Ahad, 3 November 2013

Aku, Reiki dan Keanehan


Sejak mendalami Reiki, aku dah kenal perihal getaran dan tenaga. Sedikit demi sedikit kefahaman terhadap ilmu Metafizik mulai menusuk ke mindaku..

Dulu sebut sahaja ilmu berkaitan metafizik (ilmu-ilmu bersifat ghaib) aku mesti cakap tahyul, penipu, tak betul. Tidak pernah terlintas yang ilmu itu juga datangnya daripada Allah. Ia adalah sebahagian ilmu Allah. Mungkin aku buta ketika itu. Tidak dapat membezakan yang benar dan batil.

Apa tidaknya. Tika aku "meneroka" laman sesawang, aku berjumpa pelbagai keilmuan yang tidak boleh diterima oleh akal manusia yang waras. Pelbagai ilmu merangkumi pelbagai jenis. Ada yang membolehkan pengamalnya nampak perkara ghaib, kebal, penyembuhan jarak jauh, pedinding, ilmu halau jin, ilmu khadam dan pelbagai lagi ilmu yang aku rasakan "bohong" belaka.

Itu dulu, tetapi kini aku mulai kenal. mana batil, mana benar. Walaupun dalam proses baru bertatih aku mengenal keilmuan ini tetapi aku rasakan ia semacam sebati denganku. Sejak aku belajar REIKI dan ilmu Tenaga Dalam TENDAI, aku mulai melihat 'keajaiban" di depan mata.

Dulu kalau aku lihat orang boleh pecahkan botol guna tangan, aku mesti cakap guna jin. Sekarang aku dah tahu. Semua itu ilmu membincangkan tentang tenaga. Botol berisi air dihentak secara "bersahaja" boleh dipecahkan dengan hanya memindahkan tenaga untuk "menghentam" botol dengan air menjadi perantara tenaga untuk mengalir memecahkan botol. Dimata kasar kita melihat botol pecah dengan hentakkan kuat tetapi ia sebaliknya. Ia pecah kerana tenaga dalaman pengamal dipindahkan melalui air sebagai medium bagi memecahkan botol. Tiada tipu muslihat atau guna jin.

Mentol dilepaskan separas pinggang aku boleh utuh dan tidak pecah. Aku sendiri melakukannya dan melihat keanehan itu. Memang tidak percaya tapi begitulah tenaga digunakan sebagai "melindungi" sesuatu mengikut apa sahaja niat kita. 

Banyak lagi keanehan yang dapat dilihat selepas mempelajari ilmu REIKI dan TENDAI. Ia hanya secebis pengalaman. Aku akan terus mengamalkan dan mempelajarinya.

Moga kamu semua dapat manfaat dan melihat keilmuan metafizik sebagai ilmu SAINS yang mengkaji perihal TENAGA secara umum. Tiada unsur JIN atau SYAITAN. Hanya kepasrahan kepada ALLAH secara total yang mengaku DIA lah Tuhan yang Esa.

Usaha, Yakin, Pasrah..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...