Salam untuk semua..
Moga beroleh keceriaan dan ketenangan selalu hendaknya..
Hidup kita jika dihitung mungkin sekitar 60 sehingga 70 tahun. Ada juga dari kecil telah dijemput tuhan sebelum dapat mengenal dunia. Ada yang sekitar 20 tahun telah mendahului kita walhal baru mahu mengenal hidup. Singkatnya hidup ini umpama lilin. Bila-bila masa sahaja mampu terpadam. Tidak dapat ditunda, tidak dapat dihentikan.
Kita perlu hargai hidup. Jangan rosakkannya. Hidup sesingkat ini tidak perlu disia-siakan. Namun begitu, anda perlu TAHU cara yang benar untuk menghargai hidup. Antaranya:
- Hargai orang sekeliling anda.
- Hormati orang yang lebih tua.
- Sayangi mereka yang lebih muda.
- Banyakkan amal kebaikan dalam kehidupan anda.
- Buat apa yang anda suka berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
- Hargai alam sekitar.
- Banyakkan zikir dan berselawat.
Sekian,
Yakin, Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan