Salam untuk semua
Saban hari kita 'bergelumang' dengan tenaga. Sekitar kita ada tenaga. Tanpa kita sedar sebenarnya tenaga ini mempengaruhi kehidupan kita seharian. Matahari, udara, tanah, batuan, dan pelbagai lagi benda-benda semulajadi mempunyai tenaga. Tenaga tidak dapat dihapuskan tetapi dapat berpindah dari satu keadaan kepada keadaan yang lainnya.
Tenaga dapat dimanipulasi oleh siapa sahaja sama ada anda belajar atau tidak. Anda hanya perlu YAKIN tetapi tidak semudah itu. Tubuh kita umpamanya mempunyai satu tenaga terpendam iaitu tenaga dalam. Tenaga ini bagi orang awam hanya digunakan untuk memenuhi keperluan harian seperti bekerja, makan, minum dan sebagainya.
Tenaga dalam manusia sangat luar biasa. Tetapi ketika waktu-waktu tertentu seperti sedang sakit, tenaga dalam manusia tidak menjalankan fungsinya secara optimum kerana ia dipengaruhi oleh keupayaan manusia untuk menyalurkannya.
Ini berbeza dengan tenaga Reiki. Tenaga Reiki tidak dipengaruhi oleh keupayaan manusia kerana ia adalah tenaga alam semesta dan bukan tenaga dalam manusia sendiri. Walaupun pengamal sedang sakit sekalipun, dia boleh mengalirkan tenaga Reiki secara optimum tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti tenaga itu sendiri.
Tenaga Reiki tiada batas had dan masa. Ia boleh digunakan bila-bila sahaja dan dimana-mana. Jadi pengamal boleh mengalirkan tenaga Reiki secara jarak jauh walaupun tidak bersemuka dengan pesakit. Hanya niat tanpa bantuan jin atau syaitan. Reiki umpama doa. Yang membezakannya adalah tenaga.
Tenaga Reiki juga tidak akan habis dan ianya adalah infiniti. Mana mungkin tenaga alam semesta akan kehabisan kecuali ketentuan dari Maha Pencipta iaitu ketika berlakunya kiamat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Semakin digunakan semakin hebat pengalirannya. Pengamal tidak akan merasa keletihan melampau sebaliknya akan semakin segar dan sihat walaupun seharian mengalirkannya.
Tenaga Reiki mengalir secara pintar. Ia tahu kemana hala tujunya. Umpama kita mengalirkan air ke laluan yang berlopak, ia akan memenuhi lubang-lubang lopak itu. Walaupun anda tidak tahu apa penyakit yang dideritai, anda hanya perlu melekapkan telapak tangan dimana sahaja dan nikmati sensasi aliran tenaga Reiki. Mudah bukan?
Banyak lagi sebenarnya keistimewaan tenaga Reiki. Ia mudah dipelajari serta senang untuk diamalkan. Moga anda mendapat pencerahan serba sedikit. Insya-Allah..
Sekian,
Yakin, Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan