Selasa, 12 November 2013

Attunement Jarak Jauh??


Sistem Reiki berkembang dan disebarkan dengan sistem penyelarasan atau attunement . Attunement adalah proses penyelarasan dan penghubungan tenaga pelajar dengan tenaga Reiki. Istilah attunement banyak dipakai oleh para Master Reiki dari dunia barat (dalam bahasa Jepun, disebut Reiju, yang bererti 'menerima tenaga')

Perumpamaannya seperti ketika anda membeli sebuah radio baru, ia tidak dapat digunakan sehinggalah anda menyelaraskan frekuensi / gelombang stesen siaran yang dikehendaki. Kemudian barulah anda dapat menerima & mendengar siaran radio tersebut.

Attunement dapat dilakukan secara berhadapan atau jarak jauh oleh Master Reiki. Ada yang bertanya Bagaimana Attunement Jarak Jauh Berlaku??

Reiki bagi saya umpama kita berdoa. Contoh, saya doakan anda sihat sejahtera walaupun kita berjauhan, tenaga yang terbentuk daripada doa itu tadi akan “bersinergi” dengan alam ciptaan Allah (sunatullah). Tenaga doa itu tadi “bergerak” menyempurnakan maksud daripada doa itu tadi. Apa yang perlu dibuat adalah berdoa dan serahkan kepada Allah untuk menetukan sama ada ia termakbul atau tidak. Ini dipanggil tawakal.

Dari contoh di atas boleh disimpulkan attunement boleh dilakukan secara jarak jauh. Master Reiki hanya memasang niat (seperti doa tadi) dan biarkan sahaja tenaga Reiki melakukan kerjanya secara automatik. Tenaga Reiki bersifat pintar dan bertindak seperti apa yang diniatkan oleh pengamalnya.

Reiki amat mudah dipelajari dan diamalkan. Anda hanya perlu ikhlas dan yakin dengan ilmu yang dipelajari. Amalkan secara konsisten dan selalu bertanya guru jika tidak faham. Keberkatan ilmu dapat dilihat apabila kita faham dan amalkan sepanjang usia kita.

Moga anda dapat manfaatnya..

Yakin, Usaha, Pasrah




Jumaat, 8 November 2013

SUSUN GALUR KUNDALINI REIKI

BERIKUT ADALAH SUSUR-GALUR RANTAIAN PENURUNAN ILMU KUNDALINI REIKI



Ole Gabrielsen



 Mohd Hisham Yahya



Mohd Azrul Mazlan






Khamis, 7 November 2013

Nikmat Makan dan Kesihatan


Hari-hari kita akan makan. Ada yang makan untuk hidup dan banyak di antara kita hidup untuk makan. Dari perut datangnya segala jenis penyakit. Jika tidak dijaga maka, badan baru 20an dah banyak penyakit yang hinggap. Sekarang banyak makanan yang dimakan bercampur baur dengan bahan-bahan kimia merbahaya yang kononnya memberi kesempurnaan pada rasa masakan dan "menyihatkan". 

Hari-hari makan nasi,
Campur kuah sama aji,
Rasa sedap kita nikmati,
Banyak penyakit cepat mati.

Itu belum dikira cara pemakanan, halal haram, cara penyediaan makanan dan lain-lain lagi. Walaupun perkara-perkara ini dipandang enteng tetapi impaknya cukup besar. Makanan yang dimasak cara yang baik dan halal akan dimakan untuk tumbesaran dan memberi tenaga. Oleh itu, memudahkan kita untuk beribadat dan menjalankan fungsi kita sebagai KHALIFAH.

Berikut adalah antara saranan yang boleh anda ikut dan amalkan kerana anda akan memperoleh nikmat makan dan juga kesihatan yang baik, iaitu:
  1. Cuci tangan sebelum makan
  2. Baca basmallah
  3. Makan secukupnya
  4. Berhenti makan sebelum kenyang
  5. Tidak membazir
Saranan mudah yang selalu dipangang sebelah mata.. 

Moga kita beroleh kemudahan dan sihat sepanjang masa..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Selasa, 5 November 2013

Pengalaman Membuat Pedinding


Saya hendak bercerita tentang pengalaman saya semasa belajar dulu sewaktu satu Kem di sebuah sekolah selama 3 hari. Pada pemulaan Kem semua berjalan dengan lancar.

Saya selaku "fasilitator" bagi Kem tersebut. Semua peserta gembira semasa program berlangsung. Penyertaan 100% tanpa pengecualian dengan komitmen yang sangat bagus.

Di malam hari terakhir seperti biasa semasa semua peserta ingin tidur, saya dapat rasakan sesuatu sedang "memerhati" di tingkat atas bangunan sekolah. Namun begitu saya tidak dapat "melihat" dengan jelas cuma bayangan berwarna putih sahaja. Saya pun membuat pedinding dan diperkukuhkan dengan bacaan Ayatul Qursi beberapa kali niat untuk melindungi para peserta.

Al kisah, terdapat dua orang dikalangan peserta yang buat bising sehingga menganggu peserta lain. Jadi selaku orang yang bertanggungjawab saya mengambil tindakkan. Mereka dikenakan hukuman. Saya merasa sangat marah di waktu itu, tanpa sengaja saya telah berniat membuang pedinding yang telah dibuat sebelum itu.

Dijadikan cerita malam itu hampir menginjak pukul 3 pagi, dua orang budak itu menjerit-jerit seperti terkena histeria. Apabila menutup mata, mereka menjerit melihat lembaga berwarna putih (seperti gambaran yang saya lihat). 

Dalam firasat saya, mereka terkena gangguan "pocong". Kemungkinan kerana mereka berbuat bising di malam tersebut, mereka telah diganggu. Selepas diberi air penawar dan mulai tenang. Mereka seterusnya dihantar pulang bagi mengelakkan perkara yang lebih serius berlaku.

Apa yang boleh disimpulkan disini, tenaga boleh dimanipulasikan mengikut niat yang dibuat, yang penting yakin, lakukan dengan teknik yang BENAR serta niat kerana ALLAH.

Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Isnin, 4 November 2013

Reiki Ilmu Pedinding Semulajadi



Kalau search di internet tentang ilmu pedinding pasti banyak entri-entri yang menceritakan hal ini. Ilmu Pedinding secara kefahaman saya adalah penghalang yang dibuat agar tiada gangguan dari pihak luar yang mendatangkan bahaya. 

Banyak kaedah membuat pedinding dari islamik hingga lah ke ilmu-ilmu mistik. Ada yang boleh diterima akal dan ada juga sebaliknya. Antara kaedah yang popular adalah dengan bacaan Ayatul Qursi, azan, menanam pacak di 4 sudut rumah, menabur garam dan pelbagai lagi. Sebagai "pengguna" anda perlu memilih cara yang TERBAIK dengan tidak melibatkan pengaruh jin atau syaitan. 

Reiki adalah antara kaedah alami yang boleh digunakan untuk membuat pedinding secara semulajadi tanpa melibatkan jin atau syaitan. Anda hanya perlu memasang NIAT dan PASRAH kepada Allah. Kaedah yang digunapakai di dalam Reiki cukup mudah dan senang diamalkan. Tanpa mentera yang tidak difahami dan ritual pelik-pelik. Anda boleh mengabungkan bacaan-bacaan quran untuk pengguna Islam bagi mengukuhkan pedinding yang dibuat. 

Bagaimana pedinding ini berfungsi??

Apabila pengamal Reiki memasang niat untuk membuat pedinding, tenaga alam akan bertindak membentuk satu GETARAN di tempat yang diniatkan. Getaran tenaga ini bersifat positif yang menghalang getaran yang bersifat negatif melaluinya. Secara umumnya, hanya getaran tenaga positif bersifat semulajadi sahaja akan terbentuk. Tiada tenaga negatif dapat menembusinya. Namun begitu, proses ini perlu diulang setiap 14 hari sekali bagi memastikan getaran tenaga positif ini sentiasa berada di tahap optimum. Ia sama juga seperti lapisan ozon bumi yang menjadi pedinding kepada bumi dari panas. mentari.

Jadi kita dapat simpulkan, pedinding adalah perlu bagi memastikan kita sentiasa selamat dari perkara-perkara yang tidak baik cuma kaedah membuat pedinding perlu diberi perhatian serius agar tidak salah cara dan tidak menyesatkan akidah kita.

Yakin, Usaha, Pasrah..




Ahad, 3 November 2013

Aku, Reiki dan Keanehan


Sejak mendalami Reiki, aku dah kenal perihal getaran dan tenaga. Sedikit demi sedikit kefahaman terhadap ilmu Metafizik mulai menusuk ke mindaku..

