Di luar sana ramai yang berminat untuk
mempelajari Reiki namun demikian terpaksa melupakan hasrat itu kerana yuran
yang mahal. Saya belajar dahulu yuran mencecah RM 1 000. Mungkin di mata anda
semua ia agak mahal tetapi tahukah anda yuran Reiki pada pemulaan penyebarannya
pernah mencecah USD 10 000. Ia banyak disebarkan untuk golongan atasan.
Maknanya hanya “orang-orang kaya” sahaja mampu untuk belajar Reiki pada awal kewujudannya. Namun kini ia mula berubah. Malah siapa sahaja mampu untuk belajar Reiki. Tidak kita apa jua golongan atau taraf hidup anda.
Penyebaran Reiki mula berkembang dan mengalami
revolusi sama ada daripada segi cara pembelajaran, kandungan modul malah
namanya juga sudah pelbagai jenis. Perbezaan ketara pada gelombang tenaga yang
dialirkan. Jika pengamal Reiki belajar lebih daripada 1 jenis Reiki maka akan
terasa perbezaan apabila mengalirkan tenaga Reiki.
Namun begitu, Reiki tetap Reiki. Ia adalah
sejenis teknik penyembuhan aura yang mengaplikasikan tenaga alam semesta
sebagai satu “daya kuasa” pemangkin utama. Tanpa tenaga ini maka Reiki tiada
apa-apa. Tapi mana mungkin tenaga alam semesta akan musnah kerana itu adalah
salah satu sifat utama tenaga “tidak boleh dimusnahkan”.
Daripada mana agaknya datang tenaga daripada
alam semesta ini??
Jika kita lihat sekeliling kita, pasti kita
akan perasan semua ini. Banyak yang boleh kita ambil contohnya. Misalnya cahaya
matahari. Ia adalah penyumbang utama tenaga alam semesta. Bumi memerlukan
cahaya matahari bagi mengekalkan “kemandirian” setiap spesis.
Kata-kata nasihat, kasih sayang, zikir-zikir
mengingati Allah, bacaan Al-Quran, tenaga dalaman daripada apa jua jenis
hidupan, malah banyak lagi tenaga-tenaga yang wujud di muka bumi ini.
Tenaga-tenaga ini terhasil sejak awal kejadian bumi lagi sebelum adanya
manusia, tumbuhan dan haiwan. Ia semakin berkembang dan terus berkembang
sehingga dinukilkan di dalam Al-Quran akan berlaku “KIAMAT” di mana segala
tenaga-tenaga ini akan musnah keseluruhannya. Hanya Allah sahaja yang tahu bila
ia akan berlaku.
Reiki adalah tenaga. Ia kekal begitu sehingga
bila-bila. Ia sebahagian daripada ilmu-ilmu Allah yang bertebaran di muka bumi
ini. Malah Reiki umpama setitik air daripada lautan jika dibandingkan
keseluruhan ilmu-ilmu Allah. Jika dibandingkan Reiki dan ilmu-ilmu tenaga
lainnya, Reiki adalah mudah untuk dipelajari dan diamalkan. Jangan lihat pada yuran yang mahal-mahal dan
jangan pula memperlekehkan yuran-yuran yang murah-murah. Anda sebagai bakal
pengamal perlu mencari guru yang benar untuk belajar Reiki. Jika mampu bayarlah
yang beribu-ribu, bayarlah. Jika tidak cari yang murah sikit tetapi nasihat
saya, carilah guru Reiki yang aktif mengajar dan belajar.
Sekian dulu..
Anda yang membuat keputusan,
Anda yang tentukan hala tuju,
Jangan yuran jadikan alasan,
Agar hidup bertambah maju.
Yakin, Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan