ILHAM SEJATI - Saya berkongsi apa sahaja berkaitan kehidupan seharian terutamanya berkaitan ilmu Metafizik dengan anda dan membawa anda memahami dan mempraktikannya untuk kejayaan, kekayaan, kesenangan, ketenangan, kesihatan, keberuntungan kerana ia bukan semata-mata MISTIK kerana ia adalah ilmu ALLAH.... Tel: 013-9053982 FaceBook: Azrul Zack (IP0441103-D)
Khamis, 9 Januari 2014
MENCARI KATA
Susutnya risauan hati tatkala ia
Memamah jiwa ke tulang benulang
Panahan mata lebatan hujan ketika
Mematah kata jelingan rasa itu
Menuruni tangga batu di Altaza
Sejuk dingin menyelimuti kalbu
Walhal hari terik dek panahannya
Tiada jawapan dari bibir
Memenuhi rasa tika itu
Hanya yang ada sepi dan sepi
Lambaian pohon nyiur sepoi-sepoi
Membentak rasa di hati
Walau tiada rasa tikanya
Hanya menunggu dan diam
Hitam, kelam dan malap
Tiada warna hanya hitam
Tiada putih tiada warna
Hati membentak lagi
menyusur kembali di Altaza
Disitu hanya mencari kata
Tiada keluhan atau simpati
Menunggu dan diam
Itu sahaja mampunya
Hingga bertahun
Hingga berdekad
Hingga berkurun
Mencari dan mencari..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan