Tenaga Kundalini Reiki dapat diaplikasikan kepada
tumbuhan. Tumbuhan dapat mengesan tenaga Kundalini Reiki dan bertindak balas
dengannya berbanding manusia. Gelombang
yang dikeluarkan oleh tenaga Kundalini Reiki bersifat halus dapat menyuburkan
tumbuh-tumbuhan.
Kundalini Reiki terlalu mudah dipelajari dan
diamalkan. Bagi seseorang petani, boleh menggunakan tenaga Kundalini Reiki
terhadap tanam-tanamannya. Ini bermula semenjak biji benih disemai. Petani
hanya perlu memegang atau menyentuh biji benih dan berniat mengalirkan tenaga
kepada biji benih. Petani juga perlu berdoa kepada Maha Kuasa agar biji benih
tersebut dapat tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang banyak dan
berkualiti. Nikmati dan rasai aliran tenaga serta pasrah dan senyum. Tanam biji
benih dengan penuh “kasih sayang” dan ikhlas. Siram dan berikan baja mengikut
keperluan.
Lihat perkembangan tanaman tersebut. Petani boleh
mengalirkan tenaga Kundalini Reiki setiap hari. Tanpa perlu sebarang
konsentrasi, hanya senyum dan pasrah.
Tumbuhan akan berinteraksi terhadap tenaga Kundalini Reiki dan “kasih
sayang” petani.
Saya telah membuat satu uji kaji dengan menanam satu
biji benih. Saya alirkan tenaga Kundalini Reiki dan berikan “kasih sayang”. Pokok
itu telah tumbuh dan mula berinteraksi dengan tenaga Kundalini Reiki yang saya
berikan setiap hari. Selama 9 hari saya telah pulang ke kampung dan terlupa
untuk menyiram pokok tersebut. Saya
sangkakan pokok tersebut pasti akan kering kerana tidak mendapatkan air. Apa
yang mengejutkan saya selepas 9 hari tidak diberi air, pokok tersebut masih
segar dan tidak menunjukkan akan kering atau mati. Ini satu keajaiban!!
Pokok yang telah dialirkan tenaga
Kundalini Reiki tetap subur walau 9 hari
tidak diberikan air
Mana mungkin satu pokok yang masih kecil dapat bertahan tanpa sebarang air selama 9 hari. Ini semua adalah kerana kuasa daripada Tuhan. Asbab daripada tenaga Kundalini Reiki yang dialirkan dapat memberi “kesegaran” kepada pokok tersebut.
Kesimpulannya, Kundalini Reiki dapat diaplikasikan
terhadap tumbuhan. Anda hanya perlu
senyum dan pasrah..
Yakin, Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan