Dalam sibuk-sibuk menjalankan tugas seharian, pagi tadi saya sempat pergi ber"jogging". Saya sekadar berjalan cepat lebih kurang sejam. OK lah kan. Lenguh-lenguh juga kaki dibuatnya. Almaklum lah dah lama tidak melakukan aktiviti kecergasan.
Bagi orang seperti saya yang sibuk memanjang, sebelum melakukan senaman anda perlu:
- Lakukan regangan ringkas bagi mengelakkan kecederaan pada otot.
- Lakukan senaman ringan terlebuh dahulu. Jangan mula-mula terus lari pecut 100 meter.
- Jangan bersenam disulami makan umpama "jalan-jalan cari makan".
- Lakukan senaman pernafasan selepas lakukan senaman ringan. Anda perlu nikmati sahaja pernafasan anda.
- Lakukan senaman secara ringan selama seminggu dulu. Lepas tu, baru mulakan senaman berat.
Tip-tip ini dapat menjadi tanda aras untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak memulakan aktiviti kecergasan. Yang penting "Lakukan walaupun sedikit tetapi konsisten".
Sekian dulu, moga anda sihat dan cergas selalu..
Yakin, Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan