Jumaat, 13 September 2013

Mata Ke Tiga



Salam kejayaan untuk semua, moga beroleh kemenangan dan kegembiraan..

Hari ini saya nak berkongsi tentang MATA KE-3..

Kalau masa dulu-dulu ada cerita dragon ball dimana salah satu waktu dalam siri kartun tu ada 3 biji mata.. Memang power je bila nampak..

Jadi macam tu ke mata ke-3??

Mata ke-3 terletak di bahagian tengah antara dua kening. Ia terletak di cakra AJNA..

Antara fungsi mata ke-3 adalah :

- Meningkatnya kesedaran batin.
- Memudahkan mendapat ilham.
- Kuat firasat.
- Sensitif dengan keadaan sekeliling.
- Tembus Pandangan.
- Melihat alam ghaib.
- Mengetahui rahsia alam.

Mata ke-3 bukan semata-mata dapat melihat alam ghaib seperti yang kita digembar-gemburkan. Kepentingannya lebih kepada kesedaran kepada pencipta iaitu Allah. Jika kita tahu rahsia alam maka kita akan lebih cinta kepada penciptanya.

Di dunia barat, mata ke-3 digunakan untuk mencari idea-idea baru dan seterusnya mengwujudkan karya yang hebat. Cuma sedikit sahaja orang kita (melayu) yang mendapat kesedaran sebegitu. Kebanyakan hanya pandai menyatakan SESAT, MISTIK, SYIRIK dan seangkatan dengannya.

Kami di ILHAM SEJATI memberikan kepada anda kefahaman serba sedikit tentang ilmu-ilmu sebegini. Ia bukan semata-mata mistik tetapi ia adalah ilmu mengenal Tuhan Maha Pencipta.

Kundalini Reiki dan Ilmu Tenaga Dalam memberi anda mengenal siapa pencipta anda. Ia adalah ilmu yang digarap daripada RASA INGIN TAHU orang terdahulu dan ia mengalami revolusi seperti yang ada sekarang. Ia lebih mudah diamalkan dan semestinya bebas dari perkara-perkara KHURAFAT.

Di dalam modul terbaru ini, saya masukkan cara terbaru untuk membuka mata ketiga anda. Ia mengamalkan zikir-zikir Asma Allah tanpa melibatkan mentera-mentara yang bukan-bukan..

Jika anda berminat, hubungi saya segera..

Yakin, Usaha, Tawakal..





Rabu, 11 September 2013

Sedekah Bertambah Kaya



Salam sejahtera kepada semua.. Moga sihat dan bertambah kaya..

Saya nak berkongsi tip untuk bertambah kaya dunia akhirat kita perlu berSEDEKAH...

Kalau bagi duit kan orang bertambah miskin le kita????

Sedekah sedekah sebenarnya membuatkan kita bertambah KAYA..

Kita bagi duit kat orang, orang gembira dan ucapkan terima kasih, kita senyum dan bersyukur di dalam hati kerana kita masih mampu menjalankan tanggungjawab..Kita mampu bekerja dan kumpul duit banyak-banyak. Allah akan suka kepada kita dan memberi pahala malah diberi kekayaan bukan sehaja kaya harta tetapi kaya hidup, kaya hati, kaya keluarga, kaya jiwa dan lain-lain..

Kan itu menunjukkan kita akan bertambah kaya jika berSEDEKAH????

Kaya bukan semata-mata duit dan lebih dari itu..

Oleh itu, pasang azam untuk bersedekah setiap hati.. Tip berikut dapat membantu :


  • Pasang niat semasa di waktu memulakan aktiviti di waktu pagi.. Niat nak sedekah semampunya..
  • Yakin tetapkan jumpa minimum dahulu misalnya RM1..Tekankan betul-betul niat tersebut..
  • Apabila nampak orang miskin atau tabung derma masukkan duit tersebut..
  • Jangan pandang dan terus berlalu pergi..

Lakukan sekerapnya dan tambahkan nilai duit mengikut keperluan.. Ingat SEDEKAH BERTAMBAH KAYA.....

Sekian,

Yakin, Usaha, Tawakal..



Selasa, 3 September 2013

SURAH AL-FATIHAH KHASIAT DAN FADHILATNYA



Surah Al-Fatihah mempunyai fadhilat dan kebaikan yang banyak di antaranya :

Sabda nabi muhammad SAW bermaksud : “membaca Al-Fatihah pahalanya umpama sepertiga al-quran.”

Baginda bersabda lagi yang bermaksud : “surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.”

