Memaparkan catatan dengan label Law Of Attraction. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Law Of Attraction. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2014

Hukum Tarikan VS Angan-angan


Salam semua moga mendapat berkat di dalam hidup anda.

Dalam Islam kita dilarang untuk berangan-angan kerana ia sebahagian dari mainan syaitan untuk melekakan kita umat manusia. Syaitan akan 'mengalunkan' cerita-cerita fantasi di dalam kotak memori kita untuk mengkhayalkan dan seterusnya menyesatkan kita dari mengingati Allah.

Cerita melayu popular dengan kisah 'Angan-angan Mat Jenin'. Kisah dimana seorang pemuda mendapat upah memanjat pohon kelapa tetapi akhirnya mati terjatuh kerana berangan-angan untuk menjadi kaya. Daripada analogi kisah ini, kita dapat lihat betapa 'buruk' angan-angan jika tidak berpijak di alam nyata.

Alam ciptaan Allah telah diatur dengan begitu teliti dan kompleks untuk dibuktikan dengan ilmu akal semata-mata. Pergerakan alam ini telah ditetapkan oleh Allah mengikut ilmu-NYA yang Maha Bijaksana. Ketatapan ini dinukilkan menerusi Firman-Nya iaitu:

"Dan Allah telah menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu diterapkannya pada hukum-hukum-Nya." 

Ini menunjukan Allah menciptakan apa sahaja di dunia ini dan juga menetapkan hukum-hukum sebagai bukti kekuasaan-Nya. Sebagai contoh lihat sahaja pergerakan bumi mengelilingi matahari. Bumi tetap berpusing mengikur orbit dan tidak berlaku perlanggaran dengan planet-planet lainnya. Setiap yang berlaku telah tertulis. Ini termasuklah rezeki, jodoh, ajal dan maut. Kita sebagai manusia perlu berusaha dan tidak menjadi seperti "Mat Jenin".

Antara hukum cipta Allah adalah Hukum Tarikan. Ia wujud dan tidak dapat disangkalkan lagi. Setiap apa yang kita rasa dan fikirkan akan menarik perkara-perkara yang serupa dengannya. Jika kita gembira, kita akan menarik hal-hal yang gembira dan menyeronokkan.

Dalam Hukum Tarikan, kita akan mengamalkan visualisasi bagi mengukuhkan impian yang ingin dicapai. Visualisasi merupakan kaedah membayangkan secara 'benar' impian di dalam minda bawah sedar dan mengwujudkan di alam tenaga.

Adakah Hukum Tarikan sama seperti angan-angan?

Visualisasi yang diamalkan dalam Hukum Tarikan sama seperti angan-angan cuma yang membezakannya adalah RASA dan USAHA yang dilakukan oleh pengamal Hukum Tarikan. Adakah pengamal bertindak atau tidak, itu yang menjadi titik tolak kejayaan Hukum Tarikan menjalankan fungsinya.

Berbanding angan-angan 'Mat Jenin', kita sekadar membayangkan apa yang kita mahu tanpa apa-apa RASA kepada perkara yang diangankan dan sudah tentu tanpa sebarang USAHA untuk bertindak mencapai impian yang dibuat.

Visualisasi yang diamalkan perlu disertakan RASA, membayangkan secara BENAR umpama impian kita telah dicapai 100% dan sudah tentu perlu disertakan dengan USAHA ke arah kejayaan impian yang ingin dicapai dan akhir sekali pengamal perlu pasrah dan bertawakal kepada Allah. Kita sekadar berusaha dan yang menentukannya adalah Allah semata-mata.

Kesimpulanya, Hukum Tarikan bertindak seperti apa yang kita tetapkan secara visualisasi di alam tenaga. Walaupun ia tidak menjadi nyata pada hakikat tetapi kita sebenarnya membentuk satu usaha yang akan mendorong kita bagi bertindak untuk mencapainya.

Sekian dulu, moga mendapat pencerahan.

Yakin, Usaha, Pasrah..




Sabtu, 26 Oktober 2013

Law Of Attraction siri 2


Law Of Attraction merupakan ilmu berkenaan sunnahtullah yang telah ditetapkan oleh Allah yang akan berlaku sesuai dengan keadaan dan situasi semasa. Ia sebenarnya bukanlah keilmuan baru tetapi telah dikembangkan oleh Nabi-nabi dahulu kala lagi mengikut versi yang sesuai dengan zaman tersebut sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Hukum tarikan memberi kelebihan kepada setiap manusia untuk menjadi seperti apa yang mereka inginkan. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Sama ada POSITIF atau NEGATIF.

Anda perlu kawal perasaan dan emosi anda sesuai dengan apa yang anda inginkan. Berikut adalah apa yang boleh anda lakukan:
  • Senyum dengan ikhlas
  • Jika anda resah "bermonolog" dengan diri anda perkara yang positif seperti cakap dalam hati "All Is Well..." secara tegas dan berulang
  • Berkawan dengan kawan yang positif
  • Amalkan meditasi mudah hanya kosongkan minda dan nikmati udara melalui pernafasan anda
Tulisan saya sebelum ini Klik Sini 

Cukup dulu sampai disini.. Bersambung di kemudian nanti.

Yakin, Usaha, Pasrah..




Selasa, 22 Oktober 2013

Law Of Attraction


Law Of Attraction atau Hukum tarikan merupakan term yang selalu kita dengar. Ada yang percaya dan ada juga tidak percaya.. Terpulang..

Hukum tarikan menyatakan apa sahaja yang kita rasa sama ada positif atau negatif akan menarik getaran seumpama dengannya.

Jika anda merasa runsing pada hari ini, cuba anda perhatikan betul-betul apa yang akan berlaku. Pasti masalah yang "bertimpa-timpa" akan anda hadapi pada hari tersebut. Semangat kurang, tiba-tiba tayar kereta pancit, lampu isyarat sentiasa merah, kena marah bos, kawan buat lupa hutang lama, orang nak pukul, dan macam-macam lagi hal-hal negatif akan dihadapi.

Sebaliknya cuba anda lebih positif pada hari yang lain. Rasakan perasaan yang elok-elok. Fikir perkara yang mengembirakan, Baca cerita yang melucukan dan menyeronokkan anda. Nikmati hidup seoptimumnya. Anda akan rasakan perbezaan hari sebelumnya yang sukar dijangkakan.

Anda hanya perlu kekalkan RASA yang harmoni, gembira, seronok dan sebagainya setiap hari. Rasakan, Nikmati apa sahaja yang membuatkan anda LEGA. 

Jangan ada RAGU-RAGU dalam kehidupan anda. Jauhi sikap tersebut jauh-jauh.

Anda adalah apa yang anda fikirkan. Anda adalah penentu apa yang akan anda hadapi kini dan masa hadapan. Tuhan tidak akan mengubah nasib anda selagi anda tidak mengubahnya.

Moga anda tergolong dalam golongan yang POSITIF dan bertambah BAHAGIA untuk selamanya..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...