Salam hormat untuk semua.Moga anda diberi ketenangan
dalam kehidupan. Insya-ALLAH..
Hari ini saya ingin berkongsi perihal amalan seharian
kita, adakah kerana Allah atau sebaliknya???
Saya ingin bawa anda meneliti apa yang anda lakukan
sehari-harian.
Anda bangun pagi, adakah anda mengucap syukur kepada
Allah??
Anda bersiap untuk ke tempat kerja, adakah anda
bersiap kerana Allah??
Anda bekerja mencari rezeki, adakah anda bekerja
kerana Allah??
Anda balik setelah tamat waktu kerja, anda berehat
bersama keluarga dan seterusnya mula tidur semula, adakah semua itu anda
lakukan kerana Allah??
Mari kita muhasabah diri sebelum kita disoal dihadapan
Allah. Adakah aku lakukan dalam kehidupan ini kerana Allah atau semata-mata
mencari kesenangan hidup??
Pada satu hari, sahabat saya(A) terkena gangguan
makhluk halus, jadi sahabat lagi seorang(B) memberitahu A agar pergi berubat di
satu pusat rawatan Islam. Kata B, ramai yang berubat disana, semuanya sembuh. Jadi
A pergi ke pusat rawatan itu untuk mendapatkan rawatan. Ditakdirkan A sembuh.
Jadi A tidak henti-henti mengesorkan sahabat-sahabat lain turut berubat di
pusat rawatan itu jika mengalami sakit akibat gangguan.
Saya berasa “janggal” disini. Apakah pegangan
sahabat-sahabat saya ini?? Adakah mereka menganggap pengamal perubatan di pusat
rawatan itu yang menyembuhkan sakit??
Jika ditanya pasti mereka akan menjawab “memanglah
saya percaya pada Allah, tapi saya sekadar berusaha. Kan tuhan suruh hambanya
berusaha..” bla..bla..bla..
Satu jawapan yang “memerangkap” diri. Ini kerana
mereka lupa memasang “niat” dan “kepasrahan” hanya kepada Allah. Minda mereka
telah di”set” jika sakit cari ubat. Seharusnya mereka “set”kan minda jika sakit
cari Allah..
Memang kita disuruh berusaha dalam apa jua keadaan. Namun
begitu ingat, biar usaha kita kerana ALLAH semata-mata untuk mendapat redha-Nya.
Kalau kita makan, bukan sebab nak kenyang tetapi
kerana Allah asbabnya untuk memudahkan kita beribadat.
Kalau kerja,
kerana Allah asbabnya untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan
keluarga.
Sebagai langkah pertama saya dan anda semua perlu
pasang “niat” sebelum melakukan apa jua kerja semata-mata kerana Allah.
Ingatkan diri yang kita lakukan ini kerana Allah. Tegaskan dalam hati yang kita
ikhtiarkan ini kerana Allah.
Niat kerana Allah, bukan kerana dunia,
Kerana dunia akan musnah, jadi apa amalan
akan dibawa,
Mengadap Allah disana kelak, takut kita
tiada apa-apa,
Takut-takut kita akan papa kedana kerana
kita alpa..
Jadi mulai saat ini, kita pasang “niat” sebelum
melakukan apa jua kerja atau tugas kerana Alah..
Moga saya dan anda mendapat petunjuk daripada-Nya..
Sekian,
Yakin, Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan