Salam bahagian
untuk semua. Moga anda dilimpahi aura positif bagi hari-hari mendatang..
Jika dikatakan lelaki
sejati, anda perlu ada kekuatan batin bagi memenuhi tuntutan berumah tangga.
Kekuatan batin bukan sekadar anda mampu “beraksi” selama sejam tetapi ia
berkait rapat dengan kualiti sperma yang anda hasilkan. Bagaimana kita ingin
menigkatkan kualiti dan jumlah sperma seorang lelaki. Di bawah saya kongsikan
beberapa tip untuk dijadikan sebagai panduan:
Berhenti merokok
sama sekali
Merokok tidak baik
untuk kesihatan. Ia boleh menyebabkan nafas berbau. Seorang perokok akan
menurunkan kualiti spermanya berbanding mereka yang tidak merokok. Ia
berdasarkan kajian dimana sperma orang yang merokok menunjukkan penurunan
kualiti berbanding mereka yang tidak merokok sama sekali.
Elak pakai
seluar ketat
Seluar yang ketat
menyebabkan suhu testis atau “telur” lelaki mengalami peningkatan suhu. Suhu meningkat
bermakna kuantiti sperma akan terjejas. Selain ini sekiranya para lelaki
mengalami “ereksi” anda akan tidak selesa dan ia menganggu struktur zakar untuk
menegang secara semulajadi. Ia boleh menyebabkan zakar bengkok.
Makan makanan
seimbang
Amalkan makanan
yang seimbang terutama sayur-sayuran dan kekacang. Semuanya harus rendah lemak
dan tinggi kandungan protein. Jangan makan
makanan berminyak, terlalu berlemak dan elakkan makanan segera (fast food).
Rancang waktu
untuk seks
Jangan lakukan seks
terlalu kerap kerana ia menyebabkan air mani menjadi terlalu cair kerana
kekerapan ejakulasi. Pembentukan sperma memakan masa jika kerap “keluar” macam
mana nak membentuk sperma baru. Selalu sangat keluarnya. Lakukan seks seminggu
3 kali sahaja (ikut sunah nabi).
Katakan tidak
pada alkohol
Akkohol menyebabkan
hati gagal berfungsi dengan baik sekali gus meningkatkan estrogen dalam tubuh.
Kesan estrogen yang tinggi mempengaruhi penghasilan sperma. Estrogen tinggi,
sperma kurang. Elakkan minum “air kencing syaitan”.
Selalu bersenam
Anda perlu kekalkan
tahap kesihatan anda dengan banyakkan bersenam. Lakukan secara kerap walaupun
sedikit. Anda boleh mulakan dengan berjalan laju ke tempat kerja atau menaiki
anak tangga. Biar anda tercunggap ketika bersenam, jangan tercunggap ketika “beraksi”
di ranjang.
Lakukan meditasi
Anda perlu sentiasa
tenang. Caranya adalah dengan meditasi. Mengikut kajian, meditasi dapat
menurunkan tahap tekanan darah tinggi. Jika anda kerap tertekan di tempat
kerja, maka anda perlu rehatkan minda dengan meditasi. Anda hanya perlu
kosongkan minda dan hayati nikmat nafas yang dianugerahkan oleh Allah.
Sekian dulu dari
saya. Moga tip-tip diatas dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk menjadi “SIHAT”
semula.
Yakin, Usaha,
Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan