Khamis, 19 Disember 2013

TIP MUDAH UNTUK BERMEDITASI


Meditasi adalah cara menenangkan minda. Dalam Islam disebut sebagai bertafakul. Kita sekadar duduk diam dan mengamati helaan nafas. Ia tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

Meditasi merupakan salah satu aktiviti mudah bagi mempertingkatkan prestasi minda kita. Semakin dilakukan semakin mudah minda kita berada pada tahap ketenangan. Jika minda tenang maka mudah untuk berfikir dan mengeluarkan idea-idea yang bernas. 

Apabila seseorang bermeditasi, gelombang mindanya akan berada pada tahap alpha. Ini membuatkan pengamal meditasi akan tenang dan minda betul-betul direhatkan. Ketenangan sebegini jika dikekalkan untuk satu jangka masa dapat meningkatkan kemampuan minda daripada biasa. Maksud dikekalkan disini adalah berapa lama jangka masa  meditasi yang dapat anda lakukan menentukan sejauh mana peningkatan prestasi anda. Lagi lama anda bermeditasi, lagi tinggi peluang minda anda ditingkatkan kemampuannya.

Di zaman sekarang yang penuh dengan pelumbaan mengejar meterial membuatkan kita sering tertekan. Minda kita seakan-akan berada di ruang yang sempit dan terus ditekan-tekan. Masa untuk bermeditasi terlalu terhad malah kita terlalu sibuk sehingga kita leka akan dunia.

Berikut adalah tip-tip saya kongsikan jika ingin bermeditasi:
  • Pilih tempat dan waktu yang tenang dan sesuai
  • Duduk bersila atau duduk diatas kerusi
  • Alunkan lagu-lagu yang menenangkan atau bacaan Al-Quran atau zikir
  • Pejam mata dan cuba kosongkan fikiran 
  • Amati, hayati dan rasakan setiap hembusan dan helaan nafas anda.
  • Sedut nafas, tahan dan lepaskan perlahan-lahan
  • Jika fikiran anda melayang berfikir yang bukan-bukan BIARKAN sahaja 
  • Teruskan pernafasan kerana lama kelamaan minda anda akan tenang
  • Lakukan sekurang-kurangnya 5 minit atau lebih
  • Ucapkan syukur jika selesai
Jangan terlalu memaksa apabila meditasi. Lakukan ikut kemampuan. Anda mampu berubah jika anda mahu. Semuanya ditangan anda.

Selalu minum air bergas
makan pedas berlari laju,
Badan sihat otak cergas,
Lebih cerdas lebih maju.

Kerja senang memotong papan,
Diberi upah untuk Cik Tupa
Selalu tenang lebih kedepan
Meditasi selalu tidak dilupa

Yakin, Usaha, Pasrah..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...