Isnin, 4 November 2013

Reiki Ilmu Pedinding Semulajadi



Kalau search di internet tentang ilmu pedinding pasti banyak entri-entri yang menceritakan hal ini. Ilmu Pedinding secara kefahaman saya adalah penghalang yang dibuat agar tiada gangguan dari pihak luar yang mendatangkan bahaya. 

Banyak kaedah membuat pedinding dari islamik hingga lah ke ilmu-ilmu mistik. Ada yang boleh diterima akal dan ada juga sebaliknya. Antara kaedah yang popular adalah dengan bacaan Ayatul Qursi, azan, menanam pacak di 4 sudut rumah, menabur garam dan pelbagai lagi. Sebagai "pengguna" anda perlu memilih cara yang TERBAIK dengan tidak melibatkan pengaruh jin atau syaitan. 

Reiki adalah antara kaedah alami yang boleh digunakan untuk membuat pedinding secara semulajadi tanpa melibatkan jin atau syaitan. Anda hanya perlu memasang NIAT dan PASRAH kepada Allah. Kaedah yang digunapakai di dalam Reiki cukup mudah dan senang diamalkan. Tanpa mentera yang tidak difahami dan ritual pelik-pelik. Anda boleh mengabungkan bacaan-bacaan quran untuk pengguna Islam bagi mengukuhkan pedinding yang dibuat. 

Bagaimana pedinding ini berfungsi??

Apabila pengamal Reiki memasang niat untuk membuat pedinding, tenaga alam akan bertindak membentuk satu GETARAN di tempat yang diniatkan. Getaran tenaga ini bersifat positif yang menghalang getaran yang bersifat negatif melaluinya. Secara umumnya, hanya getaran tenaga positif bersifat semulajadi sahaja akan terbentuk. Tiada tenaga negatif dapat menembusinya. Namun begitu, proses ini perlu diulang setiap 14 hari sekali bagi memastikan getaran tenaga positif ini sentiasa berada di tahap optimum. Ia sama juga seperti lapisan ozon bumi yang menjadi pedinding kepada bumi dari panas. mentari.

Jadi kita dapat simpulkan, pedinding adalah perlu bagi memastikan kita sentiasa selamat dari perkara-perkara yang tidak baik cuma kaedah membuat pedinding perlu diberi perhatian serius agar tidak salah cara dan tidak menyesatkan akidah kita.

Yakin, Usaha, Pasrah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...