Khamis, 9 Januari 2014

KONFLIK SEORANG PELAJAR REIKI



Salam semua..

Di atas saya paparkan satu email yang saya dapat baru-baru ini dari seorang yang pernah belajar Reiki. Beliau saya namakan Encik A.

Encik A telah menerima atunement Reiki daripada seorang Master Reiki (Otai katanya).. Beliau pada mulanya mengambil atunement secara hadir diri dan hanya bersembang dengan Master Reiki selama 5 jam tanpa apa-apa attunement dilakukan. 

Jadi apa sebenarnya berlaku yee??
Adakah Encik A telah ditipu??

Sebelumnya saya terangkan dulu apa itu attunement? Attunement adalah 'penyelarasan' yang dilakukan seorang Master Reiki kepada pelajarnya. Attunement dilakukan untuk 'membersihkan' laluan pada chakra utama bagi memudahkan pengaliran tenaga Reiki berlaku. Ketujuh-tujuk chakra utama akan dibersihkan secara total. Ia dilakukan dengan cara bermeditasi. 

Pelajar akan bermeditasi selama minimum 25 minit dan Master Reiki akan melakukan 'penyelarasan' kesemua chakra-chakra utama. Dalam keadaan ini, pelajar yang PEKA akan mengalami sensasi-sensasi tertentu mengikut kePEKAannya seperti rasa semutan, getaran, hangat dan lain-lain rasa serta ada juga tidak mengalami apa-apa sensasi (bergantung kepada peka atau tidak anda pada tenaga).

Kombinasi meditasi dan niat membolehkan tenaga Reiki ber'jalan' secara automatik bagi membersihkan kesemua chakra. Cuma yang menjadi masalah pada Encik A, adakah dia melakukan kombinasi keduanya? Adakah Master Reikinya memberikan panduan dan cara melakukannya?

Ini yang menyebabkan segelintir Master Reiki yang bersungguh-sungguh mengajar Reiki 'terpalit lumpur'. Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. 

Kepada pelajar dan bakal-bakal pelajar Reiki sekalian, saya nasihatkan anda mencari Guru Reiki yang benar-benar mempelajari, mengajar dan mengamalkan Reiki dalam kehidupan seharian. Bukan sekadar duit yang menjadi taruhannya.

Berikut adalah panduan memilih Guru / Master Reiki anda :

  • Laman Web atau Blognya perlu AKTIF dan selalu DIUPDATE - minima 1 @ 2 bulan update
  • Boleh belajar secara jarak jauh dan hadir diri - ada yang takut nak bersemuka
  • Yuran yang berpatutan - tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal
  • Ada manual di berikan sebagai panduan 
  • Master mempunyai facebook dan tengok profailnya - dah kenal baru boleh percaya
  • Pembelajaran berterusan - ada jaminan belajar secara berterusan selepas habis kursus
  • Tengok cara Master Reiki melayan anda melalui mesej di telefon atau facebook - buat perbandingan
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan sebagai panduan kepada semua agar tidak mudah tertipu. Belajar Reiki amat-amat mudah semudah belajar ABC tetapi yang sukar adalah mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Hari ini anda boleh jadi MASTER REIKI tetapi tiada jaminan 10 tahun lagi anda tetapi ingat ilmu REIKI itu sendiri. Ilmu tanpa amalan umpama orang bodoh dan jahil.

Kepada Encik A diharap jadikan panduan dan teruskan mempelajari Reiki. Saya sedia membantu jika ada masalah. Insya-Allah..

Sekian,

Yakin, Usaha, Pasrah..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...