Selasa, 12 November 2013

Pengaruh Deria Manusia


Deria manusia yang dimiliki oleh manusia adalah unik dan ia sangat mempengaruhi kehidupan seharian walaupun kita tidak menyedarinya sama sekali. Antara deria yang dimiliki manusia antaranya adalah lidah, hidung, telinga, mata dan kulit .

Lidah membolehkan kita merasa kenikmatan "makanan". Ia boleh mengesan rasa pahit, manis, masam dan masin. Lidah juga membantu proses pencernaan berlaku. Ia tidak bertulang tetapi awas kerana ia sangat tajam. Ia diumpamakan seperti mata pedang. Jika tersilap boleh "menghiris" dan "melukakan" hati sesiapa sahaja. Kawan boleh jadi musuh. Saudara boleh jadi orang asing. Jadi perlu berhati-hati semasa menggunakannya.

Hidung merupakan organ deria bau yang mengesan bahan kimia di udara. Ia menggunakan reseptor bau yang terletak di rongga hidung. Bulu hidung bertindak menjadi "alat tapis" kotoran. Apabila mukus yang terhasil memerangkap kotoran ini akan membentuk "taih hidung". Ia bertindak sebagai pelindung.

Telinga peka terhadap ransangan bunyi. Benda yang bergetar menghasilkan getaran bunyi melalui udara. Telinga memerangkap getaran bunyi ini dan seterusnya menukarkannya kepada maklumat.

Mata sangat sensitif terhadap cahaya. Ia menjadi organ yang sangat penting untuk melihat. Kecacatan padanya menyebabkan anda menjadi rabun atau buta. 

Seterusnya adalah kulit yang merupakan struktur yang sangat memberi pengaruh kepada diri manusia. Bulu roma pada kulit menjadi antena semulajadi kepada manusia. Antena ini dapat mengesan tenaga-tenaga yang berada dipersekitaran kita sama ada positif mahupun negatif. Apabila kita berada dapat keadaan takut, bulu roma akan meremang menunjukkan ia mengesan getaran tenaga disekitarnya.

Kelima-lima deria ini mempengaruhi manusia dalam menjalankan tugas seharian. Kita perlu bersyukur dan menjaga kesemua deria ini. Jangan disalahgunakan untuk melakukan maksiat kerana boleh mengundang kemurkaan TUHAN. Jadi anda sebagai "pemegang" amanah perlu memastikan diri anda menjaga dan seterusnya menggunakan deria ciptaan TUHAN ini untuk manfaat di dunia dan akhirat.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...