin dengan ilmu yang dipelajari. Amalkan secara konsisten dan selalu bertanya guru jika tidak faham. Keberkatan ilmu dapat dilihat apabila kita faham dan amalkan sepanjang usia kita.

Moga anda dapat manfaatnya..

Yakin, Usaha, Pasrah




Jumaat, 8 November 2013

SUSUN GALUR KUNDALINI REIKI

BERIKUT ADALAH SUSUR-GALUR RANTAIAN PENURUNAN ILMU KUNDALINI REIKI



Ole Gabrielsen



 Mohd Hisham Yahya



Mohd Azrul Mazlan






Selasa, 5 November 2013

Pengalaman Membuat Pedinding


Saya hendak bercerita tentang pengalaman saya semasa belajar dulu sewaktu satu Kem di sebuah sekolah selama 3 hari. Pada pemulaan Kem semua berjalan dengan lancar.

Saya selaku "fasilitator" bagi Kem tersebut. Semua peserta gembira semasa program berlangsung. Penyertaan 100% tanpa pengecualian dengan komitmen yang sangat bagus.

Di malam hari terakhir seperti biasa semasa semua peserta ingin tidur, saya dapat rasakan sesuatu sedang "memerhati" di tingkat atas bangunan sekolah. Namun begitu saya tidak dapat "melihat" dengan jelas cuma bayangan berwarna putih sahaja. Saya pun membuat pedinding dan diperkukuhkan dengan bacaan Ayatul Qursi beberapa kali niat untuk melindungi para peserta.

Al kisah, terdapat dua orang dikalangan peserta yang buat bising sehingga menganggu peserta lain. Jadi selaku orang yang bertanggungjawab saya mengambil tindakkan. Mereka dikenakan hukuman. Saya merasa sangat marah di waktu itu, tanpa sengaja saya telah berniat membuang pedinding yang telah dibuat sebelum itu.

Dijadikan cerita malam itu hampir menginjak pukul 3 pagi, dua orang budak itu menjerit-jerit seperti terkena histeria. Apabila menutup mata, mereka menjerit melihat lembaga berwarna putih (seperti gambaran yang saya lihat). 

Dalam firasat saya, mereka terkena gangguan "pocong". Kemungkinan kerana mereka berbuat bising di malam tersebut, mereka telah diganggu. Selepas diberi air penawar dan mulai tenang. Mereka seterusnya dihantar pulang bagi mengelakkan perkara yang lebih serius berlaku.

Apa yang boleh disimpulkan disini, tenaga boleh dimanipulasikan mengikut niat yang dibuat, yang penting yakin, lakukan dengan teknik yang BENAR serta niat kerana ALLAH.

Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Isnin, 4 November 2013

Reiki Ilmu Pedinding Semulajadi



Kalau search di internet tentang ilmu pedinding pasti banyak entri-entri yang menceritakan hal ini. Ilmu Pedinding secara kefahaman saya adalah penghalang yang dibuat agar tiada gangguan dari pihak luar yang mendatangkan bahaya. 

Banyak kaedah membuat pedinding dari islamik hingga lah ke ilmu-ilmu mistik. Ada yang boleh diterima akal dan ada juga sebaliknya. Antara kaedah yang popular adalah dengan bacaan Ayatul Qursi, azan, menanam pacak di 4 sudut rumah, menabur garam dan pelbagai lagi. Sebagai "pengguna" anda perlu memilih cara yang TERBAIK dengan tidak melibatkan pengaruh jin atau syaitan. 

Reiki adalah antara kaedah alami yang boleh digunakan untuk membuat pedinding secara semulajadi tanpa melibatkan jin atau syaitan. Anda hanya perlu memasang NIAT dan PASRAH kepada Allah. Kaedah yang digunapakai di dalam Reiki cukup mudah dan senang diamalkan. Tanpa mentera yang tidak difahami dan ritual pelik-pelik. Anda boleh mengabungkan bacaan-bacaan quran untuk pengguna Islam bagi mengukuhkan pedinding yang dibuat. 

Bagaimana pedinding ini berfungsi??

Apabila pengamal Reiki memasang niat untuk membuat pedinding, tenaga alam akan bertindak membentuk satu GETARAN di tempat yang diniatkan. Getaran tenaga ini bersifat positif yang menghalang getaran yang bersifat negatif melaluinya. Secara umumnya, hanya getaran tenaga positif bersifat semulajadi sahaja akan terbentuk. Tiada tenaga negatif dapat menembusinya. Namun begitu, proses ini perlu diulang setiap 14 hari sekali bagi memastikan getaran tenaga positif ini sentiasa berada di tahap optimum. Ia sama juga seperti lapisan ozon bumi yang menjadi pedinding kepada bumi dari panas. mentari.

Jadi kita dapat simpulkan, pedinding adalah perlu bagi memastikan kita sentiasa selamat dari perkara-perkara yang tidak baik cuma kaedah membuat pedinding perlu diberi perhatian serius agar tidak salah cara dan tidak menyesatkan akidah kita.

Yakin, Usaha, Pasrah..




Ahad, 3 November 2013

Aku, Reiki dan Keanehan


Sejak mendalami Reiki, aku dah kenal perihal getaran dan tenaga. Sedikit demi sedikit kefahaman terhadap ilmu Metafizik mulai menusuk ke mindaku..

Dulu sebut sahaja ilmu berkaitan metafizik (ilmu-ilmu bersifat ghaib) aku mesti cakap tahyul, penipu, tak betul. Tidak pernah terlintas yang ilmu itu juga datangnya daripada Allah. Ia adalah sebahagian ilmu Allah. Mungkin aku buta ketika itu. Tidak dapat membezakan yang benar dan batil.

Apa tidaknya. Tika aku "meneroka" laman sesawang, aku berjumpa pelbagai keilmuan yang tidak boleh diterima oleh akal manusia yang waras. Pelbagai ilmu merangkumi pelbagai jenis. Ada yang membolehkan pengamalnya nampak perkara ghaib, kebal, penyembuhan jarak jauh, pedinding, ilmu halau jin, ilmu khadam dan pelbagai lagi ilmu yang aku rasakan "bohong" belaka.

Itu dulu, tetapi kini aku mulai kenal. mana batil, mana benar. Walaupun dalam proses baru bertatih aku mengenal keilmuan ini tetapi aku rasakan ia semacam sebati denganku. Sejak aku belajar REIKI dan ilmu Tenaga Dalam TENDAI, aku mulai melihat 'keajaiban" di depan mata.

Dulu kalau aku lihat orang boleh pecahkan botol guna tangan, aku mesti cakap guna jin. Sekarang aku dah tahu. Semua itu ilmu membincangkan tentang tenaga. Botol berisi air dihentak secara "bersahaja" boleh dipecahkan dengan hanya memindahkan tenaga untuk "menghentam" botol dengan air menjadi perantara tenaga untuk mengalir memecahkan botol. Dimata kasar kita melihat botol pecah dengan hentakkan kuat tetapi ia sebaliknya. Ia pecah kerana tenaga dalaman pengamal dipindahkan melalui air sebagai medium bagi memecahkan botol. Tiada tipu muslihat atau guna jin.

Mentol dilepaskan separas pinggang aku boleh utuh dan tidak pecah. Aku sendiri melakukannya dan melihat keanehan itu. Memang tidak percaya tapi begitulah tenaga digunakan sebagai "melindungi" sesuatu mengikut apa sahaja niat kita. 

Banyak lagi keanehan yang dapat dilihat selepas mempelajari ilmu REIKI dan TENDAI. Ia hanya secebis pengalaman. Aku akan terus mengamalkan dan mempelajarinya.

Moga kamu semua dapat manfaat dan melihat keilmuan metafizik sebagai ilmu SAINS yang mengkaji perihal TENAGA secara umum. Tiada unsur JIN atau SYAITAN. Hanya kepasrahan kepada ALLAH secara total yang mengaku DIA lah Tuhan yang Esa.

Usaha, Yakin, Pasrah..





Isnin, 21 Oktober 2013

Reiki Penyembuhan Alami

Reiki membawa maksud  tenaga alam semesta. Secara fitrahnya tenaga alam digunakan oleh manusia secara tidak sengaja atau sengaja setiap hari.

Anda bernafas dengan udara ciptaan Tuhan dan menjana udara oksigen yang diserap oleh darah bagi menjalankan fungsinya. Jantung akan mengepam darah beroksigen dan membekalkannya kepada semua oragan-organ di tubuh anda. Tiada satu pun yang tertinggal.

Matahari membekalkan cahaya bagi proses fotosistensis dimana tumbuhan membuat makanan dan kita akan menjadikan tumbuhan ini sebagai makanan yang kelak membekalkan kita tenaga.

Air yang diminum kita akan menjadikan tubuh mampu mengerakkan kitaran sistem tubuh dengan sempurna. Air membersihkan tubuh dari toksik dan kotoran secara semulajadi dengan cara pembuangan air kencing dan peluh. Organ utama tubuh sangat memerlukan air untuk membolehkan ia menjalankan tugas secara optimum.

Setiap hari kita bergantung dengan tenaga alam sekitar. Ini adalah lumrah secara semulajadi ciptaan Tuhan. Seorang pengamal Reiki mengalirkan tenaga Reiki dengan hanya niat secara lisan. Pengamal akan menjadi medium tenaga Reiki untuk mengalir dan perlu diatur-atur. Tenaga Reiki akan mengalir menuju ke kawasan yang memerlukan. Secara semulajadi tenaga Reiki ini akan meningkatkan kemampuan tubuh untuk melakukan "Penyembuhan Diri Sendiri".

Secara alaminya Reiki membantu tubuh untuk kekal sihat. Kemampuan tubuh untuk sihat dapat dirasakan oleh pengamal selepas diberikan "penyelarasan" oleh Master Reiki. Imunisasi tubuh ditingkatkan bagi melawan penyakit. Dengan itu, pengamal tidak mula diserang penyakit seperti demam atau batuk. Jika berlaku pun, badan akan mudah untuk sembuh.

Semoga anda akan bertambah SIHAT dan kekal berjaya hidup di dunia dan akhirat..

Yakin, Usaha, Pasrah..



Khamis, 17 Oktober 2013

SENSASI SEMASA BELAJAR REIKI


Salam sejahtera semua….

Saya selalu dihujani dengan pelbagai soalan berkaitan sensasi semasa belajar Kundalini Reiki.

Antara soalan yang diajukan adalah:

“Saya nak tanya, saya buat meditasi dan terasa macam ada sesuatu warna oren kuning menyerlah warnanya tetapi tiba-tiba bertukar kepada warna hitam. Apa maknanya sebab saya keliru.??”

“Saya terasa tapak kaki sebelah kanan saya macam bergetar dan terasa sedikit kebas. Kenapa yer??”

“Selepas terima attunement dari Master Azrul, semasa meditasi nampak warna putih bersinar masuk melalui jantung saya. Kenapa ye….??”

Sebelum saya menjawab terus soalan ini mari kita berkenalan dulu dengan istilah yang selalu kita dengar semasa belajar Reiki iaitu KUNDALINI.

Banyak diperkatakan bahawa Kundalini adalah suatu kekuatan luar biasa yang terdapat dalam tubuh seseorang. Kundalini adalah berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud “gulungan”.

Dalam keadaan tidur (belum bangkit dan belum aktif) , kundalini berbentuk gulungan 3½ lingkaran yang terletak di sumsum tulang belakang manusia, tepatnya di bawah tulang ekor (perinum).

Ketika kundalini sudah bangkit dan aktif, ia akan merambat naik melalui jalur sushumna, menembus semua chakra dan akhirnya keluar dari chakra mahkota. Pada saat merambat naik, kundalini akan membersihkan semua jalur-jalur energi yang dilaluinya. Maka proses “pembersihan” energi berlaku ke tahap optimum ketika ini.

Cuba anda bayangkan anda hidup dari bayi hingga kini? Anda yang sudah hidup 19 tahun, 24 tahun, 30 tahun malah lebih dari itu pun ada. Sepanjang anda hidup pernahkah anda membersihkan saluran energi anda? 

Ia sebenarnya umpama saluran air yang mengalir. Kalau sudah berpuluh-puluh tahun tidak dibersihkan apa yang akan terjadi?

Mesti ada yang tersumbat dan mengalami “kerosakan” di bahagian-bahagian tertentu. Dan tidak hairanlah semasa proses “pembersihan” energi anda akan merasakan sensasi-sensasi tertentu ditubuh anda. Jadi ini adalah jawapan tepat bagi soalan di atas.

Pada umumnya, pengamal Reiki boleh merasakan hawa panas. Setelah berlatih dengan rutin beberapa lama, anda akan merasakan hawa panas di sekeliling telapak tangan dan ia akan ketara untuk beberapa ketika.

Tetapi, setelah berlatih lebih lama lagi, hawa panas ini akan berkurangan. Anda janganlah cemas dengan penurunan hawa panas ini kerana getaran / frekuensi tenaga Reiki anda telah selaras denagn tubuh anda. Ibaratnya, jika anda sudah biasa minum kopi panas, lama-kelamaan anda sudah tidak merasa begitu panas lagi. Betulkan??

Moga pencerahan ini bermanfaat untuk semua..


Yakin, Usaha, Pasrah..



Ahad, 6 Oktober 2013

PRINSIP HIDUP REIKI


Salam hormat untuk semua..Saya ingin berkongsi dengan anda tentang prinsip yang diamalkan oleh kebanyakan pengamal Reiki di dunia.

 Prinsipnya adalah seperti beriku:


  • Untuk hari ini saya tidak akan marah
  • Untuk hari ini saya tidak akan cemas
  • Untuk hari ini saya akan bersyukur atas semua kurnia
  • Untuk hari ini saya akan bekerja dengan baik
  • Untuk hari ini saya akan berbuat baik pada seluruh makhluk hidup


Dalam pembelajaran Reiki, pelajar diterapkan prinsip hidup Reiki yang bertujuan memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar. Dengan itu, pelajar tahu tujuan dalam mengamalkan Reiki dan tidak menyalah gunakannya.


Yakin, Usaha, Pasrah..




Sabtu, 5 Oktober 2013

Manchester United gunakan Reiki????


Salam sejahtera untuk semua. Moga anda sihat dan tenang senantiasa.

Berita di atas klik sini mengambarkan bahawa dunia barat sudah maju kehadapan dalam mengaplikasikan REIKI untuk tujuan "menghilangkan tekanan".

David Moyes selaku Pengurus Manchester United mengunakan kaedah Reiki bagi menghilangkan tekanan yang dialami oleh pasukannya.

Untuk pengetahuan semua, Reiki bukanlah sejenis urutan tetapi ia boleh diadaptasikan untuk tujuan urutan. Anda hanya perlu berniat untuk meng"akses" tenaga Reiki dan lakukan urutan tanpa perlu konsentrasi.

Urutan sebegini jika diamalkan boleh melegakan kesakitan otot sekaligus memberi keselesaan kepada pesakit yang diurut. Ini yang dikatakan sebagai "Sentuhan Emas".

Di Malaysia, urutan menjadi satu cara popular untuk merehatkan badan dan melegakan atot. Tetapi jarang didengari terapi Reiki digunakan untuk tujuan yang samakan???? 

