Stress atau tekanan memberikan impak negatif kepada anda. Apabila anda berhadapan dengan tekanan, jantung anda akan berdenyut dengan cepat daripada biasa.
” Apabila Stress kelenjar adrenal merembeskan hormon adrenalin dan kortisol, ia meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah serta kandungan gula ” (Datuk Dr Ahmad Shukri Md Salleh, Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya)
Daripada teori diatas dapat kita lihat bahawa tekanan akan menganggu system tubuh seseorang daripada berfungsi secara normal. Kalau keadaan ini berterusan untuk tempoh masa yang panjang maka, penyakit-penyakit berkaitan kardiovaskular akan terjadi dan lebih ketara jika ia melibatkan emosi dan fikiran seseorang.
Dr. Hans Selye iaitu pengasas teori stress atau tekanan perasaan telah memdefinasikan “stress adalah suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya”
Jangan hairan jika anda akan mengalami penyakit jantung, tekanan darah tinggi, stroke, diabetis, malah mungkin akan terjadi gangguan fikiran. Anda sukar untuk tidur, badan menjadi lemah dan seterusnya anda tidak dapat menjalani kehidupan seperti manusia normal yang lain.
Stress atau tekanan boleh diatasi jika anda bijak untuk menangani masalah yang dihadapi. Anda tidak mudah gelabah atau “panic”. Anda perlu tenang dan menghadapi semua cabaran itu sebagai ujian di dalam hidup
“Sesiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji dengan sesuatu musibah/kesusahan” (Riwayat Al-Bukhari)
Kesusahan, kesulitan, cabaran dan dugaan di dalam hidup kita adalah lumrah untuk mengajar kita nikmat di kemudiaan hari. Namun begitu ramai yang hanyut di dalam permasalahan ini sehingga hidup menjadi terseksa dan dihimpit kesusahan berpanjangan.
Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman : “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada mereka.” ( Surah Al-Ra’d 13:11)
Tuhan memberi kita peluang untuk menentukan hidup kita. Jika kita tidak berubah maka tuhan tidak akan mengubahnya. Terpulang pada kita sama ada terus dihimpit masalah atau keluar dari belenggu itu dan menjadi orang yang “YAKIN”.
Dengan belajar Reiki, anda akan diajar cara untuk mengawal perasaan anda supaya sentiasa tenang dan sabar menghadapi dugaan dan tekanan di dalam hidup. Anda perlu memberi peluang untuk diri anda berubah menjadi “ORANG BARU” yang akan terus mara untuk “BERJAYA”.
Sila hubungi saya jika akan berminat untuk mempelajari KUNDALINI REIKI.
Ketenangan dan kejayaan bersama anda….
No.Tel : 013-9053982
Tiada ulasan:
Catat Ulasan