Memaparkan catatan dengan label Mahar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahar. Papar semua catatan

Selasa, 17 Disember 2013

HALA TUJU KUNDALINI REIKI


Di luar sana ramai yang berminat untuk mempelajari Reiki namun demikian terpaksa melupakan hasrat itu kerana yuran yang mahal. Saya belajar dahulu yuran mencecah RM 1 000. Mungkin di mata anda semua ia agak mahal tetapi tahukah anda yuran Reiki pada pemulaan penyebarannya pernah mencecah USD 10 000. Ia banyak disebarkan untuk golongan atasan. Maknanya hanya “orang-orang kaya” sahaja mampu untuk belajar Reiki pada awal kewujudannya. Namun kini ia mula berubah. Malah siapa sahaja mampu untuk belajar Reiki. Tidak kita apa jua golongan atau taraf hidup anda. 

Penyebaran Reiki mula berkembang dan mengalami revolusi sama ada daripada segi cara pembelajaran, kandungan modul malah namanya juga sudah pelbagai jenis. Perbezaan ketara pada gelombang tenaga yang dialirkan. Jika pengamal Reiki belajar lebih daripada 1 jenis Reiki maka akan terasa perbezaan apabila mengalirkan tenaga Reiki.

Namun begitu, Reiki tetap Reiki. Ia adalah sejenis teknik penyembuhan aura yang mengaplikasikan tenaga alam semesta sebagai satu “daya kuasa” pemangkin utama. Tanpa tenaga ini maka Reiki tiada apa-apa. Tapi mana mungkin tenaga alam semesta akan musnah kerana itu adalah salah satu sifat utama tenaga “tidak boleh dimusnahkan”.

Daripada mana agaknya datang tenaga daripada alam semesta ini??

Jika kita lihat sekeliling kita, pasti kita akan perasan semua ini. Banyak yang boleh kita ambil contohnya. Misalnya cahaya matahari. Ia adalah penyumbang utama tenaga alam semesta. Bumi memerlukan cahaya matahari bagi mengekalkan “kemandirian” setiap spesis.

Kata-kata nasihat, kasih sayang, zikir-zikir mengingati Allah, bacaan Al-Quran, tenaga dalaman daripada apa jua jenis hidupan, malah banyak lagi tenaga-tenaga yang wujud di muka bumi ini. Tenaga-tenaga ini terhasil sejak awal kejadian bumi lagi sebelum adanya manusia, tumbuhan dan haiwan. Ia semakin berkembang dan terus berkembang sehingga dinukilkan di dalam Al-Quran akan berlaku “KIAMAT” di mana segala tenaga-tenaga ini akan musnah keseluruhannya. Hanya Allah sahaja yang tahu bila ia akan berlaku.

Reiki adalah tenaga. Ia kekal begitu sehingga bila-bila. Ia sebahagian daripada ilmu-ilmu Allah yang bertebaran di muka bumi ini. Malah Reiki umpama setitik air daripada lautan jika dibandingkan keseluruhan ilmu-ilmu Allah. Jika dibandingkan Reiki dan ilmu-ilmu tenaga lainnya, Reiki adalah mudah untuk dipelajari dan diamalkan.  Jangan lihat pada yuran yang mahal-mahal dan jangan pula memperlekehkan yuran-yuran yang murah-murah. Anda sebagai bakal pengamal perlu mencari guru yang benar untuk belajar Reiki. Jika mampu bayarlah yang beribu-ribu, bayarlah. Jika tidak cari yang murah sikit tetapi nasihat saya, carilah guru Reiki yang aktif mengajar dan belajar.

Sekian dulu..

Anda yang membuat keputusan,
Anda yang tentukan hala tuju,
Jangan yuran jadikan alasan,
Agar hidup bertambah maju.


Yakin, Usaha, Pasrah..





Khamis, 10 Oktober 2013

Yuran Murah Ada Yang Complain??


Salam aura untuk semua.

Saya baru-baru ini dapat maklumat dari seorang Sifu Otai Reiki yang mana yuran Reiki untuk level MASTER hanya RM70!!!!

Terkejut jugak kalau macam tu.. Macam jualan murah le pulak.. Master-master Reiki di Malaysia kini berdepan dengan masalah Yuran. Berapa perlu diletakkan untuk seisi pembelajar yang dijalankan?? Ada yang sehingga ribuan ringgit bertujuan "menjaga kualiti" katanya. Ada yang letak ratusan ringgit dan tidak kurang juga yang letak puluh-puluh ringgit je. Masing-masing dengan pendapat dan matlamat masing-masing.

Semua itu tidak salah. Ia perlu sesuai dengan apa yang kita berikan kepada "Bakal-bakal Pelajar" nanti. Sama ada benar atau sekadar janji manis. Jangan sampai menjerat diri pulak. Nanti mula timbul dalam surat khabar, ada yang tidak puas hati belajar ilmu-ilmu metafizik sebab Mahaguru "janji tak serupa bikin"..

Jangan sebab cuka setitik, rosak susu sebelanga. Nanti buruk pulak master-master yang betul-betul ingin mengajar dan berkongsi ilmu dengan pelajar. 

