Selasa, 23 April 2013

REIKI SEJAUH MANA HALALNYA????


Salam untuk semua....

senyum manis tidak terkira,
bagai terlihat sang bidadari,
izinkan saya berbuka bicara,
moga ceria setiap hari.

APA???? REIKI "halal"???  boleh makan ke???? DUSH!! DUSH!! ingat makanan ke?? Apa itu Reiki??

Reiki adalah keilmuan yang melibatkan tenaga alam semesta. Ia berasal daripada negara Jepun. Dimana penemunya adalah master usui pada awal abad 19. Setelah diajarkan di Hawaii oleh Puan Takata, reiki mulai menyebar keseluruh dunia. Dewasa ini, reiki diajarkan dibanyak universiti-universiti besar dan ditawarkan sebagai penyembuhan alternative di pelbagai pusat rawatan terkenal di luar Negara. Reiki juga berkembang kepada ribuan jenis tradisi diantaranya seperti kundalini reiki, seichim reiki, tummo reiki, golden reiki, sufi reiki, karuna reiki dan lain-lain lagi.

Hanya Tenaga Alam Semesta???? YA hanya tenaga alam semesta iaitu tenaga dari tumbuhan, haiwan, tenaga dari percakapan POSITIF kita, bacaan quran, zikir.. ITU SEMUA TENAGA LE YEOB...!!!

Saya lebih meminati Kundalini Reiki kerana ia tidak menggunakan apa-apa pun simbol seerta ia mudah dipelajari. Antara perbezaan antara Tradisi Reiki Usui dan Tradisi Kundalini Reiki adalah:-






Reiki bukan melibatkan agama mana-mana individu di dalam DUNIA ini. Ia adalah pengamalan seseorang untuk merawat dirinya dan orang lain disamping mencapai tujuan maksud hidupnya..


Anda tidak perlu belajar "BERTAHUN-TAHUN" lamanya untuk mempelajari Kundalini Reiki. Saya akan ajarkan anda teknik TERMUDAH dan TERMURAH mempelajari Reiki.

Diluar sana yuran/mahar untuk belajar reiki adalah RM5000 atau lebih lagi....Tetapi kini saya dengan "rendah diri" menawarkan yuran seRENDAH RM50** untuk KURSUS KUNDALINI REIKI LEVEL 1..

Tunggu JAP!!!! Bagi yang masih termanggu-manggu rasa tak percaya..Jika anda ambil Full Pakej Anda juga akan mendapat BONUS mempelajari Ilmu Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) secara FREE dan juga akan diajar teknik Gold Reiki iaitu tradisi Reiki lain dari yang lain....!!!!!

KAT LUAR JANGAN HARAP LE DAPAT FREE>>> CEPAT LAKU KAN LANGKAH ANDA... BERTIDAK SEGERA!!!!!!!!!!!

sms saya di 013-9053982

CEPAT-CEPAT

Usaha, Pasrah, Tawakal....


 

Senyum Itu Sedekah


Senyuman adalah sedekah....
Senyuman pengubat segala penyakit....
Dengan senyuman anda telah memiliki energi "luarbiasa" yang dapat anda terokai. Anda akan merasakan diri anda lebih semangat dan mampu menghadapi apa jua cabaran di hadapan.

Apa yang perlu anda lakukan adalah:-

  • Mulakan hari anda dengan senyuman. 
  • Apabila bangun dari tidur, ucapkan syukur kepada Tuhan kerana menghidupkan anda selepas "mati" sementara.
  • Lihat di cermin, katakan "kata-kata" semangat kepada diri anda. Rasakan energi "luarbiasa" memasuki tubuh anda.
  • Lakukan aktiviti harian dengan berniat untuk beribadat kepada tuhan.
  • Ikhlaskan diri dalam melakukan apa jua tugas.
  • Jika menghadapi tekanan, bertenang dan senyum...


Jumaat, 19 April 2013

Pantun Suka Hati



Orang berjalan dia berlari,
Makan nasi campur kari,
Orang mendengki jangan peduli,
Kelak hidup akan dihargai.

Diajar sudah tidak mengerti,
Kena selalu berkali-kali,
Sihat jiwa sihat hati,
Tenang selalu bila diperli.

Menenun kain berhati-hati,
Terkena jarum sakit sekali,
Jangan dibiar penyakit hati,
Cepat bertindak perlu diubati.

Usaha terus usaha lagi,
Jangan mengalah kemudian hari,
Tekanan hidup perlu dihadapi,
Kemudian hari tidaklah rugi.



Khamis, 11 April 2013

KEILMUAN TAMBAHAN







Saya berbesar hati memberi pengijazahan keilmuan berikut kepada anda bagi membolehkan anda memanfaatkannya untuk menjadi “nilai tambah” kepada anda. 

Keilmuan ini akan diberi secara PERCUMA** jika anda mengambil Kursus Kundalini Reiki level MASTER mengikut pakej-pakej yang berada di blog ini SAHAJA.

Anda juga boleh mempelajarinya secara berasingan jika tidak mahu mengambil Kursus Kundalini Reiki tetapi perlu membuat bayaran mahar untuk menebusnya.

Antara keilmuan tambahan yang berada di blog ini adalah seperti berikut:-





PENGIJAZAHAN GOLD REIKI**

Gold Reiki merupakan suatu teknik tradisi Reiki jenis yang lain. 

Ia dikatakan dapat mengubah “Ketakutan” dan “Kesuraman” menjadi “Pencerahan” dan “Kebahagian”.

Energi ini merupakan energi terkuat di alam fizik. Energi ini dapat dipergunakan secara sendiri atau kombinasi dengan teknik Reiki biasa.

Gold Reiki mempunyai fungsi yang sama dengan tenaga Kundalini Reiki cuma yang membezakannya adalah “nilai” tenaga yang akan dialirkan oleh pengamal. 

Mahar : RM80





PENGIJAZAHAN TENAGA DALAM  ILAHI PERINGKAT DASAR (TENDAI)**

Tenaga dalam ilahi juga disebut sebagai DAYA SEJATI INSANI atau Tendai.

Keilmuan Tendai yang lebih di kenali sebagai Gemblengan Daya Sejati Insani. Di mana Gemblengan itu sendiri bermaksud latihan, lakukan, buat atau apa sahaja yang membawa maksud kita mesti melakukan sesuatu sekiranya kita inginkan sesuatu.

DAYA pula membawa maksud kekuatan empat kerat yang ada di dalam diri kita, maksudnya keilmuan/kelebihan yang akan kita dapat hasil daripada latihan kita nanti bergantung kepada kemampuan diri kita sendiri.

SEJATI pula bermaksud kemampuan murni tanpa perlu bantuan ENERGI dari luar seperti AZIMAT, KHODAM, JIN dan Sebagainya.

INSANI pula adalah kemampuan seseorang. Maknanya setiap orang mempunyai kemampuan/bakat dan hala tuju masing-masing yang telah di tetapkan oleh Allah Swt sewaktu kita di dalam kandungan ibu lagi.

Kesimpulannya DSI adalah proses penyelarasan energi universal (Kosmo) dan Energi Manusia (Kosmic)supaya menjadi bersatu dan kita tidak lagi menentang arus pengaliran energi universal, kerana Energi Universal bersifat kekal, sedangkan energi manusia bersifat berubah-ubah.

Mahar : RM150




PENGIJAZAHAN  AMALAN SELAWAT MURAH REZEKI ILHAM SEJATI**
  
Amalan ini diambil dari seorang sahabat berasal daripada Jawa, Indonesia.
 
Ia berkaitan dengan pengamalan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Amalan ini jika dilakukan secara istiqomah akan memberi kesan kepada kehidupan pengamalnya.

Antara manfaat yang akan dimiliki oleh pengamal adalah:-

  • Hati akan menjadi tenang
  • Memudahkan perjalanan kehidupan seharian
  • Meningkatkan keimanan kepada Allah dan rasa cinta kepada Rasul Allah Muhammad S.A.W.
  •  Rezeki datang mencurah-curah sama ada kecil atau besar
  •  Merasa cukup dan tidak tamak dengan apa yang dimiliki

Mahar: Seikhlas hati




PENGIJAZAHAN  AMALAN  PENUMBUK SEPEMIKUL ILHAM SEJATI**

Amalan ini cukup ampuh bagi mempertingkatkan kemampuan mempertahankan diri seseorang semasa “darurat”.

Amalan mudah hanya dengan melakukan wirid amalan secara teratur untuk satu jangka masa akan membuatkan kekuatan penumbuk pengamalnya mampu bertambah dari sehari ke sehari.

Semasa waktu kecemasan, jika pengamalnya menumbuk dan terkena kepada lawan akan menyebabkan lawannya jatuh muntah darah dan pengsan. Ia boleh dirawat dengan hanya menumbuk kembali kepada lawan.

Amalan ini hanya bertindak sebagai defensif dan tidak boleh ditunjuk-tunjuk kepada yang lain.
Syarat utama untuk mengamalkan amaln ini adalah sabar, yakin dan tidak tinggalkan solat 5 waktu.

Mahar: Seikhlas hati






ILMU RIADHAH TEMBUS PANDANG ILHAM SEJATI**

Keilmuan ini berasaskan amalan Asma Allah. Pengamal hanya perlu melakukan wirid membaca zikir tertentu dimana zikir tersebut akan”membuka” kemampuan pengamalnya untuk memiliki kelebihan-kelebihan tertentu.

Antara kelebihan keilmuan ini adalah:-
  •       Kemudahan mendapat isyarat bathin dari Allah
  •       Meninggikan kualiti antena bathin seseorang
  •       Meninggikan kualiti tembus pengesanan
  •       Memekakan bathin terhadap isyarat Allah
  •      Boleh menangkap getaran bathin secara tepat
  •       Mendapat isyarat dari Allah
  •      Dipermudahkan dalam mengatasi dan mengesan barang-barang yang hilang, orang lari dari rumah.
  •      Dapat mengesan orang yang berada di perantauan, keberadaannya dan kesihatannya.
Mahar: RM80





AJI RAJAH KALA CHAKRA

Keilmuan ampuh ini membolehkan pengamalnya mempunyai “perisai” yang akan menjadi pedinding daripada apa jua mara bahaya.

Lawan akan menjadi kawan. Diri anda akan berada di bawah naungan “aura” yang tiada tolok bandingnya sehinggakan  Raja Jin pun gerun untuk mendekati anda.

Amalan tradisi yang dilakukan oleh para pengamal dahulu kala agak berat keran pengamal perlu berpuasa muteh dan mengamalkan wirid-wirid tertentu. Namun begitu, dengan perkembangan ilmu metafizik telah menemukan cara yang mudah tanpa wirid-wirid berat dan tanpa amalan puasa muteh.

Anda akan diajar cara mudah untuk mendapatkan kelebihan keilmuan ini. Antara kelebihanya adalah:-
  •   Pedinding dari sihir dan gangguan makhluk halus
  •   Pengasihan
  •    Murah rezeki
  •    Meningkatkan keilmuan sedia ada
  •    Penyembuhan penyakit
  •    Meningkatkan deria mata hati
  •    Dan banyak lagi

Mahar: Seikhlas hati dan WAJIB mengambil Kursus Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)





Bonus software Brainwave

Software ini terdiri daripada:

  1. Chakra Balancing
  2. 7 Chakra Meditation
Software-software ini berguna kepada anda untuk:
  • Memberi ketenangan yang optimum kepada yang mendengarnya.
  • Minda bawah sedar anda akan lebih PEKA dengan sekeliling.
  • Anda akan merasa lebih tenang dan fokus.
  • Minda bawah sedar anda distrukturkan kembali untuk bekerja lebih cekap.
  • Anda akan menjadi orang baru jika konsisten menggunakannya.
  • Minda anda bertindak seiring dengan affirmasi yang anda buat dan ucapkan.
  • Jika menggunakan software ini bersama dengan Tenaga Reiki akan memaksimakan keberkesanannya.
  • Badan anda akan melakukan keseimbangan secara alami.
  • Anda mampu menarik KEJAYAAN dan KEKAYAAN bergantung kepada niat anda.
  • Seimbangakan otak kiri dan kanan.
  • Banyak lagi jika anda terus konsisten menggunakannya.. InsyaAllah..

Barainwave ( Gelombang Bunyi)

4 jenis gelombang bunyi iaitu :

  1. Alpha : Ia mempengaruhi minda yang berhubung dengan kretiviti, relaksasi dan visualisasi.
  2. Beta : Ia mempengaruhi kerja minda yang berhubung dengan konsentrasi.
  3. Theta (Meditasi) : Ia mempengaruhi minda yang berhubung dengan self meditation, memori dan relaksasi yang mendalam.
  4. Delta (Keadaan Tidur) : Ia mempengaruhi minda yang berhubung dengan penyembuhan internal pada tubuh ( self healing), ketenangan dan kenyamanan.

TUNGGU DULU!!!!



Saya juga akan berikan anda satu lagi software secara PERCUMA iaitu Natura Sound Terapi** yang merupakan software yang akan membantu anda mencapai kondisi Alpha, Theta atau Delta dengan hanya mendengar muzik. Ada kepelbagaian Muzik untuk meditasi yang boleh dipilih dan beranika bunyi boleh diubah suai. Anda pasti akan SERONOK dan mudah untuk bermeditasi.

Mahar : RM100



P/S: Keilmuan tambahan ini akan ditambah dari masa kesemasa mengikut keperluan kerana banyak lagi keilmuan yang akan dimuatkan disini.

**Diberi PERCUMA dengan syarat mengikuti PAKEJ MASTER KUNDALINI REIKI


Usaha, Pasrah, Tawakal....





Rabu, 10 April 2013

APA ITU KUNDALINI REIKI????





Orang sering berkata “tidak kenal maka tidak cinta”. Oleh itu saya akan terangkan kepada anda apa itu Kundalini Reiki dengan ini anda dapat lebih mengetahui pengertian sebenar Kundalini Reiki.??

Kundalini adalah berasal daripada bahasa Sangkrit yang bermaksud “gulungan”.

Dalam keadaan tidur (belum bangkit dan belum aktif) , kundalini berbentuk gulungan 3½ lingkaran yang terletak di sumsum tulang belakang manusia, tepatnya di bawah tulang ekor (perineum).

Ketika kundalini sudah bangkit dan aktif ia akan merambat naik melalui jalur sushumna, menembus semua chakra dan akhirnya keluar dari chakra mahkota. Pada saat merambat naik, kundalini akan membersihkan semua jalur-jalur energi yang dilaluinya dan saat itu, anda akan merasakan sensasi-sensasi tertentu ditubuh anda.

Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi/tenaga.
Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta.

Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.

Oleh itu kita dapat simpulkan bahawa Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.

Kundalini Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi.

Cakra Dasar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga Reiki Rundalini.

Selepas proses pengaktifan dilakukan, tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra Dasar ke cakra Mahkota.

Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.



KUNDALINI REIKI LEVEL 1


  • Attunement yang pertama ini membuka saluran penyembuhan untuk membolehkan penyaluran energy reiki.
  • Kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan. 
  • Saluran utama tenaga dari cakra mahkota ke Cakra Dasar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan kundalini reiki yang anda akan alami dalam pengaktifan kundalini reiki peringkat 2 (Kundalini Reiki Level 2). 
  • Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya reiki boleh mengalir, sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan kundalini reiki level 1.
  • Anda akan diajar dengan lengkap bagaimana untuk melakukan rawatan penyembuhan secara langsung dan secara jarak jauh. 
  • Kundalini Reiki Level 1 adalah bersamaan dengan attunement USHUI Reiki level 1, 2, 3.




KUNDALINI REIKI LEVEL 2

  • Saluran reiki telah diperkuatkan.
  • Mula terjadinya pembangkitan kundalini dimana kenaikkan ‘api’ kundalini minima ke cakra pusar (solar plexur).
  • Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini dalam Kundalini Reiki Level 3.
  • Anda juga akan diajar meditasi khusus untuk menaikkan ‘api’ / energi. (syarat attunement : minima 2 hari selepas attunement Kundalini Reiki Level 1)


KUNDALINI REIKI LEVEL 3


  • Attunement sebelumnya telah diperkuatkan dan cakra tenggorok, pusar, seks, dan akar telah dibuka.
  • Mula berlaku pembangkitan penuh kundalini hingga ke cakra mahkota.
  • Anda akan diajar cara memberi attunement kepada batu Kristal agar mampu bertindak sebagai saluran reiki. (syarat attunement : minima 10 hari selepas attunement Kundalini Reiki level 2)



Berikut adalah silibus Kundalini Reiki yang akan dipelajari:-


KUNDALINI REIKI LEVEL 1
  • Self healing / penyembuhan diri sendiri
  • Merawat orang lain
  • Rawatan jarak jauh
  • Memutuskan hubungan energi dengan pesakit
  • Grouding/buang energi tidak diperlukan
  •  Penyembuhan hubungan karma
  • Penyembuhan situasi/kualiti

KUNDALINI REIKI LEVEL 2

Sama seperti di atas dan tambahan seperti berikut:-
  • Meditasi Kundalini Reiki
  • Pembersihan unsur negatif dalam rumah/bilik


KUNDALINI REIKI LEVEL 3

Sama seperti di atas dan tambahan seperti berikut:-
  • Diamond Reiki
  • Crystalline Reiki (Reiki Kristal)
  • DNA Reiki
  • Birth Trauma Reiki (Reiki trauma kelahiran)
  • Location Reiki (Reiki Lokasi)
  • Past Life Reiki (Reiki Kehidupan Lampau)
  • Balance Reiki
  • Attunement kepada objek
  • Attunement kepada murid/orang lain
  • Gold Reiki
  • Alir dan simpan energi Reiki

Kundalini Reiki mempunyai pelbagai tujuan lagi antaranya  :-
    
  • Membuat pendinding kepada harta dan diri
  • Untuk rezeki dan kekayaan
  • Penarik cinta dan pengasihan
  • Meningkatkan karisma diri
  • Peminjam membayar hutang
  • Mengaktifkan panca indera ke-6
  • Membuat kapsul reiki
  • Membuat tali pinggang pendinding
  • Parking vip
  • Pelbagai tujuan lain malah 1001 tujuan / matlamat / masalah boleh diselesaikan dengan kundalini reiki

Anda juga akan diajar bonus keilmuan tambahan  iaitu:-

  • Gold Reiki Level Master
  • Tenaga Dalam Ilahi (Tendai) Level Dasar
  • Amalan Selawat Murah Rezeki Ilham Sejati
  • Amalan Penumbuk Sepemikul Ilham Sejati
  • Ilmu Riadhah Tembus Pandang Ilham Sejati

MASTER MOHD AZRUL BIN MAZLAN
Master Kundalini Reiki
Master Tenaga Dalam Ilahi (Tendai)
Master Ismu Ahzom
ilhamsejati.blogspot.com


Usaha, Pasrah, tawakal....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...