Khamis, 12 Disember 2013

APA MATLAMAT HIDUP ANDA??


Pertama-tamanya mari kita renung asal kejadian kita sebagai manusia. Kita dijadikan oleh Allah dari setitik air mani yang kemudiannya berubah bentuk menjadi segumpal darah dan seterusnya menjadi sempurna sifatnya. Kita dilahirkan dari rahim seorang wanita yang dipanggil IBU. Kita ditatang bagai minyak yang penuh. Semakin hari, kita menginjak ke usia matang kita. Menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Di akhir titik usia, kita akan menjadi 'kaku" dan disemadikan di dalam tanah yang menjadi asal kejadian manusia pertama.

Begitulah sedikit sebanyak perubahan yang akan berlaku kepada kita. Dalam kesibukan melayari kehidupan, kita mula alpa kepada asal kejadian kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ini. Tugas utama sebagai "pentadbir" di muka bumi ini adakah kita sempurnakan??

Setiap lembaran hidup kita di muka bumi akan disoal dan dihisab sebagai kepatuhan kepada pencipta. Penyesalan atau kegembiraan akan dikecapi. Sumpah seranah kepada diri jika tangan kanan mencapai lembaran hidup dari Allah sebaliknya kegembiraan jika tangan kanan yang mencapainya.

Syurga atau Neraka??

Pilihan asal terletak kepada kita. Jika hidup memilih nafsu, neraka akan menjemput tetapi jika titik noda dapat dipadam dengan taubat 'nasuha" maka gembiralah melangkah ke syurga Allah. Semua atas "belas ikhsan" Nya jua.

Beramal biar sedikit tetapi 'istiqomah". Biar ia berterusan. Biar ia kecil dimata kita tetapi disisi Allah ia besar. Allah suka kita tunduk kepada-Nya. Allah suka kita patuh kepada-Nya. Tetapi nafsu dan syaitan busuk hati cuba memerangkap kita. Pilihan di tangan kita. Antara mengikut kejahatan atau kebaikan.

Hati kita dicipta kepingin untuk menjadi tenang dan berbuat baik tetapi nafsu membisikkan kata "keseronokan" dunia agar kita sesat dihujungnya. Jangan takut mengaku salah di depan Allah dikala masih bernafas. Dikala nafas dikerongkong, segalanya tiada guna sudah.

Mari kita ubah matlamat hidup agar ia selari dengan fitrah kita sebagai KHALIFAH. Jangan dengar cakap-cakap orang. Insya-Allah kita pasti berjaya..

"Ya Allah, Tunjuki kami jalan yang benar dan lurus serta ampunilah dosa-dosa kami dan kedua ibu bapa kami.."

Yakin, Usaha, Pasrah






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...