Reiki telah lama diamalkan di dunia Barat walaupun ditemui di negara Timur. Sedikit sedih jika dibiarkan ilmu sebegini dibiarkan menyepi walhal ia telah menjadi satu teknik rawatan di Hospital-hospital Barat.

Diharapkan anda dapat bersama saya untuk menyebarkan ilmu Reiki. Belajar tidak salah, yang salah tidak mengamalkan apa yang dipelajari..

Sekian dari saya. Moga bermanfaat..

Yakin, Usaha, Pasrah..



Khamis, 3 Oktober 2013

Lembutkan Hati Orang Berhutang Dengan REIKI


Salam kasih dari saya untuk anda semua. Moga beroleh berkat dalam kehidupan seharian..

Jika bercakap tentang hutang mesti semua pernah berhutangkan??

Nak beli kereta, kita berhutang. Nak beli rumah, kita berhutang. Nak duit lebih pun ada yang sanggup berhutang. Biar papa saya bergaya. Itu adalah "trend" masa kini.

Namun begitu berapa ramai pernah mengalami dimana orang berhutang dengan anda. Orang itu pinjam sejumlah wang dan sukar lunaskan hutangnya dengan anda. Sakit hati???? Dah le hutang payah nak bayar, bila berjumpa buat-buat lupa pulak hutang itu..

Jadi bagaimana kita hendak orang itu bayar balik duit yang dipinjamnya dari kita?? Nak mintak segan..

Reiki ada penyelesaiannya. Bagaimana??

Dengan mempelajari Kundalini Reiki, anda akan diajar cara "mudah" untuk melembutkan hati kawan anda yang berhutang dengan anda.

Saya jamin 100% Tanpa jampi-jampi, Tanpa mentera, Tanpa amalan khurafat..

Saya akan kongsi dengan anda ilmu ini dengan hanya mempelajari Kundalini Reiki dengan mahar yang tersangat rendah. Dijamin mahar PALING RENDAH di MALAYSIA..

Insya-Allah anda akan dibimbing oleh saya Master Azrul selagi nyawa dikandung badan..

Sekian,

Yakin, Usaha, Pasrah..




Khamis, 26 September 2013

Mengapa saya belajar REIKI?????


Salam mesra untuk semua..

Moga anda dilimpahi aura positif sepanjang kehidupan anda.. InsyaALLAH....

Pada awal saya mendalami Ilmu Kundalini Reiki niat utama adalah untuk SIHAT.. Secara jujurnya dalam setahun saya pasti akan sakit. Paling tidak demam seminggu berturut-turut. Pernah dahulu saya sakit 2 - 3 minggu berturut-turut dan doktor mensyaki saya kena "denggi berdarah" tapi syukur pada Allah saya hanya "deman urat".. Otot saya sakit dan badan jadi tak sedap. 

Banyak wang dihabiskan bertemu doktor di klinik malah pernah berjumpa orang pandai @ bomoh. Ayat yang tidak dapat saya lupakan semasa bertemu bomoh mesti kena "tegur" kena usik dan macam-macam lagi..

Jadi saya mengambil "langkah bijak" mencari guru untuk belajar ilmu "mengubat diri sendiri".. Selepas membuat "kajian mendalam" dengan "abang Google".. Saya temui satu ilmu penyembuhan menggunakan tapak tangan iaitu Kundalini Reiki..

Tanpa banyak bicara saya bayar yuran anggaran RM1**** dan belajar secara berdepan dengan mahaguru saya kerana bagi saya jika kita nak sesuatu yang baik perlu berkorban. Tidak kira korban wang atau masa. 

Semakin mendalami ilmu Kundalini Reiki, saya merasakan ia ilmu yang sangat mudah dipelajari. Tanpa pantang larang. Tanpa melibatkan jin atau syaitan. Tiada istilah menurun panggil segala mambang. Tiada sebarang unsur MISTIK. Malah ia menceritakan ilmu berkaitan SAINS yang kita pelajari di sekolah dulu-dulu terutamanya bab TENAGA..Reiki mudah dipelajari.. Sesiapa sahaja boleh belajar Reiki.. Tidak melibatkan mana-mana agama di dunia ini..

Kini saya masih mendalami Kundalini Reiki dan ilmu-ilmu metafizik lainnya.. Saya berhabis ribuan ringgit untuk mempelajarinya malah ada ketikanya pernah tertipu. Namun begitu, saya yakin jika kita ikhlas dan berusaha kita tetap akan dapat mencapai apa jua hajat yang dikehendaki..

Seterusnya saya membuat keputusan untuk "berkongsi" ilmu yang dimiliki bersama anda semua. Bukan sebab saya pandai tetapi sebab saya minat dan ingin orang ramai di luar sana dapat belajar ilmu sebegini dengan yuran yang SANGAT RENDAH berbanding yang ada di tempat lain..

Selepas belajar, saya tidak akan tinggalkan anda sendirian kerana kita tetap dapat berbincang di group Reiki yang saya wujudkan di FACEBOOK.. Anda tidak perlu keluarkan ribuan ringgit seperti saya untuk mempelajari semua ini cukup sekadar yuran yang berpatutan dan keikhlasan untuk belajar.

Jika anda kata mahar / yuran yang saya kenakan "SANGAT MAHAL", saya cabar anda cari kursus Reiki yang murah sebab saya JAMIN 100% anda akan hampa. Kalau ada pun saya jamin anda sekadar belajar REIKI tetapi tidak MENDALAMINYA..

Malah anda saya akan bekalkan 5 keilmuan tanbahan secara PERCUMA jika mengambil pakej Master Kundalini Reiki. 5 keilmuaan ini jumlah maharnya hampir RM1000. Anda bebas untuk mempelajarinya tanpa bayaran tambahan.

Adakah saya menjual ilmu jika beri anda belajar 1 ilmu dari saya (Kundalini Reiki) tapi saya bagi 5 ilmu lagi secara PERCUMA???????

Perlu diingatkan juga, Kundalini Reiki adalah cara alternatif bagi mencapai apa jua maksud kita di dalam kehidupan. Ia tidak bermaksud mengantikan perubatan pakar di hospital. Jika anda sakit dan mengambil sebarang ubatan hospital, anda dinasihatkan untuk meneruskan rawatan kerana Kundalini Reiki adalah alternatif..

Kundalini Reiki adalah asbab sesuatu berlaku kerana apa jua yang terjadi adalah ketentuan Allah. Andai anda Berjaya dengan Kundalini Reiki maka itu adalah rezeki dari Allah. Sebaliknya jika anda gagal jangan disalahkan ilmu atau saya sebagai gurunya tetapi muasabah diri anda kenapa anda gagal dan bukan menyalahkan orang lain terutamanya Allah..

Moga perkongsian ini dapat manfaat seadanya. Saya BUKAN MENJUAL ILMU tetapi saya sekadar BERKONGSI ILMU yang saya ada bersama ANDA..

Sekian,

Yakin, Usaha, Pasrah..





Selasa, 24 September 2013

4 LEVEL ENERGY DALAM KUNDALINI REIKI



Salam untuk anda..

Saya berkongsi ilmu Kundalini Reiki bukan semata-mata kerana "WANG" tetapi atas minat yang mendalam mendalami ilmu energy.. Kundalini Reiki adalah salah satu ilmu energy tanpa ada campur tangan pihak ketiga seperti jin dan syaitan.. Kita sekadar letakkan keyakinan kita kepada ALLAH semata-mata..

Ia sesuai untuk muslim dan bukan muslim. Apa jua agama anda, anda mampu dan berhak untuk belajar.

Level energy yang ada pada Kundalini Reiki dapat digunakan dengan hanya "NIAT" mnegikut apa jua bahasa anda.. Tak perlu le bahasa arab jika anda orang melayu.. (kalau tahu arab tak pe le...)

4 level berbeza dalam Kundalini Reiki ini "REIKI" , "KUNDALINI REIKI" , "DIOMAND REIKI" , "GOLD REIKI"..  Anda hanya perlu berniat mengikut level mana yang anda mahu dan rasakan perbezaan setiap level energy ini.. Keempat-empat Level ini hanya boleh diekses oleh pengamal yang mengambil peringkat MASTER sahaja..

Malah di dalam Kundalini Reiki juga, anda akan diajar mengalirkan energy pada diri sendiri dan orang lain, mengalirkan energy secara jarak jauh, meneultralkan tempat yang berenergy negatif / beraura negatif, membuat pedinding secara ghaib, mempelajari meditasi khas Reiki yang amatlah mudah dan pelbagai lagi yang anda akan pelajari bergantung kepada niat yang anda kehendaki..

Diingatkan kembali ilmu Kundalini Reiki :
  • TIDAK menGUNAkan JIN atau SYAITAN.. 
  • MUDAH  untuk di AMALkan.. 
  • Tiada pantang dalam pengAMALan.. 
  • Tiada melibatkan SIMBOL-SIMBOL PELIK.. 
  • Multi FUNGSI - banyak yang boleh diaplikasikan dengan Kundalini Reiki..
ok sekian dulu dari saya.. Moga anda mendapat keCERAHan tentang Kundalini REIKI. InsyaAllah..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Ahad, 22 September 2013

ILMU TENAGA UNTUK APA??


Salam hormat untuk semua

Saya bukan lah cikgu sains tapi ingin berkongsi sedikit ilmu tentang tenaga. Kalau dulu-dulu masa belajar sains semasa bab tenaga kita akan didedahkan dengan atom, molekul dan unsur.

Tenaga boleh berubah kepada satu keadaan kepada satu keadaan yang lainnya. Tenaga tidak boleh dimusnahkan. Daripada dua keadaan ini kita dapat simpulkan iaitu tenaga boleh dimanipulasi untuk mencapai hajat kita. Tetapi bagaimana????

Salah satu cabang ilmu yang boleh kita pelajari bagi tujuan ini adalah KUNDALINI REIKI DAN ILMU TENDAI (TENAGA DALAM ILAHI)..

Didalam ilmu Reiki, kita diajar untuk menyerap tenaga alam seterusnya menyalurkannya kepada apa sahaja tujuan bergantung kepada niat, doa atau alfirmasi yang dibuat.

Sebagai contoh, jika kita ingin menguatkan membersihkan sistem tubuh kita. Kita sekadar meletakkan tangan ke mana-mana bahagian tubuh dan berniat untuk membersihkan sistem tubuh atau boleh juga berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Prosos ini mengambil masa sekitar 5 minit sahaja. Semakin lama tubuh merasa tenaga Reiki semakin cepat poses pembersihan sistem tubuh dilakukan. Pengamal akan merasakan kehangatan pada tapak tangan bergantung kepada kePEKAan pengamal.

Malah anda akan diajar pelbagai teori dan praktikal bagi menggunakan tenaga. Antara apa yang akan diajar adalah:
  • Penyembuhan diri sendiri
  • Penyembuhan jarak jauh
  • Pembersihan kawasan @ pedinding
  • Menggunakan Reiki untuk “menjemput” rezeki
  • Menggunakan Reiki untuk “mempengaruhi” orang lain
  • Meditasi untuk menenangkan diri @ pelbagai tujuan


Banyak lagi sebenarnya akan diajar. Malah dengan mengabungkan Kundalini Reiki dan Tendai akan memaksimumkan keupayaan anda untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu.

