Jumaat, 22 Jun 2018

BANGUNKAN GERGASI ANDA

Assalamualaikum kepada para pembaca.. Moga beroleh kesejahteraan selalu..Rasanya sudah lama benar blog ini sepi tanpa sebarang nukilan dari saya.. Pertamanya, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua, maaf zahir batin..

Terlalu banyak yang saya hadapi setahun dua ini.. Berpindah tempat kerja dan rumah.. Dari satu tempat ke tempat lain.. Saya hanya menurut gerak "rasa" yang Allah berikan InsyaAllah ada kejayaan di situ.. 

Manusia perlu berubah dari keselesaan jika ingin berjaya.. Keluarkan "gergasi" yang sedang tidur di dalam diri anda.. Kejutkan ia dari lena yang panjang.. 

Keselesaan dapat mematikan perkembangan diri kita.. Kita akan terlalu selesa sehingga tidak mahu berubah.. Kita akan berada di takuk lama.. Orang lain meninggalkan kita didepan tetapi kita masih lena..

Berubah bukan semudah ABC.. Anda perlu kekuatan dalaman yang "power" untuk terjaga dari lena.. Kekuatan ini akan meransang diri anda untuk bangun sedikit demi sedikit dan akhirnya mencapai apa yang anda inginkan..

Antara tip untuk berubah adalah :

  • Adakan "BIG WHY" anda untuk berubah dengan kata lain, apa yang boleh mendorong anda untuk berubah contoh berubah untuk ibu bapa yang miskin di kampung.. "BIG WHY" perlu kuat dan mantap..
  • Tekad dan bulatkan hati untuk berubah..
  • Pandang hadapan dan jangan toleh ke belakang lagi..
  • Buat sahaja walaupun tidak sempurna..
  • Lakukan SEKARANG dan tidak bertangguh-tangguh..
Tip di atas insyaAllah boleh menggerakkan "gergasi" di dalam diri anda.. Yang penting konsisten dan istiqomah.. Biar kita berubah sedikit demi seditkit..

Terima kasih kepada yang sudi membaca.. Moga bermanfaat..

Yakin Usaha Pasrah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...