Sabtu, 5 September 2015

BELAJAR LAGI

Assalamualaikum..

Baru-baru ini saya telah menghadiri satu kursus "Master Metafizik" daripada Reiki Malaysia iaitu Master Hisham (Guru Lama Saya).. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh Master Hisham.. 

Antara ilmu-ilmu yang dikongsikan di dalam kelas ini adalah ilmu melihat aura, teknik duplikasi, teknik I'M  A BOSS, applied kinesiologi multi fungsi, ilmu numerologi asas, ilmu haq inti diri dan banyak lagi..

Rasanya tidak cukup masa separuh hari yang diberikan bagi berkongsi ilmu-ilmu ini.. Malah kami langsung tidak merasa masa berlaku bergitu cepat..

Beikut adalah gambar-gambar kenang-kenagan :








Sekian..

Yakin, Usaha, Pasrah..



REIKI ILMU YANG MUDAH DIPELAJARI

Assalamualaikum..

Moga anda dan kita semua beroleh kejayaan dunia akhirat..

Saya masih dan akan terus mendalami ilmu reiki selama masih bernyawa ini.. Ini adalah minat saya.. Ia bukan semata-mata kerana wang.. Insya-Allah selama masih bernyawa selama itu saya akan terus berkongsi ilmu dan akan membuka ruang kepada peminat ilmu energi untuk belajar dan mendalami ilmu dari Tuhan Maha Besar ini..

Reiki adalah antara beribu ilmu-ilmu energi yang muncul di dunia ini.. Berbanding ilmu-ilmu energi yang lain, Reiki adalah ilmu yang amat mudah dipelajari dan didalami.. Anda boleh mempelajarinya dengan hadir diri atau secara jarak jauh.. 

 Ia tidak akan menggangu proses hidup mati anda.. Sebab ada yang bertanya sama ada Reiki akan menggangu semasa kematian kelak.. Ia tidak akan menyusahkan anda untuk meninggalkan dunia ini. Ia bukan ilmu hitam dan tidak perlu sebanrang ritual atau pemujaan untuk mempelajarinya.

Reiki ilmu yang amat mudah dan senang untuk dipelajari.. Anda akan dibekalkan manual ilmu dan ia adalah sebagai rujukan untuk anda.. Anda baca dan hadam manual ini.. Tidak perlu hafal untuk "exam".. Hanya fahami sahaja..

Anda akan dibimbing sehingga anda faham dan saya tidak akan tinggalkan anda seorang diri.. Anda hanya perlu bertanya dan jangan diam sahaja jika tidak faham.. Jika banyak bertanya maka luas pengalaman dan ilmu anda..

Reiki ilmu yang mudah, Pelajarinya untuk kemudahan anda dalam kehidupan..

Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Ahad, 16 Ogos 2015

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) PERCUMA BHGN 2

Assalamualaikum..

Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan bertambah-tambah rezeki..

Saya dihujani banyak mesej-mesej berkaitan ilmu Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) yang ingin belajar secara PERCUMA.. Ini mungkin merupakan kekeliruan yang timbul berikutan entri saya sebelum ini yang bertajuk TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) PERCUMA

Saya ingin membetulkan, yang sebenarnya anda perlu mengambil pakej belajar Terapi Aura daripada Ilham Sejati dan saya akan memberikan ilmu TENDAI secara percuma..

Kini saya sedang membuka promosi belajar TERAPI AURA serendah RM170 sahaja.. Saya bukan menjual ilmu tetapi bayaran ini sekadar tukaran penat lelah saya dan masa  yang diperuntukan untuk mengajar ilmu ini.. 

Harap tiada salah faham yang akan timbul selepas ini.. Tiada barang yang percuma di dunia ini.. Ia adalah realiti.. Terpulang kepada anda untuk faham atau sebaliknya.. 

Terima kasih ..

 ps : Ilmu Tendai ini hanya peringkat dasar sahaja harap maklum..


BELAJAR TERAPI AURA

Assalamualaikum..

Pada bulan 8 ini saya mengajar Terapi Aura secara hadir diri. Terima kasih kepada Tuan Yusri dari Muar kerana sudi hadir ke teratak saya.. 

Banyak ilmu yang dikongsikan tahu-tahu masa berlalu begitu cepat.. Beliau mengambil pakej master.. Banyak ilmu tambahan luar dari silibus Terapi Aura yang saya kongsikan antaranya ilmu Law Of Attraction, Teknik YUP, Teknik pendulum, Terapi EFT dan banyak lagi.. Saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu sambil-sambil dapat berkenalan dan eratkan siratulrahim..

-Bersama Master Yusri-


Khamis, 6 Ogos 2015

KURSUS TERAPI AURA REIKI TERBARU

Salam untuk semua..


Saya membuka peluang kepada anda yang ingin mempelajari Terapi Aura Reiki dengan tawaran SUPER HEBAT..

1) Kursus berdepan atau jarak jauh
2) Percuma pembelajaran berterusan
3) Yuran / Mahar yang sangat rendah
4) Santai dan Mudah
5) Mendapat ilmu bonus secara PERCUMA

Di dalam program ini anda akan diajar :
  • Melakukan rawatan Terapi Aura kepada diri sendiri dan orang lain.
  • Melakukan rawatan Terapi Aura secara berdepan dan jarak jauh.
  • Cara meditasi khas Reiki.
  • Melakukan pembersihan energi negatif.
  • Meneutralkan energi negatif di lokasi "panas".
  • Teknik grounding.
  • Mengeratkan hubungan yang renggang.
  • Memudahkan orang membayar kembali hutang.
  • Melenyapkan trauma di dalam hidup.
  • Menderaskan aliran rezeki.
  • Meningkatkan karisma diri.
  • Melakukan pemagaran rumah.
  • Mengaktifkan panca indera ke-enam.
  • Parking VIP.

TAHAP MASTER (GURU) - Hanya RM500 RM350 sementara masih promosi
-Dapat banyak bonus percuma-

Antara bonus (PERCUMA) yang disediakan adalah:
  • Gold Reiki Level Master
  • Ilmu Tendai Level Dasar
  • Amalan Selawat Murah Rezeki
  • Amalan Penumbuk Sepemikul
  • Ilmu Riadhah Tembus Pandang
  • Ebook Rahsia Yang Hilang
  • Ebook Aura Kekayaan Aura Kejayaan
Whatsapp, Telegram, sms ke 013-9053982

p/s : Hubungi segera untuk promosi terkini..

Isnin, 11 Mei 2015

DUNIA DAN AKHIRAT

Assalamualaikum..

Didoakan moga anda kaya dan berjaya di sepanjang masa..

Sudah lama saya tidak up date entri di dalam blog ini. Sibuk dengan kerja hakiki dan bisnes sambilan membuatkan saya sangat sibuk dan jarang ada masa mengadap komputer.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kehidupan dunia dan akhirat. Saya bukan ustaz tetapi sekadar berkongsi dan memberikan pendapat peribadi.

Kita dijadikan oleh Tuhan dan diberi nikmat yang sangat banyak. Tidak terkira dek jari untuk menghitung berapa banyak nikmat yang telah kita nikmati dan rasai sehingga kini. Nikmat-nikmat ini diberi sama ada kita seorang yang taat kepada perintah Tuhan ataupun tidak. Itulah sifat "Ar-Rahman" Tuhan yang tiada bertepi. Tuhan pemurah terhadap semua hambanya.

Kehidupan dunia ibarat pelabuhan yang menjadi persinggahan sementara bagi mengisi bekalan untuk perjalanan yang lebih panjang. Ia sangat singkat. Masa yang singkat itu ada yang diisi dengan bekalan takwa dan ada yang sebaliknya.

Kehidupan dunia penuh dengan dugaan. Sebaliknya kehidupan akhirat adalah kenikmatan ataupun kesengsaraan. Kenikmatan bagi yang bertakwa dan kesengsaraan bagi yang derhaka. Kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan abadi. Ia sebenarnya destinasi  sebenar kita sebagai seorang hamba.

Ketika ini ada yang dikurniakan nikmat syurga dan ada yang dicampakkan ke dalam jurang neraka. Ia bergantung sejauh mana kita "beringat" ketika mengisi bekalan pada kehidupan dunia.  Banyak yang leka dan tidak mengisi bekalan secukupnya dan akhirnya menyesal ketika di akhirat.  Ketika ini ianya sudah terlambat.

Saya berpesan kepada diri saya dan semua yang membaca moga kita isi kehidupan dunia ini dengan bekalan yang secukupnya. Laksanakan amalan wajib dan jangan ditinggalkan. Lalukan bersungguh-sungguh. Disamping itu, tambahkan bekalan dengan amalan-amalan sunat seperti berzikir dan solat malam. Lakukan secara berterusan walaupun sedikit.

Apa yang menjadi kunci yang memasukkan kita ke dalam syurga adalah sifat "Ar-Rahim" Tuhan. Jika kita melakukan segala suruhan-Nya maka tiada sebab kita menjadi penghuni syurga sebaliknya jika kita masih menyimpang jauh dari Tuhan masih ada kesempatan untuk bertaubat.

Moga saya dan anda semua beroleh syurga di kehidupan akhirat kelak. Moga kita berjaya di dunia dan akhirat. Insya-ALLAH..



Khamis, 12 Mac 2015

RECHARGE BIOENERGY INSANI

Assalamualaikum..

Bersyukur kita kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas dan hidup dimuka bumi ini. Nyawa kita adalah anugerah yang tidak terhingga. Kita perlu menghargainya. Jangan persiakan setiap sisa umur dengan perkara negatif. Pastikan amalan kita ditingkatkan setiap hari. Moga kita berjaya didunia dan akhirat. Insya-Allah..

Baru-baru ini saya telah mengadakan satu program baru untuk pelajar-pelajar Ilham Sejati yang diberi nama RECHARGE BIOENERGY INSANI.

Ianya 100% PERCUMA. Dan anda juga akan diberi hadiah misteri. Percuma dan dapat hadiah. Syok kan??

-Pelajar sedang melakukan recharge-

Di dalam program RECHARGE BIOENERGY INSANI, pelajar akan mempelajari :
  • Mengulangkaji pelajaran Kundalini Reiki.
  • Membangunkan tenaga dalam pelajar.
  • Membersihkan aliran energi pelajar.
  • Mendalami Teknik YUP untuk kekayaan dan kejayaan.
  • Mempelajari Teknik EFT untuk kekayaan.
Malah banyak lagi pelajar akan pelajari terutamanya ilmu magnet wang. Ianya khusus untuk menjadi kaya dan berjaya. Program ini hanya untuk bekas pelajar Ilham Sejati dan ianya hanya dilakukan secara hadir diri. 

Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...