Sabda baginda lagi bermaksud : “Al-Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Untuk kebahagiaan dan keselamatan
Dibaca 41x selepas selesai solat sunat qabliyah Subuh ( sebelum solat fardhu subuh) secara berterusan, insyaAllah apa sahaja yang dihajati akan dimakbulkan oleh Allah. Jika sakit akan sembuh, jika lemah akan kuat, jika nakkan pangkat akan dinaikkan, jika bercakap orang akan mendengar, akan terselamat daripada bencana.

Untuk menolak bala dan bencana
Jika dibaca surah al-fatihah sebelum tidur diikutu surah al-ikhlas , surah al-falaq dan surah an-nas, maka akan terjaga dirinya daripada bahaya sewaktu tidur.

Memudahkan rezeki dan kejayaan
Amalkan membaca 20x surah al-fatihah selepas selesai solat fardhu secara berterusan (tanpa diselang seli kata-kata) insyaAllah akan dimudahkan rezekinya, terjaga daripada sebarang bahaya dan dimuliakan oleh masyarakat sekeliling serta tercapai hajatnya.

Menghilangkan kesusahan
Baca 7x surah al-fatihah selepas selesai solat fardu, maka diberikan kebaikan dan dibuang kesusahan dari dirinya sama ada kesusahan dunia mahupun akhirat.

Ubat segala penyakit
Al kisah dari ibnu abbas r.a. ketika sayyidina hassan bin ali r.a. sakit, rasulullah SAW telah membaca surah al-fatihah pada air sebanyak 40x kemudian baginda menyapukan air itu ke muka, kepala, tapak kaki dan tangan cucunya hassan. Dengan izin Allah penyakit itu pun sembuh.

Untuk melepaskan tali ikatan musuh
Jika ada orang yang dirantai lalu dibacakan surah al-fatihah sebanyak 121x dengan khusuk dan ditiup pada rantai sebanyak 10x, insyaAllah dapat terlepas daripada ikatan.

Penawar sengatan kala
Bacakan surah al-fatihah sebanak 7x pada bekas putih berisi campuran air dan sedikit garam lalu diberi minum pada mangsa sengatan kala, insyaAllah akan sembuh.

Malah terdapat banyak lagi KHASIAT DAN FADHILAT surah al-fatihah yang tidak dapat dimuatkan pada tulisan saya ini. Apa yang penting adalah keyakinan anda dalam mengamalkannya. Yakin sesunggunhnya Allah jualah yang memperkenankan apa sahaja pemintaan hamba-hambanya.

“Al-fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu Tuhan yang Pengasih dan Penyayang.”

Sekian dahulu, moga perkongsian ini dapat dijadikan panduan dan moga dapat diamalkan, insyaAllah..


Usaha, Yakin, Tawakal..




KHASIAT HALIA



Salam bahagia untuk anda..berikut adalah serba sedikit khasiat halia yang boleh dimanfaatkan dan bukan sahaja untuk memasak. Antara khasiatnya adalah:

  • Membantu untuk menghadam makanan.
  • Melembutkan perut agar lebih selesa dan nyaman.
  • Mengawal hati agar kuat dan berfungsi dengan baik.
  • Membantu untuk menguatkan tenaga semasa berjimak dan menambah air mani.
  • Membuang angin yang terdapat di dalam badan.
  • Membuang kahak dan lendir pada tekak dengan cara halia perlu dicampur dengan sedikit gula yang diminum bersama air panas.
  • Menghilangkan bau busuk mulut dan mengharumkannya.
  • Menghilangkan kesejukan yang terdapat pada makanan dan sayuran.


Firman Allah SWT yang bermaksud :-


“Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya daripada halia.”

Moga anda dapat manfaat daripadanya..

Yakin, Usaha, Tawakal..



Isnin, 2 September 2013

MENANGANI ILMU PUKAU VERSI ILHAM SEJATI



Salam sejahtera dan agar anda dilimpahi aura positif setiap hari..

Saban hari kita dikhabarkan dengan berita kehilangan orang malah sejak 5 tahun ini lebih 100 kes seumpamanya diberitakan terjadi kepada kanak-kanak, anak dara malah isteri orang. Kes-kes ini ada yang dapat diselesaikan dan banyak juga terbengkalai tanpa penyelesaian..

Mengapa ini semua berlaku?? Adakah begitu mudah mereka diculik malah kebanyakkan kes terjadi secara sukarela tanpa apa-apa paksaan secara fizikal??




Kita tidak boleh mengawasi orang yang tersayang 24 jam sehari, jadi apa yang perlu anda lakukan??

Ilham Sejati menawarkan keilmuan yang dapat dipraktikkan oleh anda untuk tujuan pedinding, pemagaran dan sebagainya daripada ilmu pukau.. Setidak-tidaknya anda dapat menjaga diri dan keluarga dari menjadi mangsa pukau..

Apakah keilmuaan tersebut dan berapa perlu dibayar??

Saya tawarkan kepada anda untuk belajar KUNDALINI REIKI LEVEL MASTER dengan mahar cuma RM250 SAHAJA..


Selain itu, saya akan berikan BONUS untuk anda berupa:

  • Ilmu Tenaga Dalam Ilahi (Tendai)
  • Amalan Penumbuk Sepemikul Ilham Sejati
  • Amalan Selawat Murah Rezeki Ilham Sejati
  • Ilmu Riadhah Tembus Pandang Ilham Sejati
  • Aji Rajah Kala Chakra


Bonus-bonus diatas saya berikan secara PERCUMA..

Anda tidak perlu bayar bayaran untuk ilmu bonus di atas. Tiada bayaran tambahan dan tiada caj tersembunyi.

Malah ada juga HADIAH MISTERI yang akan saya berikan bersama TANPA APA-APA BAYARAN

Bagaimana ilmu-ilmu ini membantu??

Untuk pengetahuan anda, pukau adalah ilmu yang diaplikasikan dengan cara mengganggu fungsi minda bawah sedar anda. Tenaga yang dikeluarkan dari ilmu pukau menyebabkan minda bawah sedar tidak berfungsi seperti mana yang sepatutnya. Ia umpama seperti sungai yang mengalirkan air, jika terdapat sekatan pada laluan air maka, air tidak dapat mengalir dengan lancar. Pukau mudah berlaku kepada mereka yang berada dalam kondisi penat selepas melakukan sesuatu, binggung dan tidak mampu berfikir dengan betul dan juga terlampau menginginkan sesuatu.

Bagi pengamal Reiki, apabila latihan dilakukan konsisten mereka akan mengoptimumkan tenaga pada tubuh mereka. Ini akan menjadi perisai kepada mereka. Jika mereka dipukau, mereka akan merasakan satu aliran tenaga yang menyengat pada bahagian perut dan hulu hati. Oleh itu, pengamal dapat menambahkan lagi kekuatan perisai bagi mengelakkan tenaga pukau dari terus mengganggu mereka.

Selain itu, dengan mengamalkan Ilmu Tenaga Dalam Ilahi (Tendai), Amalan Penumbuk Sepemikul Ilham Sejati dan Aji Rajah Kala Chakra akan memaksimumkan pelindungan kepada anda dan keluarga.

Sebagai contoh Amalan Penumbuk Sepemikul Ilham Sejati dapat digunakan apabila waktu terdesak sahaja terutama kepada wanita kerana apabila betul-betul diamalkan, penumbuk pengamal ditingkatkan kekuatannya umpama Badang dan jika terkena kepada seseorang akan menyebabkannya boleh muntah darah dan jatuh pengsan.

Ilmu-ilmu ini juga dapat digunakan untuk pelbagai tujuan kerana ia adalah multifungsi. Ilmu-ilmu bonus ini mahar di tempat lain adalah:-

  • Ilmu Tenaga Dalam Ilahi - Tendai (RM 165)
  • Amalan Penumbuk Sepemikul Ilham Sejati (RM 100)
  • Amalan Selawat Murah Rezeki Ilham Sejati (RM 90)
  • Ilmu Riadhah Tembus Pandang Ilham Sejati (RM 90)
  • Aji Rajah Kala Chakra (RM 100)
    
Jumlah keseluruhan adalah RM 545

Tetapi saya berikannya PERCUMA.. Anda hanya bayar mahar untuk Ilmu Kundalini Reiki Level Master SAHAJA..


Kami di Ilham Sejati cuba sedaya upaya mengeluarkan keilmuaan bagi membantu kes-kes seumpama ini dari terus berlaku. Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.

Hubungi saya jika anda ingin mempelajari keilmuaan bersama saya..


Yakin, Usaha, Tawakal..




Ahad, 1 September 2013

Seimbangkan Kehidupan Sosial Dan Kerja Anda



Salam sejahtera untuk semua.. Saya pancarkan tenaga aura moga anda dilingkari aura positif senantiasa hendaknya..

Ada setengah daripada kita terutama yang bekerja di kota-kota besar menganggap kerja adalah segala-galanya kepada mereka. Hidup mereka adalah di tempat kerja dan rumah. Keseronokan yang diraih bersama rakan-rakan sekerja di pejabat sudah dikira kehidupan sosial mereka.

Ini merupakan tanggapan yang amat tidak tepat. Manusia yang normal perlu seimbangkan antara kerja dan kehidupan sosialnya seperti beriadah bersama keluarga, bersenam dan sebagainya.  Ini membuatkan anda menjadi pekerja yang sihat dari segi fizikal, mental dan emosi.

Anda ada masalah untuk seimbangkannya?? Ayuh, kali ini saya akan berikan beberapa tip ubtuk menghadapi situasi ini antaranya:-

Bijak Kawal Kepentingan

Jika anda seorang pekerja di bawah selian yang minima contohnya bekerja di rumah dan menghantar tugasan kepada bos melalui email, anda mesti mempunyai lebih disiplin daripada mereka yang bekerja di pejabat. Jangan terpengaruh dengan keadana sekeliling di rumah. Masa kerja perlu ditetapkan. Tugasan perlu disiapkan segera dan dihantar kepada ketua. Jangan selang-selikan dengan aktiviti di rumah seperti basuh baju. Memasak dan sebagainya. Percayalah, jika anda lakukan begini kerja anda tidak siap malah masa anda terbuang begitu sahaja. Jadi anda harus bijak kawal kepentingan.

Jauhkan Diri Daripada Perkara Tidak Penting

Masa untuk bersuka ria mungkin sudah berlalu. Usia semakin meningkat dan ini adalah masa untuk anda lebih serius pada perkara yang penting. Jauhi perkara kurang penting. Apabila anda terlalu banyak membabitkan diri dengan perkara tidak penting, ia akan mengambil masa berkualiti anda untuk melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat. Elakkan terlalu suka melepak bersama rakan di kedai mamak selepas waktu kerja. Sesekali tidak mengapa tetapi jangan biasakan. Tukarkan aktiviti melepak kepada aktiviti kecegasan seperti bersenam bersama rakan untuk menyihatkan kesihatan anda.

Jangan Tinggalkan Hobi

Ramai antara kita akan tinggalkan hobi apabila sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Ini yang anda sering lakukan. Melupakan hobi yang akan memberi kesan kepada kehidupan sosial anda. Kehidupan menjadi semakin bosan dan rakan-rakan bersama anda sangat terhad. Jadi realisasikan hobi anda dihujung minggu secara berkala. Kehidupan semakin berwarna-warni. Percaya atau tidak, kejayaan kehidupan sosial anda dengan cara yang terbaik akan mengurangkan tekanan di pejabat. Jadi jangan pandang remah dengan hobi anda.

Cuba Berkata Tidak

Sesekali jangan mudah berkata ya kepada kerja-kerja yang bukan menjadi tanggunjawab anda sehingga mengganggu waktu peribadi anda. Anda perlu berkata tidak secara tegas. Tetapi jangan pulak sering berkata tidak untuk sesuatu tugasan yang diberikan kepada anda kerana nanti anda akan dicap sebagai “pekerja berat tulang”. Tidak salah tolong menolong sesekali tugasan orang lain tetapi harus berpada-pada. Jangan sehingga anda mengabaikan waktu untuk bersosial.

Lakukan Yang Terbaik


Apa juga tugasan yang diberikan kepada anda lakukan dengan sehabis baik. Yang penting anda ikhlas melakukan kerja yang diamanahkan. Jika anda ikhlas maka dengan sendirinya tugasan itu akan mudah disiapkan. Hati anda pun tidak akan sakit.  Jangan jadikan tugasan yang diberi sebagai beban kepada anda.


Moga tip-tip di atas dapat memberi anda sedikit panduan moga anda beroleh kejayaan di dalam kehidupan seharian anda..


Usaha, Pasrah, Tawakal..




Jumaat, 30 Ogos 2013

Aktiviti Facebook


Salam sejahtera kepada semua dan moga dianugerahkan keamanan dan kegembiraan selalu hendaknya..

Untuk pengetahuan semua selain belajar Kundalini Reiki secara berhadapan atau pun dengan cara jarak jauh, kami di ILHAM SEJATI juga menggunakan Facebook Ilham Sejati Reiki/Kundalini Reikimelalui akaun tertutup bagi membolehkan pembelajaran Reiki dibuat sepanjang masa bersama-sama dengan ahli yang lain..

Pembelajaran ini sudah tentu PERCUMA tanpa apa-apa bayaran tersembunyi..

Antara apa yang kami lakukan adalah:

  • Berkongsi pengalaman baru
  • Berkongsi ilmu baru 
  • Mengulangkaji ilmu Reiki
  • Membantu rakan lain dengan Reiki
  • dan banyak lagi..

Antara contoh apa yang kami buat di FACEBOOK :-































Ini sebagai bukti bahawa anda tetap diajar oleh saya sendiri sampai bila-bila (selagi jiwa dikandung badan...) disamping anda dapat berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang lain. Anda hanya bayar RM300 untuk pakej penuh Master Kundalini Reiki ( Rujuk Pakej Ilmu) dan saya akan terus mengajar anda tanpa apa-apa bayaran tambahan atau tersembunyi.. Itu Janji yang Pasti..

Jadi terus hubungi saya SEGERA...

Usaha, Pasrah, Tawakal..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...