Kepada master-master yang menawarkan khursus-khursus ilmu Metafizik terutamanya Reiki  harus "beri seperti yang dijanjikan". Anda perlu mengajar dan berkongsi ilmu dengan pelajar sehingga mereka boleh "berdiri dengan kaki sendiri". 

Kepada bakal-bakal pelajar Reiki pula perlu tunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Hormat kepada guru dan jaga adab-adab berguru. Biar dapat berkat dari ilmu.

Reiki bukan ilmu "magic". Jika nak sesuatu anda perlu juga berusaha. Reiki adalah asbab sekiranya berhasil. Allah jualah yang memakbulkan setiap pemintaan.

Moga dapat tauladan sedikit sebanyak hendaknya..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Rabu, 12 Disember 2012

mahar mahal vs mahar murah






Mahar atau disebut yuran perlu dilunaskan untuk memiliki sesuatu kelebihan/ilmu/perkhidmatan/produk. Ini termasuklah jika anda ingin belajar sesuatu keilmuan sehinggakan ada keilmuan yang berbeza-beza nilainya tetapi ilmunya tetap sama. itu bukan masalahnya kerana bergantung pada anda.

Saya pernah belajar satu keilmuan bernilai ratusan ringgit tetapi hanya dibekalkan kertas fotostat dan ikhlas saya cakap yang saya tidak puas hati.

Jadi persoalannya patutkah guru tersebut meletakkan mahar demikian tetapi beliau membesar-besarkan mulut menyatakan ilmunya berkualiti?

Mana kualiti ilmu itu jika ikhlas dalam mengajar tiada..??
Mana kualiti ilmu itu jika indah khabar dari rupa..??
Mana kualiti ilmu itu jika pengajarnya lembut gigi dari lidah..??
Mana kualiti ilmu itu jika maharnya serupa jual ilmu..??
Mana..?? Mana..?? Mana..??

Tadi saya baru terbaca satu blog berkaitan mahar reiki . penulis menyatakan mahar yang murah tiada kualiti.beliau menegakkan bahawa mahar yang mahal berkualiti dan bertaraf tinggi.

Betul ke?

Bagi saya itu mungkin pendapat peribadi beliau secara umum. bagi saya yang baru belajar ini, soal mahar murah atau mahal terpulang kepada Master yang mengadakan kursus Reiki itu. mungkin Master tersebut terpaksa menyediakan prasarana yang gah-gah untuk kursusnya seperti dewan berhawa 
dingin, nota kursus berwarna, sewa peralatan, bayaran tenaga pengajar, makan minum, tempat penginapan dan lain-lain lagi.

Jadi tidak salah untuk Master tersebut untuk mengenakan mahar yang mahal bagi kursusnya.

Ini juga bergantung kepada pelajar itu sendiri, sama ada setuju dengan bayaran tersebut atau pun tidak. jika pelajar mampu, maka boleh lah 
mencari guru yang mengenakan bayaran yang mahal. "Up to you.."


Jadi jangan lah prejudis kepada Master-master yang mengenakan Kursus Reiki dengan mahar yang murah. terpulang pada merekalah!!

Bakal-bakal pelajar diluar sana boleh menilai mana yang terbaik. buat pilihan sendiri. ikhlaskan hati, jangan prasangka buruk.

Saya mengenakan mahar yang rendah bertujuan untuk:


  • Berkongsi ilmu yang ada
  • Berkenalan dengan ramai orang
  • Mendalami lagi ilmu Reiki
  • Memberi anda peluang untuk belajar Reiki tanpa membebankan anda


Jika anda belajar dengan saya saya akan beri:


  • Manual Kundalini Reiki (softcopy)
  • Ringkasan manual Kundalini Reiki (hardcopy)
  • Bonus keilmuan lain seperti:
  • Ilmu Tenaga Dalam Tendai peringkat Dasar bernilai Rm165 secara PERCUMA
  • Ilmu Amalan Selawat Murah Rezeki secara PERCUMA
  • Ilmu Penumbuk Sepemikul secara PERCUMA
  • Dan lain-lain keilmuan lagi mengikut kesesuaian anda
  • Anda juga akan dibimbing sampai anda mahir melalui telefon atau online
  • Saya akan adakan kelas bimbingan PERCUMA dari masa ke semasa mengikut kelapangan


Berapa yang perlu anda bayar untuk semua di atas?


Kundalini Reiki level 1 : RM50

Kundalini Reiki level 2 : RM100

Kundalini Reiki level 3 (MASTER) : RM200

(Kena ambil bertahap2 tidak boleh langkau. Ikut kemampuan kewangan anda)

Atau

Promosi

(PAKEJ 1)

Kundalini Reiki level 1 : FREE

Kundalini Reiki level 2 : RM80

Kundalini Reiki level 3 (MASTER) : RM200

Atau

(PAKEJ 2)

Kundalini Reiki level 1,2,3 (MASTER) : RM250

**TAWARAN DI ATAS TELAH DITUTUP, SILA LIHAT PAKEJ ILMU YANG BARU**


Moga dengan Kursus Reiki ini dapat memberi anda peluang bagi memperbaiki kehidupan anda dengan sentiasa mengamalkan Ilmu Reiki di dalam kehidupan.

Ilmu tanpa amal ibarat pohon rendang tiada buah. Jadi belajar lah dan amalkan lah secara istiqomah

Sekian,

Pasrah dan tawakal....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...