Salam untuk semua..
Baru-baru ini saya mendapat mesej daripada seseorang meminta saya melakukan rawatan kepadanya. Beliau wanita berumur 35 tahun. Masalah rumahtangga dimana suaminya berusia 41 tahun sering jauh hati dan mempunyai hubungan dengan seorang janda. Suaminya sering marah-marah dan hubungan tidak harmoni.
Wanita itu meminta saya untuk "scan" dirinya dan suami sama ada terdapat gangguan jin @ syaitan. Mungkin sebab kesian setelah dirayu, saya melakukan aktiviti "scan" kepada mereka sekeluarga. Pertamanya saya bertanya amalan-amalan wajib sama ada cukup atau tidak. Seperti diduga, amalan mereka masih lompong.
Setelah di "scan", saya dapat mengesan sesuatu yang menggangu pada cakhra mahkota keduanya.. Jika cakhra mahkota terganggu menyebabkan Individu tersebut cenderung mempunyai perasaan kecewa,
putus asa dan hampa.
Suaminya juga mengalami gangguan di cakhra seks menyebabkan Individu tersebut cenderung memiliki personaliti
yang panas baran, suka memanipulasi untuk kepentingan diri, seorang yang suka
mengongkong orang lain, berfikiran negatif & tertutup malah sering
kelesuan.
Sama ada keluarga itu mengalami gangguan jin atau tidak, biar terpulang kepada Allah menentukan. Akhirnya saya buat keputusan tidak masuk campur tetapi saya berikan juga nombor telefon kawan saya untuk rawatan KLIK SINI
Nasihat saya, kita jangan cepat menyatakan diri diganggu oleh makhluk itu, makhluk ini tetapi kita perlu muhasabah diri sendiri. Periksa sama ada hubungan kita dengan ALLAH terjaga atau tidak. Jangan cepat beranggapan buruk.
Moga kita mendapat sedikit ikhtibar..Insya-Allah..
Yakin, Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan