1. Mengalir secara automatik
Sifat ini adalah salah satu yang menarik dalam pengamatan terhadap fenomena Reiki. Bila tangan seorang pengamal diletakkan pada atau berdekatan dengan orang hidup, reiki akan "mengalir/hidup" secara automatik. Pengamal tidak perlu memiliki niat yang nyata, kerana ketika ia tidur dan tangannya sedang diletakkan pada luka seseorang, Reiki tetap mengalir walaupun pengamal tersebut tertidur. Jelaslah, bahawa dari pengamatan ini, kita boleh melihat bahawa aliran Reiki bangkit terlepas dari si pengamal samada niat atau tidak dan terlepas dari keyakinannya. Kita tidak perlu belajar untuk memberikan Reiki. Apabila kita sudah diselaraskan energinya (di-attune), kita hanya perlu meletakkan tangan kita pada atau berdekatan dengan tubuh pesakit. Pengamatan lain adalah sedikit berbeza. Pengamal mahupun pesakit mengamati bahawa Reiki akan mengalir lebih kuat bila pengamal secara sengaja meletakkan tangannya dengan niat kasih sepenuhnya. Hal ini bererti bahawa bila kita secara sedar berniat untuk membantu pesakit dan tangan kita letakkan dengan niat pula, penyembuhan akan lebih efektif.
2. Mengalir sesuai dengan keperluan
Kekuatan aliran Reiki berbeza sesuai dengan tahap ketidakseimbangan diri pesakit. Contohnya, pada pesakit sangat sakit ataupun secara emosi sangat terganggu, Reki akan mengalir dengan lebih kuat. Jadi, kekuatan aliran Reiki akan sebanding dengan tingkat ketidakseimbangan dari sistem pemulihannya. Tindak balas dari energi merupakan penyeimbang alamiah, ianya akan setaraf dengan tingkat ketidakseimbangan. Aliran energi yang terjadi tidak terikat niat dari pengamal. Energi reiki bertindak sesuai dengan caranya yang tersendiri. Beberapa orang pengamal Reiki mengamati bahawa Reiki yang mengalir terasa berhenti setelah beberapa ketika semasa berada pada posisi tubuh pesakit. Setelah tangan dipindahkan, energi terasa mengalir kembali. Pada dasarnya adalah "menyembuhkan" di suatu tempat, kita perlu berpindah ke tempat yang lain. Tetapi konsep ini tidak sesuai dengan tanggapan bahawa Reiki mengalir ketempat yang dituju pada tubuh pesakit. Fenomena yang pernah berlaku menunjukkan bahawa para pengamal Reiki yang dilatih betul tidak mengalami "penghentian aliran energi". Aliran dari tangannya tetap dirasakan. Ini menunjukkan pengharapan atau niat sedar dari pengamal Reikilah yang menyebabkan para pengamal Reiki merasakan bahawa aliran reiki terhenti. Melalui percubaan-percubaan perubatan yang lepas menunjukkan pada masa pengamal Reiki merasakan aliran Reiki "terhenti", pesakit yang dipegang masih merasakan aliran energi dengan kuat.
3.Reiki tidak akan kehabisan
Salah satu pengamatan yang menakjubkan dari Reiki adalah bahawa Reiki tidak semakin berkurangan dengan penggunaannya. Para pengamal mendapati bahawa mereka tetap dapat mengubati pesakit yang sakit sepanjang hari dan Reiki akan tetap mengalir sekuat ketika mereka memulai penyembuhan pada pagi harinya. Justeru itu si pengamal seolah-olah mendapatkan "nilai tambah" dari Reiki, bererti mereka akan mengakhiri harinya dengan merasa lebih kuat daripada saat mereka bangun pagi harinya. Hal inilah yang membezakan Reiki dengan ilmu penyembuhan yang lain. Banyak ilmu yang memanfaatkan energi fizik (Chi) dari tubuh sebagai sumber energi untuk digunakan kepada pesakit. Ini mengakibatkan pengurasan energi fizik dari pengamal. Keberkesanan keseluruhan hasil dari penyembuhan akan bergantung pada kekuatan dari pengamal. Jumlah pesakit yang dapat diubati setiap hari adalah bergantung pada kemampuan pengamal untuk "mengisi ulang" energi fiziknya. Ada kecenderungan untuk menggambungkan berbagai ilmu penyembuhan sejenis dalam suatu kelompok sistem "energi" Akupunktur, tai chi, terapi polaritas,shiatsu, penyembuhan magnetic dan penyembuhan "spiritual" lainnya mungkin boleh dikelompokkan dalam kategori ini kerana mereka mengikuti aturan baku, dari aliran energi fizik (chi, ki, prana dan sebagainya) dalam tubuh. Reiki tidak boleh dimasukkan dalam kategori ini, Reiki bukanlah energi fizik yang "terpolarisasi" dalam erti yang umum kerana karakter yang khusus yang ditunjukkan secara perubatan
4. Aliran Reiki tidak terpengaruh dengan tingkat kesihatan pengamal.
Seseorang yang sakit biasanya memiliki energi fizik yang sangat lemah sehingga akan kurang efektif bila mengubati orang lain menggunakan energinya sendiri. Pengamatan dari perubatan menunjukkan bahawa seseorang yang sangat sakit dan lemah pun, masih boleh mengalirkan Reiki. Ternyata ia boleh memberikan penyembuhan sekuat seorang pengamal lain yang sihat walafiat. Kita boleh simpulkan bahawa energi Reiki tidak datang dari energy fizik tubuh kita
5. Reiki boleh diterapkan pada haiwan dan tanaman.
Haiwan cenderung untuk memberi reaksi yang lebih cepat terhadap Reiki daripada manusia. Haiwan memiliki sistem energi yang lebih dinamik dan kekuatan penyembuhan dirinya lebih tinggi. Haiwan juga cenderung memiliki tingkat stress yang lebih rendah, tidak memiliki hambatan emosional mahupun kecenderungan sabotaj diri. Semakin haiwan lebih lama dipelihara manusia, semakin lama proses penyembuhannya. Haiwan peliharaan cenderung "Mengambil" perasaan stress dan emosional dari pemiliknya. Seringkali mereka merupakan refleksi dari pemiliknya. Bila kita melihat seekor anjing yang tegang dan gelisah. Kita boleh memperkirakan bahawa untuk mengubati secara semua, kita mungkin lebih baik mengubati pemiliknya dengan Reikinya (atau ubat penenang!). Tanaman juga bereaksi terhadap Reiki kerana mereka merupakan medan energi yang hidup dan mungkin tidak seimbang, sehingga akan bereaksi terhadap sifat penyeimbang dari Reiki. Kerana pengaruh dan akibat positif dari Reiki terhadap haiwan dan tanaman, kita boleh simpulkan bahawa pengaruh dari Reiki tidak bersifat psikosomatis.
6. Kita boleh menyembuhkan diri sendiri dengan Reiki.
Banyak "penyembuh berbakat" yang boleh menolong orang lain, tetapi tidak boleh menolong diri sendiri kerana ilmunya tidak boleh bekerja secara efektif bila mereka mencuba menyembuhkan diri sendiri. Kerana Reiki bekerja terlepas dari tubuh pengamal, pengamal boleh meletakkan tangannya pada tubuh mereka sendiri dan menikmati seluruh aliran dan manfaat dari Reiki. Hal ini sangat penting bila ditinjau dengan kaca mata penyembuhan preventif. Salah satu kenikmatan dari kehidupan seorang pengamal adalah waktu dan kemampuan yang digunakan untuk mengubati diri sendiri.
Usaha, Pasrah, Tawakal....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan