Salam rahmat untuk semua..
Moga anda diselubungi rahmat dari ALlah setiap masa. Insya-Allah..
Antara perbezaan pelajar "HEBAT" dan pelajar "biasa-biasa" adalah Suka Bertanya jika tidak faham sesuatu ilmu yang dipelajari. Itu sebab kita lihat selepas tamat SPM ada pelajar yang "menjadi" dan ada yang
"tak jadi-jadi"..
Pernah saya belajar satu ilmu ini, dah le bayar beratus untuk satu ilmu, bila saya tanya untuk pertama kali cikgu nie jawab, bila kedua kali tanya mula macam taknak layan, tiga kali tanya langsung tak layan. PEH!!!!
Dah lah kita berabis ratusan ringgit untuk dapatkan ilmu daripadanya. Bila ditanya langsung tak dilayan. Sakit juga hati cuma kita kena "redho". Niat menuntut ilmu kerana ALLAH, untuk cari rahmat ALLAH..
Oleh itu, bagi anda yang nak jadi pelajar "HEBAT" antara tip yang boleh diamalkan:
- Jaga waktu solat bagi yang muslim
- Kena banyak BERTANYA hal-hal pelajaran dengan guru
- Redho dan tawakal dalam menuntut ilmu
- Banyakkan amalan sunat semampunya seperti berzikir, solat sunat, berselawat dan lain-lain
- Jangan tinggal mengaji AL-QURAN walaupun 1 ayat sehari
- Hormat orang tua terutama ibu bapa sendiri
- Hormat guru
- Jangan sombong jika pandai, jangan riak jika berjaya
Insya-ALLAH jika diamalkan moga Allah menolong kita dalam menuntut ilmu..
Sekian,
Yakin, Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan