Reiki merupakan satu teknik penyembuhan tanpa melibatkan jampi serapah, dan tidak menyeru pertolongan jin atau entiti dalam proses rawatan. Reiki bukannya “ILMU MISTIK”. Ia melibatkan penyaluran tenaga alam melalui diri pengamal terus ke pesakit dengan sentuhan atau tanpa sentuhan dengan hanya niat sahaja. Kita perlu tahu yang tenaga boleh dipindah-pindahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan. Jadi konsep Reiki sekadar memindahkan tenaga alam ciptaan Tuhan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan.
Kesimpulannya, Reiki adalah satu proses penyaluran energi dari alam semesta melalui pengamal Reiki kepada pesakit yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan diri sendiri dengan menyeimbangkan kembali energi pesakit tersebut.
Salah satu tradisi Reiki yang diamalkan di dunia ini adalah “KUNDALINI REIKI”. Ia merupakan teknik Reiki yang paling mudah dipelajari tanpa melalui proses pembelajaran yang panjang, tanpa penggunaan teknik simbol dan posisi tangan seperti yang terdapat dalam Tradisi Reiki Usui. Founder kepada teknik ini bernama - Ole Gabrielsen yang berasal daripada Denmark.
Jadi Reiki bukanlah suatu yang “MISTIK” seperti sesetengah orang perkatakan. Reiki adalah anugerah Tuhan kepada kita agar kita berfikir dengan ciptaan-Nya. Reiki menceritakan tentang sains tenaga yang telah diperkatakan dalam Al-Quran sekian lamanya.
Gud job..gudjob!!
BalasPadam