Khamis, 11 April 2013

KEILMUAN TAMBAHAN







Saya berbesar hati memberi pengijazahan keilmuan berikut kepada anda bagi membolehkan anda memanfaatkannya untuk menjadi “nilai tambah” kepada anda. 

Keilmuan ini akan diberi secara PERCUMA** jika anda mengambil Kursus Kundalini Reiki level MASTER mengikut pakej-pakej yang berada di blog ini SAHAJA.

Anda juga boleh mempelajarinya secara berasingan jika tidak mahu mengambil Kursus Kundalini Reiki tetapi perlu membuat bayaran mahar untuk menebusnya.

Antara keilmuan tambahan yang berada di blog ini adalah seperti berikut:-





PENGIJAZAHAN GOLD REIKI**

Gold Reiki merupakan suatu teknik tradisi Reiki jenis yang lain. 

Ia dikatakan dapat mengubah “Ketakutan” dan “Kesuraman” menjadi “Pencerahan” dan “Kebahagian”.

Energi ini merupakan energi terkuat di alam fizik. Energi ini dapat dipergunakan secara sendiri atau kombinasi dengan teknik Reiki biasa.

Gold Reiki mempunyai fungsi yang sama dengan tenaga Kundalini Reiki cuma yang membezakannya adalah “nilai” tenaga yang akan dialirkan oleh pengamal. 

Mahar : RM80





PENGIJAZAHAN TENAGA DALAM  ILAHI PERINGKAT DASAR (TENDAI)**

Tenaga dalam ilahi juga disebut sebagai DAYA SEJATI INSANI atau Tendai.

Keilmuan Tendai yang lebih di kenali sebagai Gemblengan Daya Sejati Insani. Di mana Gemblengan itu sendiri bermaksud latihan, lakukan, buat atau apa sahaja yang membawa maksud kita mesti melakukan sesuatu sekiranya kita inginkan sesuatu.

DAYA pula membawa maksud kekuatan empat kerat yang ada di dalam diri kita, maksudnya keilmuan/kelebihan yang akan kita dapat hasil daripada latihan kita nanti bergantung kepada kemampuan diri kita sendiri.

SEJATI pula bermaksud kemampuan murni tanpa perlu bantuan ENERGI dari luar seperti AZIMAT, KHODAM, JIN dan Sebagainya.

INSANI pula adalah kemampuan seseorang. Maknanya setiap orang mempunyai kemampuan/bakat dan hala tuju masing-masing yang telah di tetapkan oleh Allah Swt sewaktu kita di dalam kandungan ibu lagi.

Kesimpulannya DSI adalah proses penyelarasan energi universal (Kosmo) dan Energi Manusia (Kosmic)supaya menjadi bersatu dan kita tidak lagi menentang arus pengaliran energi universal, kerana Energi Universal bersifat kekal, sedangkan energi manusia bersifat berubah-ubah.

Mahar : RM150




PENGIJAZAHAN  AMALAN SELAWAT MURAH REZEKI ILHAM SEJATI**
  
Amalan ini diambil dari seorang sahabat berasal daripada Jawa, Indonesia.
 
Ia berkaitan dengan pengamalan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Amalan ini jika dilakukan secara istiqomah akan memberi kesan kepada kehidupan pengamalnya.

Antara manfaat yang akan dimiliki oleh pengamal adalah:-

  • Hati akan menjadi tenang
  • Memudahkan perjalanan kehidupan seharian
  • Meningkatkan keimanan kepada Allah dan rasa cinta kepada Rasul Allah Muhammad S.A.W.
  •  Rezeki datang mencurah-curah sama ada kecil atau besar
  •  Merasa cukup dan tidak tamak dengan apa yang dimiliki

Mahar: Seikhlas hati




PENGIJAZAHAN  AMALAN  PENUMBUK SEPEMIKUL ILHAM SEJATI**

Amalan ini cukup ampuh bagi mempertingkatkan kemampuan mempertahankan diri seseorang semasa “darurat”.

Amalan mudah hanya dengan melakukan wirid amalan secara teratur untuk satu jangka masa akan membuatkan kekuatan penumbuk pengamalnya mampu bertambah dari sehari ke sehari.

Semasa waktu kecemasan, jika pengamalnya menumbuk dan terkena kepada lawan akan menyebabkan lawannya jatuh muntah darah dan pengsan. Ia boleh dirawat dengan hanya menumbuk kembali kepada lawan.

Amalan ini hanya bertindak sebagai defensif dan tidak boleh ditunjuk-tunjuk kepada yang lain.
Syarat utama untuk mengamalkan amaln ini adalah sabar, yakin dan tidak tinggalkan solat 5 waktu.

Mahar: Seikhlas hati






ILMU RIADHAH TEMBUS PANDANG ILHAM SEJATI**

Keilmuan ini berasaskan amalan Asma Allah. Pengamal hanya perlu melakukan wirid membaca zikir tertentu dimana zikir tersebut akan”membuka” kemampuan pengamalnya untuk memiliki kelebihan-kelebihan tertentu.

Antara kelebihan keilmuan ini adalah:-
  •       Kemudahan mendapat isyarat bathin dari Allah
  •       Meninggikan kualiti antena bathin seseorang
  •       Meninggikan kualiti tembus pengesanan
  •       Memekakan bathin terhadap isyarat Allah
  •      Boleh menangkap getaran bathin secara tepat
  •       Mendapat isyarat dari Allah
  •      Dipermudahkan dalam mengatasi dan mengesan barang-barang yang hilang, orang lari dari rumah.
  •      Dapat mengesan orang yang berada di perantauan, keberadaannya dan kesihatannya.
Mahar: RM80





AJI RAJAH KALA CHAKRA

Keilmuan ampuh ini membolehkan pengamalnya mempunyai “perisai” yang akan menjadi pedinding daripada apa jua mara bahaya.

Lawan akan menjadi kawan. Diri anda akan berada di bawah naungan “aura” yang tiada tolok bandingnya sehinggakan  Raja Jin pun gerun untuk mendekati anda.

Amalan tradisi yang dilakukan oleh para pengamal dahulu kala agak berat keran pengamal perlu berpuasa muteh dan mengamalkan wirid-wirid tertentu. Namun begitu, dengan perkembangan ilmu metafizik telah menemukan cara yang mudah tanpa wirid-wirid berat dan tanpa amalan puasa muteh.

Anda akan diajar cara mudah untuk mendapatkan kelebihan keilmuan ini. Antara kelebihanya adalah:-
  •   Pedinding dari sihir dan gangguan makhluk halus
  •   Pengasihan
  •    Murah rezeki
  •    Meningkatkan keilmuan sedia ada
  •    Penyembuhan penyakit
  •    Meningkatkan deria mata hati
  •    Dan banyak lagi

Mahar: Seikhlas hati dan WAJIB mengambil Kursus Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)





Bonus software Brainwave

Software ini terdiri daripada:

  1. Chakra Balancing
  2. 7 Chakra Meditation
Software-software ini berguna kepada anda untuk:
  • Memberi ketenangan yang optimum kepada yang mendengarnya.
  • Minda bawah sedar anda akan lebih PEKA dengan sekeliling.
  • Anda akan merasa lebih tenang dan fokus.
  • Minda bawah sedar anda distrukturkan kembali untuk bekerja lebih cekap.
  • Anda akan menjadi orang baru jika konsisten menggunakannya.
  • Minda anda bertindak seiring dengan affirmasi yang anda buat dan ucapkan.
  • Jika menggunakan software ini bersama dengan Tenaga Reiki akan memaksimakan keberkesanannya.
  • Badan anda akan melakukan keseimbangan secara alami.
  • Anda mampu menarik KEJAYAAN dan KEKAYAAN bergantung kepada niat anda.
  • Seimbangakan otak kiri dan kanan.
  • Banyak lagi jika anda terus konsisten menggunakannya.. InsyaAllah..

Barainwave ( Gelombang Bunyi)

4 jenis gelombang bunyi iaitu :

  1. Alpha : Ia mempengaruhi minda yang berhubung dengan kretiviti, relaksasi dan visualisasi.
  2. Beta : Ia mempengaruhi kerja minda yang berhubung dengan konsentrasi.
  3. Theta (Meditasi) : Ia mempengaruhi minda yang berhubung dengan self meditation, memori dan relaksasi yang mendalam.
  4. Delta (Keadaan Tidur) : Ia mempengaruhi minda yang berhubung dengan penyembuhan internal pada tubuh ( self healing), ketenangan dan kenyamanan.

TUNGGU DULU!!!!



Saya juga akan berikan anda satu lagi software secara PERCUMA iaitu Natura Sound Terapi** yang merupakan software yang akan membantu anda mencapai kondisi Alpha, Theta atau Delta dengan hanya mendengar muzik. Ada kepelbagaian Muzik untuk meditasi yang boleh dipilih dan beranika bunyi boleh diubah suai. Anda pasti akan SERONOK dan mudah untuk bermeditasi.

Mahar : RM100



P/S: Keilmuan tambahan ini akan ditambah dari masa kesemasa mengikut keperluan kerana banyak lagi keilmuan yang akan dimuatkan disini.

**Diberi PERCUMA dengan syarat mengikuti PAKEJ MASTER KUNDALINI REIKI


Usaha, Pasrah, Tawakal....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...