Anda tidak perlu menghabiskan ribuan ringgit berjumpa dengan bomoh, pawang atau  pengamal perubatan  cukup mengamalkan keilmuan ini.

Saya sekadar berkongsi ilmu dan jika ada apa-apa persoalan sila sms saya 013-9053982

Sekian,


Yakin, Usaha, Pasrah..



Jumaat, 20 September 2013

Minda Bawah Sedar (Bahagian 2)



Salam hormat untuk semua..

Kemampuan seseorang manusia sebenarnya terletak kepada kekuatan otaknya. 90% daripadanya terletak pada minda bawah sedar dan hanya 10% sahaja kita menggunakan kemampuan minda bawah sedar ini ketika melakukan rutin harian.. Sedihkan....

Pada bahagian dua ini saya nak berkongsi tentang tugas utama minda bawah sedar. Antara tugas utama minda bawah sedar adalah:

  • Sistem "Auto Run Programme" : iaitu tugas bagi mengerakkan jantung, darah, pertutukan dan sebagainya yang mana ia melibatkan gerak kerja yang tidak perlu diberi tumpuan dan ianya sepontan kerana ia telah diprogramkan di dalam memori. 
  • Sistem "Auto Refleks" : iaitu mempengaruhi tindak balas refleks seperti kaki terkena paku lalu, cepat-cepat kita bergerak untuk mengelak daripadanya. Ia bertujuan sebagai menjaga keselamatan secara auto. Ia bergantung kepada kepekaan deria-deria anda.
  • Sistem "Sipintar Dalaman" : iaitu untuk menjana ilham, gerak rasa yang tajam, idea, cadangan, saranan, olahan, penghayatan, pemahaman, kerohanian, mistik, misteri, marah, sayang takut, ego dan seumpamanya. Sistem ini apabial dibentuk dan diprogramkan akan meningkatkan kemampuan kuasa minda yang riada batasnya.
Ketiga-tiga tugas ini membentuk minda bawah sedar anda. Penggunaan yang optimum membuatkan anda menjadi HEBAT atau NOTHING..

Minda bawah sedar anda perlu diprogramkan untuk mencapai tujuan dan maksud anda hidup iaitu mendekatkan diri kepada Allah, kenal akan-Nya dan menjadi kaya DUNIA dan AKHIRAT..

Moga anda dan saya dapat mencapai nikmat tidak terhingga itu..

Sekian..

Yakin, Usaha, Pasrah..





Khamis, 19 September 2013

Kestabilan Emosi


Salam rahmat salam jumaat untuk semua...

Hari jumaat perlu diperbanyakkan amalan kebaikan.. Lakukan apa sahaja kebaikkan hari ini insyaAllah pahala kita akan digandakan oleh Allah.. Namun begitu anda perlu ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk sahaja.. 

Emosi kita melibatkan pemikiran seharian. Apa yang kita rasa menguasai pemikiran kita. Emosi yang tidak stabil mengakibatkan:
  • Strees (tekanan) melampau
  • Kebocoran aura
  • Sistem badan terganggu
  • Cepat marah
  • Tidak berjaya dalam hidup
Anda adalah menentukan apa yang ada rasa. Makin anda pupuk rasa itu, maka semakin teballah pengaruh rasa itu dalam kehidupan anda. Sama ada ia positif mahupun negatif anda yang tentukan..

Pupuklah rasa positif dalam diri.. Antara caranya adalah:
  • Berkawan dengan orang positif
  • Menghadiri majlis ilmu
  • Bersedekah dengan senang hati + ikhlas
  • Membaca zikir dan selawat
Malah pelbagai lagi amalan yang boleh anda lakukan. Yang penting anda suka dan gembira untuk melakukannya..

Lakukan pelan-pelan ubah diri anda. Jangan tergesa-gesa. 

Moga anda beroleh kejayaan DUNIA dan AKHIRAT

Yakin, Usaha, Pasrah....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...