Salam sejahtera semua….
Saya selalu dihujani dengan pelbagai soalan
berkaitan sensasi semasa belajar Kundalini Reiki.
Antara soalan yang diajukan adalah:
“Saya
nak tanya, saya buat meditasi dan terasa macam ada sesuatu warna oren kuning
menyerlah warnanya tetapi tiba-tiba bertukar kepada warna hitam. Apa maknanya
sebab saya keliru.??”
“Saya terasa tapak kaki sebelah kanan saya
macam bergetar dan terasa sedikit kebas. Kenapa yer??”
“Selepas terima attunement dari Master Azrul, semasa
meditasi nampak warna putih bersinar masuk melalui jantung saya. Kenapa ye….??”
Sebelum saya menjawab terus soalan ini mari
kita berkenalan dulu dengan istilah yang selalu kita dengar semasa belajar
Reiki iaitu KUNDALINI.
Banyak diperkatakan bahawa Kundalini adalah
suatu kekuatan luar biasa yang terdapat dalam tubuh seseorang. Kundalini adalah
berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud “gulungan”.
Dalam keadaan tidur (belum bangkit dan belum
aktif) , kundalini berbentuk gulungan 3½ lingkaran yang terletak di sumsum
tulang belakang manusia, tepatnya di bawah tulang ekor (perinum).
Ketika kundalini sudah bangkit dan aktif, ia
akan merambat naik melalui jalur sushumna, menembus semua chakra dan akhirnya
keluar dari chakra mahkota. Pada saat merambat naik, kundalini akan
membersihkan semua jalur-jalur energi yang dilaluinya. Maka proses
“pembersihan” energi berlaku ke tahap optimum ketika ini.
Cuba anda bayangkan anda hidup dari bayi hingga
kini? Anda yang sudah hidup 19 tahun, 24 tahun, 30 tahun malah lebih dari itu
pun ada. Sepanjang anda hidup pernahkah anda membersihkan saluran energi anda?
Ia sebenarnya umpama saluran air yang mengalir. Kalau sudah berpuluh-puluh
tahun tidak dibersihkan apa yang akan terjadi?
Mesti ada yang tersumbat dan mengalami
“kerosakan” di bahagian-bahagian tertentu. Dan tidak hairanlah semasa proses
“pembersihan” energi anda akan merasakan sensasi-sensasi tertentu ditubuh anda.
Jadi ini adalah jawapan tepat bagi soalan di atas.
Pada
umumnya, pengamal Reiki boleh merasakan hawa panas. Setelah berlatih dengan
rutin beberapa lama, anda akan merasakan hawa panas di sekeliling telapak
tangan dan ia akan ketara untuk beberapa ketika.
Tetapi,
setelah berlatih lebih lama lagi, hawa panas ini akan berkurangan. Anda
janganlah cemas dengan penurunan hawa panas ini kerana getaran / frekuensi
tenaga Reiki anda telah selaras denagn tubuh anda. Ibaratnya, jika anda sudah
biasa minum kopi panas, lama-kelamaan anda sudah tidak merasa begitu panas
lagi. Betulkan??
Moga
pencerahan ini bermanfaat untuk semua..
Yakin,
Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan