Khamis, 19 September 2013

Minda Bawah Sedar (Bahagian 1)


Salam hormat kepada semua..

Hari ini saya nak berkongsi tentang minda..

Minda kita terdiri daripada dua jenis yang UTAMA iaitu minda sedar dan minda bawah sedar..

Minda sedar adalah keadaan kita menjalankan tugas sehari-harian. Semasa minda sedar digunaakn gelombang otak kita selalunya berada di level BETA iaitu bergetar antara 13 hingga 29 Hz sesaat. Anda dikatakan berada pada level ini ketika:

  • Menyelesaikan masalah besar
  • Menumpukan fikiran dengan penuh konsentrasi
  • Berada dalam keadaan cemas
  • Strees (Tekanan Emosi)
  • Menjalankan kerja sehari
Minda sedar juga disebut "minda terancang".. Minda sedar menggunakan kata-kata atau bahasa bagi mentafsir sesuatu..

Minda bawah sedar pula dipengaruhi oleh kecenderungan seseorang untuk lebih kreatif di dalam tindakan. Selalunay ia bergetar pada level ALFA diantara 8 hingga 12 Hz sesaat. Anda dikatakan berada di level ini ketika:
  • Istirehat
  • Melakukan kerja yang tidak melibatkan konsentrasi
Dalam keadaan ini, proses penyembuhan berlaku kepada badan seseorang sebanyak 10 peratus lebih cepat daripada gelombang beta. Banyak kerja produktif dan kreatif dapat dilakukan. Ia juga berfungsi dengan berkesan bagi meningkatkan tenaga dalaman dan kesedaran dalaman. Seseorang dikatakan berasa nikmat berzikir dan bermeditasi apabila berada pada level ini.

minda bawah sedar juga disebut "minda terpendam" atau "minda separa sedar".

Fungsi Minda Bawah Sedar akan diterangkan pada artikel pada Bahagian ke-2..Tunggu..

Yakin, Usaha, Pasrah....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...