Dulu sebut sahaja ilmu berkaitan metafizik (ilmu-ilmu bersifat ghaib) aku mesti cakap tahyul, penipu, tak betul. Tidak pernah terlintas yang ilmu itu juga datangnya daripada Allah. Ia adalah sebahagian ilmu Allah. Mungkin aku buta ketika itu. Tidak dapat membezakan yang benar dan batil.

Apa tidaknya. Tika aku "meneroka" laman sesawang, aku berjumpa pelbagai keilmuan yang tidak boleh diterima oleh akal manusia yang waras. Pelbagai ilmu merangkumi pelbagai jenis. Ada yang membolehkan pengamalnya nampak perkara ghaib, kebal, penyembuhan jarak jauh, pedinding, ilmu halau jin, ilmu khadam dan pelbagai lagi ilmu yang aku rasakan "bohong" belaka.

Itu dulu, tetapi kini aku mulai kenal. mana batil, mana benar. Walaupun dalam proses baru bertatih aku mengenal keilmuan ini tetapi aku rasakan ia semacam sebati denganku. Sejak aku belajar REIKI dan ilmu Tenaga Dalam TENDAI, aku mulai melihat 'keajaiban" di depan mata.

Dulu kalau aku lihat orang boleh pecahkan botol guna tangan, aku mesti cakap guna jin. Sekarang aku dah tahu. Semua itu ilmu membincangkan tentang tenaga. Botol berisi air dihentak secara "bersahaja" boleh dipecahkan dengan hanya memindahkan tenaga untuk "menghentam" botol dengan air menjadi perantara tenaga untuk mengalir memecahkan botol. Dimata kasar kita melihat botol pecah dengan hentakkan kuat tetapi ia sebaliknya. Ia pecah kerana tenaga dalaman pengamal dipindahkan melalui air sebagai medium bagi memecahkan botol. Tiada tipu muslihat atau guna jin.

Mentol dilepaskan separas pinggang aku boleh utuh dan tidak pecah. Aku sendiri melakukannya dan melihat keanehan itu. Memang tidak percaya tapi begitulah tenaga digunakan sebagai "melindungi" sesuatu mengikut apa sahaja niat kita. 

Banyak lagi keanehan yang dapat dilihat selepas mempelajari ilmu REIKI dan TENDAI. Ia hanya secebis pengalaman. Aku akan terus mengamalkan dan mempelajarinya.

Moga kamu semua dapat manfaat dan melihat keilmuan metafizik sebagai ilmu SAINS yang mengkaji perihal TENAGA secara umum. Tiada unsur JIN atau SYAITAN. Hanya kepasrahan kepada ALLAH secara total yang mengaku DIA lah Tuhan yang Esa.

Usaha, Yakin, Pasrah..





Jumaat, 1 November 2013

Aurat Perempuan Berubah Ke??


Dulu masa kecil-kecil, ustazah aku bagitahu aurat kaum perempuan adalah seluruh tubuh kecuali MUKA dan TAPAK TANGAN SAHAJA.. Tapi sekarang aurat perempuan sudah berubah ke??

Cuba tengok Isteri, anak dan adik perempuan kita. Adakah mereka ikut seperti apa yang Islam suruh?? Kalau ikut syukur pada Allah. Kalau tidak, kita dan dia dalam bahaya..

Anda selaku "Pebimbing" isteri atau anak atau adik perempuan anda akan DITANYA oleh ALLAH kelak. Anda akan menanggung dosa mereka dibawah jagaan anda.

Kenapa lak??
Dosa tanggung sendiri-sendiri le!!

Jika anda seorang suami, seorang ayah, seorang abang maka anda perlu lakukan "sesuatu" kerana anda adalah "kepala" kepada para "pemgikut" anda iaitu mereka yang dibawah jagaan anda. Mereka adalah tanggungjawab anda.

Jadi sebelum terlambat, sebelum kerak menjadi bubur, anda harus buat "sesuatu" tu pun kalau tersedar le..

Anda kena nasihat, nasihat, nasihat kepada para "pengikut" anda..

Moga-moga dengan nasihat itu, mereka akan diberi "hidayah" daripada Allah. Hidayah adalah kurnia dari Allah kepada hamba-Nya yang terpilih. Nabi pun tidak boleh beri hidayah tetapi Allah lah yang berkuasa memberinya.

Jadi, langkah pertama adalah berikan nasihat secara "berhikmah" dan konsisten..

Moga anda dan saya diberi kekuatan untuk terus memikul tanggungjawab sebagai KHALIFAH di muka bumi ini..

Yakin, Usaha, Pasrah..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...