Salam semua,
Hampir seminggu sudah berita kehilangan kapal terbang MH370 milik MAS dilaporkan hilang secara "misteri", tiada berita dan petunjuk yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Seluruh dunia gempar dengan berita ini. Semua turun padang membantu. Masing-masing dengan cara dan kaedah semampunya.
Di laman sosial facebook, terlalu banyak spekulasi dan "momokan" cerita-cerita terkini yang nak update tentang isu MH370. Ada yang betul dan banyak yang tipu belaka. Yang lebih malang ada yang menjadikan isu ini untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu. Mengatakan orang itu salah, orang ini betul. Terngiang di telinga spekulasi dari teman-teman yang membuat andaian yang pelbagai. Yang kebanyakan adalah mengikut pemikiran dan perasaan sendiri.
Kemana sebenarnya MH370??
Ini yang membuatkan para bomoh mula memainkan peranan. Menilik kemana MH370 yang akhirnya menjadi bahan jenaka sahaja. Malaysia terpalit.
Kita tidak perlu semua ini. Apa yang perlu adalah kita satukan hati-hati kita. Jangan disuruh saya untuk scan MH370 kerana saya bukanlah "scanner". Ketika ini dan disaat ini kembalilah kepada Maha Pencipta. Sucikan hati kita yang selama ini berkarat dek dosa-dosa yang dilakukan. Bertaubat sebanyaknya dan hentikan salah menyalah orang lain. Anda bukan tuhan untuk menghukum orang lain bersalah. Anda pun hamba yang banyak dosanya. Bertaubatlah..
Lakukan semampunya. Banyakkan doa, solat sunat, bacaan al-quran dan amalan-amalan lainnya. Letakkan pengharapan kepada Allah semata-mata. Ini yang mampu kita lakukan.
Hentikan perkara syirik dan khurafat. Kembali kepada jalan yang benar. Tidak perlu scan, tidak perlu menilik. Cukup doa dan teruskan berdoa dengan bersungguh-sungguh..
Moga kita mampu berubah, Moga MH370 akan dijumpai..
Insya-Allah...
Yakin, Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan