Jumaat, 6 Jun 2014

JANGAN SYIRIKKAN REIKI


Salam untuk semua..Semoga sihat dan sentiasa beroleh manfaat setiap hari..

Baru-baru ini sempat berbual dengan seorang "kakak" tentang Reiki. Menurut "kakak" ini, ada dikalangan saudaranya telah mempelajari Reiki tahap Master. Saudaranya membuat rawatan Reiki dan mengajarkan Reiki kepada yang berminat. Tetapi ada sedikit ketidakfahaman "kakak" ini tentang cara pengamalan ilmu saudaranya.

Katakan saudara "kakak" tadi sebagai A. Menurut A, beliau mampu merasa aura-aura negatif dan mengesan hal-hal mistik serta dikatakan berkebolehan melihat jin. Pernah pada satu rawatan yang dijalankan A, apabila menyentuh kaki pesakit, tiba-tiba tangan A seperti terkena renjatan elektrik. A memberitahu pesakit mempunyai masalah SAKA dan perlu diubati segera. Oleh itu, pesakit perlu membayar bayaran lebih sedikit dari biasa bagi tujuan "membuang" SAKA. 

A juga tidak menjaga tali persaudaraan kerana telah lebih 10 tahun tidak bertegur sapa dengan "kakak". Kemungkinan hal ini kerana salah faham yang berlaku selepas "kakak" menegur cara rawatan yang dibuat oleh A.

Saya melihat isu ini serius kerana ia melibatkan KEJUJURAN seorang pengamal perubatan yang beragama ISLAM. Sebagai pengamal Reiki, kita tidak semudahnya memberikan "diagnos" atau penerangan sebarang penyakit yang dideritai oleh pesakit jika kita tiada sebarang ilmu kedoktoran. Hanya doktor yang bertauliah sahaja boleh berbuat demikian. Pengamal Reiki hanya bertindak sebagai PENGALIR TENAGA. 

Secara keseluruhan pengamal Reiki perlu :
  • Menjaga tatasusila sebagai pengamal Reiki semasa menjalankan rawatan.
  • Tidak "mendiagnos" penyakit kecuali anda seorang doktor bertauliah.
  • Tidak cepat membuat sangkaan-sangkaan negatif kepada pesakit.
  • Anda perlu pasrah atau redha kepada Maha Pencipta.
  • Amalkan 5 prinsip hidup Reiki.
Reiki mengajar pengamalnya untuk bersikap pasrah kepada kuasa Yang Maha Agung. Kita sekadar "meminjam" tenaga tersebut untuk tujuan-tujuan kebaikan. Reiki adalah tenaga alam dan ia bersifat positif. Jangan "SYIRIK"kan Reiki kerana ia semata-mata sebagai ikhtiar dan alat untuk diamalkan bagi mencapai maksud ke arah kebaikan.

Sekadar renungan dan perkongsian..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...