Sistem Reiki berkembang dan disebarkan dengan sistem penyelarasan
atau attunement . Attunement adalah proses penyelarasan dan penghubungan
tenaga pelajar dengan tenaga Reiki. Istilah attunement banyak dipakai oleh para
Master Reiki dari dunia barat (dalam bahasa Jepun, disebut Reiju, yang
bererti 'menerima tenaga')
Perumpamaannya seperti ketika anda membeli sebuah radio baru, ia
tidak dapat digunakan sehinggalah anda menyelaraskan frekuensi / gelombang
stesen siaran yang dikehendaki. Kemudian barulah anda dapat menerima &
mendengar siaran radio tersebut.
Attunement dapat dilakukan secara berhadapan atau jarak jauh oleh Master
Reiki. Ada yang bertanya Bagaimana Attunement Jarak Jauh Berlaku??
Reiki bagi saya umpama kita berdoa. Contoh, saya doakan anda sihat
sejahtera walaupun kita berjauhan, tenaga yang terbentuk daripada doa itu tadi akan
“bersinergi” dengan alam ciptaan Allah (sunatullah). Tenaga doa itu tadi “bergerak”
menyempurnakan maksud daripada doa itu tadi. Apa yang perlu dibuat adalah berdoa
dan serahkan kepada Allah untuk menetukan sama ada ia termakbul atau tidak. Ini
dipanggil tawakal.
Dari contoh di atas boleh disimpulkan attunement boleh dilakukan secara
jarak jauh. Master Reiki hanya memasang niat (seperti doa tadi) dan biarkan sahaja
tenaga Reiki melakukan kerjanya secara automatik. Tenaga Reiki bersifat pintar dan
bertindak seperti apa yang diniatkan oleh pengamalnya.
Reiki amat mudah dipelajari dan diamalkan. Anda hanya perlu ikhlas
dan yakin dengan ilmu yang dipelajari. Amalkan secara konsisten dan selalu bertanya
guru jika tidak faham. Keberkatan ilmu dapat dilihat apabila kita faham dan amalkan
sepanjang usia kita.
Moga anda dapat manfaatnya..
Yakin, Usaha, Pasrah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan