Selasa, 18 Februari 2014

TENTANG SAYA

Salam semua. Pada entri kali ini, saya dengan rendah hati ingin memperkenalkan kepada anda diri saya. Bak kata orang, "tak kenal maka tak cinta" tapi bagi saya "tak kenal maka tak percaya, dah kenal baru boleh percaya".



Saya bernama Mohd Azrul Bin Mazlan dan dilahirkan di Teluk Intan, Perak. Sudah berumah tangga. Saya mempunyai kerja tetap sebagai kakitangan awam di salah sebuah hospital di daerah Kulai (buat masa ini). Berpendidikan Diploma di Institusi Pengajian di negeri Kelantan. Orang biasa-biasa yang keldil menumpang di bumi Allah.

Pada permulaannya, saya pernah belajar silat di bangku sekolah dahulu. Silat mengajar saya lebih berdisiplin dan yakin pada diri. Pernah mewakili Negeri Perak dalam kejohanan Silat seni di Sabah satu masa dahulu. Walaupun saya tidak aktif bersilat kini, saya masih ingat dan amalkan serba sedikit ilmu silat yang dipelajari bertujuan untuk kesihatan. Bolehlah nak bersilat kalau terdesak.

Saya juga pernah belajar ilmu Tenaga Dalam. Ketika itu, saya masih dibangku sekolah. Ini adalah langkah pertama saya dalam ilmu Metafizik. Daripada meditasi dan senaman tenaga dalam, saya mula melakukan demontrasi memecahkan botol. Aktiviti ini menjadi rutin harian saya pada ketika itu. Saya tidak tahu apa fungsi sebenar tenaga dalam tetapi saya seronok mempelajarinya. 

Saya juga belajar dengan beberapa kawan daripada Indonesia beberapa ilmu antaranya ilmu penumbuk sepemikul dan amalan selawat. Ilmu-ilmu ini memberi kesan dan membuatkan saya mengenal akan kebesaran Allah. 

Kundalini Reiki  pula saya pelajari pada tahun 2012. Masih awal dan mentah sebenarnya saya dalam ilmu ini namun begitu, saya sangat minat dan merasakan perlunya saya berkongsi ilmu ini dengan anda semua. Kundalini Reiki sangat jauh jika dibezakan dengan ilmu-ilmu tenaga yang lainnya. Ia begitu mudah untuk dipelajari dan sangat sesuai bagi yang baru hendak berjinak-jinak dengan ilmu metafizik. Amalan yang perlu dibuat tidak berat berbanding ilmu Tenaga Dalam dan ilmu-ilmu Hikmah. 

Saya juga pernah belajar beberapa ilmu hikmah. Salah satu ilmu yang popular adalah Ilmu Ismu Ahzom. Ia multifungsi namun begitu ia agak berat sedikit bagi yang mula-mula nak kenal ilmu berkaitan tenaga. Anda perlu berzikir beberapa ribu kali bagi sebatikan diri anda dengan zikir-zikir yang berkaitan. Tidak boleh tinggal walau sehari. Agak berat bagi yang sibuk.

Ada juga ilmu-ilmu yang lain saya pelajari. Ada yang secara hadir diri dan jarak jauh. Bagi saya tiada beza keduanya. Dengan kemajuan internet sekarang, sangat mudah untuk bertanya dengan guru yang mengajar. Tetapi anda perlu cari guru yang benar-benar ingat mengajar dan bukan hanya mahukan duit anda semata-mata. Ada juga ketika tidak benasib baik, saya pernah ditipu. Itu semua tidak menghalang saya untuk terus mempelajari ilmu ini.

Insya-Allah saya akan berkongsi dengan anda semampunya. Saya berkongsi dengan mahar yang sangat minimum sebagai menampung kos pengurusan. Yelah nak kena bayar print kertas, bayaran pos, bil telefon nak melayan panggilan anda dan lain-lain. Mahar yang saya kenakan sangat-sangat minimum jika dibandingkan dengan master-master yang lain walaupun saya pernah menerima mesej oleh master yang lain sebab mahar yang murah sebegini. Saya tidak peduli, biar apa orang nak kata. Saya sekadar berkongsi ilmu yang ada.

Jika berminat, Anda boleh sms saya di talian 013-9053982 atau PM di facebook saya (lihat sebelah kanan ada gambar facebook, tolong klik).

Moga anda beroleh rahmat dari Allah..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...