Salam
sejahtera untuk semua. Moga anda dikurniakan rezeki yang bertambah-tambah bagi
setiap hari anda.
Tadi
masa belek-belek majalah terjumpa satu tip berkenaan senaman untuk bakar lemak
yang sesuai untuk para lelaki. Kita para lelaki jarang memberi perhatian kepada
aspek ini jadi makin lama perut pun dah ke hadapan.
Jadi
mari kita berubah sedikit demi sedikit untuk “membakar rentung” lemak-lemak di
badan ini.
Antara
senaman yang boleh diamalkan adalah:
Berjalan
kaki
Kaedah
untuk yang mula nak bersenam. Cara terbaik adalah dengan berjalan 10 000
langkah bersamaan 7 km (lebih kurang kut) boleh bakar lemak sebanyak
300-400 kalori.
Berlari
Berlari
secara sederhana dan jangan terlalu lama kerana boleh menyebabkan kecederaan
otot. Berlari selama sejam dengan kecepatan sederhana akan membakar lebih
kurang 760 kalori.
Mendaki
bukit
Baik
untuk uji kekuatan otot kaki. Mendaki selama sejam bersamaan dengan membakar
530 kalori
Bermain
badminton @ tenis
Otot
paha, lengan, bahu dan pinggul bekerja serentak semasa aktiviti ini dijalankan.
Cari pasangan untuk bermain yang berkemampau sama macam anda (takut nanti tercungap).
Sejam bermain dapat membakar 780 kalori.
Regangan
Gerakkan
kaki dan tangan selama setengah jam mampu mencegah kecederaan otot sebelum
berolahraga.
Berenang
Semua
bahagian otot bekerja semasa berenang terutama bahagian perut. Sejam bersamaan
membakar 460 kalori.
Bola
sepak
Ia cabar
fizikal dan minda. Namun begitu ia berisiko untuk cedera. Sejam bersamaan
membakar 700 kalori.
Angkat
berat
Terbaik
untuk membina otot tubuh dan meningkatkan kesihatan umum. Lakukan latihan regangan
sebelum angkat berat dapat elak kecederaan. Lakukan bersama pakar untuk dapat
hasil maksimum. Sejam bersamaan membakar 230 kalori.
Diharapakan dapat membantu mereka yang nak mula membakar lemak..
Yakin, Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan