Sabtu, 10 Disember 2022

JAGA AURA JAGA DIRI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agak lama juga blog Ilham Sejati menyepi dari sebarang penulisan.. Ini disebabkan kesibukan kerja hakiki saya sebagai seorang pekerja di sektor kesihatan.. 

Pendemik covid membuatkan kehidupan kita sedikit haru biru.. Begitu juga saya.. Jadual jadi padat dengan kerja dan menjaga keluarga.. 

Walaubagaimana pun, saya masih seorang pengamal dan mengajar ilmu Aura Reiki.. Ini memang saya terapkan setiap hari setidak-tidaknya untuk buat "self healing" bagi menguatkan tubuh badan dan antibodi.. Alhamdullilah walaupun saya pernah terjangkit dengan covid tetapi tidak separah mana.. Ia memang menyebabkan saya sedikit "down" tetapi apabila kita tahu ilmu tentang Aura, kita akan "upkan" kembali diri untuk bangun dan tidak terus- terusan duduk kecewa sahaja.. 

Dalam jangka masa dua tahun ini, saya berjumpa macam- macam ragam pesakit covid.. Semestinya saya memaki pakaian "PPE" untuk berdepan dengan mereka.. Ada yang tetap kuat dan tidak kirang juga yang "down" teruk.. Ada yang kehilangan orang tersayang dan ada yang hampir-hampir meragut nyawa sendiri.. 

Hidup mesti diteruskan.. Ia sebagai ujian kepada kita sebelum mengadap Allah yang maha Besar.. Ianya adalah hakikat.. Sebagai manusia biasa, kita boleh saja merasa kecewa dan hampa tetapi kita perlu pandai untuk mengendalikan situasi.. Sebagai pengamal ilmu Aura, kita perlu tahu kemana perhatian kita tumpukan maka kesitu juga energi kita mengalir.. Ia adalah sunahtullah.. Bangun daripada "tidur" dan muhasabah diri.. 

Tuhan bagi kita "secebis" noktah hitam dan jangan kita menidak kan sejuta sinar yang dikurniakanNya.. 

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. Pandang sekeliling kita.. Apa nikmat yang kita dustakan?? Mungkin kita hilang sesuatu milik kita tetapi kita tetap ada diri kita sendiri yang mana ianya kurniaan Allah yang tiada batasnya.. kurniaan yang kita belum terokai sepenuhnya.. Jadi bersyukurlah..

Pendemik covid ini akan pergi dan menjadi lipatan sejarah dunia yang akan dikenang anak cucu kita.. Kita perlu bina hidup baru bagi menghadapi kehidupan mendatang.. Kuatkan semangat kita. Bangun dan perkuatkan diri.. 

Insya- Allah kita akan menjadi manusia yang berjaya dimasa hadapan.. Jaga diri, jaga Aura kita..

Sekian, terima kasih..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...