Salam sejahtera untuk anda, moga beroleh ketenangan hendaknya..
Bahagia dan duka dalam kehidupan lumrah di dunia ini. Ada kala kita gembira, ada kala kita bersedih. Dunia hanya untuk kita mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat yang kekal abadi. Carilah bekalan itu semampunya. Lakukan apa sahaja kebaikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita tidak tahu sama ada amalan itu diterima atau tidak tetapi dengan belas ihsan daripada Allah, moga diterima seadanya. Setidak-tidaknya dengan berkat usaha untuk berubah itu, Allah akan berikan kunia yang besar iaitu 'syurga'. Tempat yang penuh dengan nikmat yang tidak mampu digambar dek mata.
Itu mukadimah untuk entri kali ini..
Hari ini saya ingin berkongsi tentang afirmasi di dalam aplikasi Reiki. Apa itu afirmasi?? Afirmasi adalah saranan untuk kita lakukan sesuatu bagi beroleh apa jua manfaat. Itu apa yang saya tahu. Afirmasi juga dikenali sebagai 'doa'. Apa yang kita inginkan maka kita lestarikan dengan kata-kata indah bagi menjadikan apa yang kita mahu menjadi realiti.
Terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi afirmasi iaitu:
- Keyakinan kita
- Susunan kata daripada afirmasi yang dibuat
- Kepasrahan
- Ketenangan
Itu antara perkara yang mempengaruhi afirmasi, mungkin lebih banyak lagi. Dengan kata-kata mudah adalah berapa banyak keyakinan kita maka ia mempengaruhi berapa kuat afirmasi itu bagi ia mampu untuk wujud di alam nyata. Kita adalah seperti apa yang kita fikirkan. Makin tenang dan pasrah kita maka makin kuat afirmasi itu.
Selain itu, kuat atau tidak satu-satu afirmasi berkaitan dengan susunan kata yang kita ucapkan daripada afirmasi itu. Yang terbaik kita perlu ucapkan afirmasi dengan lengkap. Contoh afirmasi yang tidak lengkap:
"Ya Allah berikan aku murah rezeki..."
Afimasi ini terlalu umum dan tiada spesifikasi. Kita hanya minta murah rezeki. Mungkin rezeki di sini bermaksud 'mudahkan kita bergerak', 'mudahkan kita makan' dan sebagainya. Contoh afirmasi yang sesuai adalah:
"Ya Allah aku mohon Kau penuhkan poketku dengan duit RM3000 setiap bulan yang datangnya dari rezeki yang halal pada tahun ini..."
Afirmasi ini lebih spesifik. Ia terus menjurus kepada tujuan sebenar.
Allah Maha Mendengar. Walaupun kita ucap tidak jelas, Allah tetap tahu apa yang kita hendak tapi Allah hendak kita 'meminta-minta' kepada-Nya. Allah suka jika kita minta. Mintalah apa sahaja dan Allah akan makbulkannya. Ia mengikut keperluan dan kesesuaian kita di masa tersebut.
Afirmasi juga memerlukan 'TENAGA'. Tenaga ini seperti minyak yang memberi sumber bahan api kepada kereta. Makin kuat tenaga, makin pantas afirmasi menjadi nyata dan termakbul. Tenaga ini wujud daripada minda bawah sedar kita.
Bagi orang awam, minda bawah sedar ada tetapi ia tidak aktif untuk dimanipulasi bagi mencapai satu-satu tujuan. Dengan mempelajari Reiki, secara automatik pengamal Reiki mampu mendapatkan TENAGA bagi menguatkan afirmasi yang dibuat. Jika digabungkan dengan 4 perkara di atas, maka afirmasi menjadi SUPER POWER untuk termakbul. Insya-ALLAH..
Walaubagaimanapun, Allah jualah tempat kita meminta dan Dialah yang akan memakbulkan apa saja pemintaan kita. Kita cuma hamba yang sentiasa meminta-minta. Moga kita tergolong pada hamba-NYA yang doanya sentiasa termakbul..Amin..
Sekian dulu, sebarang pertanyaan tentang Kursus Reiki boleh hubungi saya..
Yakin, Usaha, Pasrah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan