Ahad, 13 April 2014

CARA MELAWAN SIHIR


Salam semua,

Saya nak berkongsi hari ini tentang sihir..

Dalam zaman moden sekarang masih ada mereka yang mengamalkan sihir.. Orang kita bila dengki sikit mula dalam jiwa akan timbul perasaan nak kianat pada yang didengki.. Hati orang ini sakit sehingga jadi gelap dan hitam legam umpama kuali.. 

Sihir sinonim dikaitkan dengan gangguan secara batin kepada seseorang demi untuk membalas dendam, dengki atau apa sahaja. Gangguan ini selalunya bertujuan menyakitkan seseorang dengan bantuan syaitan.. 

Langkah pertama jika disihir adalah JANGAN buat tuduhan melulu mengaitkan diri disihir oleh si fulan si fulan. Anda perlu BERSABAR dan anggap ini adalah ujian daripada Allah. Setiap kesakitan akan dibalas ganjaran PAHALA jika kita BERSABAR.

Anda perlu kembali kepada Islam sebenar. Bertaubat dari segala dosa dan kembalilah kepada fitrah Islam sebenar. Minta bantuan daripada pengamal perubatan beragama ISLAM. Selidik dahulu amalan pengamal sama ada mengikut cara Islam atau sebaliknya. Banyak sekarang hanya pandai bermuka-muka.

Amalkan mengaji Al-Quran secara rutin dan seterusnya memahami setiap bait kata-kata Al-Quran. Terokai dan penuhkan dada dengan ilmu Al-Quran. Jika tidak pandai maka belajarlah. Biar kita "bertatih" dalam membaca Al-Quran. Insya-Allah pasti ada ganjarannya jika ikhlas.

Lakukan solat sunat secara rutin. Biar sikit tetapi konsisten. Ini sebagai benteng dari serangan sihir berterusan dan seterusnya melembutkan hati agar dekat kepada Islam. 

Penuhi hari-hari dengan berzikir. Zikir dengan hati dan bukan sekadar dimulut. Hayati zikir yang dialunkan. Rasai setiap zikir yang dibaca.

Seterusnya serahkan diri kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Pasrah dan Tawakal kepada-NYA. Tiada kuasa yang sempurna melainkan-NYA. 

Sihir yang dikenakan kepada kita bagai tali yang menjerut leher dan mengheret kita jauh dari Islam, jauh dari Allah. Sihir juga adalah ilmu tenaga. Tenaga sihir jika dapat dirasa seperti "tusukan" ke hulu hati. Ia mengganggu sistem cakhra manusia normal. Akan berlaku kebocoran atau kesumbatan dimana-mana cakhra seterusnya menyebabkan orang yang disihir akan mengalami penyakit-penyakit fizik seperti kanser. 

Insya-Alah di Ilham Sejati, anda akan diajar Ilmu Tenaga yang dapat digunakan bagi memberi tubuh anda "BENTENG" semulajadi tanpa sebarang pengaruh negatif. Anda akan diajar membuat PEDINDING sendiri pada rumah dan seterusnya melakukan PEMBERSIHAN dari sebarang tenaga-tenaga negatif. Anda akan lebih PEKA terhadap tenaga di sekeliling. 100% dijamin tiada pengaruh jin atau syaitan..

Yakin, Usaha, Pasrah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...