Isnin, 4 Januari 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016 - TAHUN MENCABAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2016. Saya doakan para pembaca kaya dan berjaya.

Ura-ura menyatakan tahun 2016 adalah tahun mencabar dari segi kewangan. Kekangan dari segi kewangan telah dilihat bermula semenjak wujudnya GST di negara kita. Harga barang bercanak naik walhal gaji masih tetap tidak berubah. Ia memang pahit untuk ditelan.

Gaji RM2000 kebawah akan amat-amat terasa di dalam situasi kewangan yang mencabar ini. Malah yang bergaji tinggi juga akan terbeban. Kelihatan ramai yang akan "diberhentikan" kerja secara paksa atau sukarela. Duit akan semakin menjauh daripada orang-orang sebegini (jangan marah pulak).

Apa yang saya cuba nyatakan adalah, kita semua akan terbeban tanpa mengira berapa jua gaji kita, dimana kita tinggal dan apa jua pekerjaan kita. Kita akan terus-terusan terbeban jika kita menumpukan dan memberi perhatian kepada masalah di atas. Jika anda terus beremosi dan menunding jari kepada orang lain, maka anda adalah orang yang gagal. Saya boleh jamin anda akan cepat "stress" dan duit tidak akan pernah cukup walaupun anda melakukan 3 perkerjaan dalam sehari.

Jadi apa cara penyelesaiannya??

Bak kata "frozen" - "LET IT GO"

Biarkan apa jua akan berlaku, biarkan sahaja.

Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir hidup ini susah maka anda pasti susah.

Anda perlu tukar "mind set" anda. Fikirkan yang baik-baik sahaja.

Anda sahaja yang boleh mengubah nasib diri anda. Ubah ia jadi baik. Yakin dan buat sahaja.

Insya-Allah anda akan berjaya.

Sekian dulu.

Yakin, Usaha, Pasrah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...