Isnin, 23 Disember 2013

Kursus Kundalini Reiki 2014


Salam semua, moga mendapat kecerahan didalam kehidupan insya-Allah..

Pejam celek, pejam celek kita sudah berada di bulan disember 2013 dan beberapa hari lagi akan mengenjak ke tahun 2014. Ini bermakna telah setahun blog ini di"lahirkan". Alhamdullillah..

Saya akan terus dengan usaha saya untuk menyebarkan ilmu Kundalini Reiki kepada rakyat Malaysia. Niat saya adalah untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini dengan anda semua. Saya bukan pandai atau "terer" tentang Reiki tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat dengan anda semua.

Di Malaysia terlalu banyak Kursus-kursus Reiki yang ditawarkan. Pelbagai cara dan teknik yang ada. Anda hanya tinggal pilih sahaja. Ada yang mahar ribuan ringgit sehingga ratusan ringgit dengan kelebihan masing-masing. Anda yang menentukan..

Sempena tahun 2014 yang bakal menjelma, saya mengucapkan selamat TAHUN BARU kepada semua. Bina kembali impian dan cita-cita agar terus digapai. Jangan berputus asa.

Kursus Kundalini Reiki tetap ada dan saya akan jalankan sehingga nyawa dikandung badan insya-Allah.. Perubahan demi perubahan saya akan berikan bagi memberi kefahaman kepada anda untuk mendalami ilmu Allah ini.

Untuk mengetahui Mahar  bagi tahun 2014 dengan 5 ilmu BONUS boleh hubungi saya SEGERA semestinya tanpa bayaran tambahan yee..

Moga anda beroleh kejayaan dunia akhirat AMINN..

Yakin, Usaha, Pasrah....




Khamis, 19 Disember 2013

TIP MUDAH UNTUK BERMEDITASI


Meditasi adalah cara menenangkan minda. Dalam Islam disebut sebagai bertafakul. Kita sekadar duduk diam dan mengamati helaan nafas. Ia tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

Meditasi merupakan salah satu aktiviti mudah bagi mempertingkatkan prestasi minda kita. Semakin dilakukan semakin mudah minda kita berada pada tahap ketenangan. Jika minda tenang maka mudah untuk berfikir dan mengeluarkan idea-idea yang bernas. 

Apabila seseorang bermeditasi, gelombang mindanya akan berada pada tahap alpha. Ini membuatkan pengamal meditasi akan tenang dan minda betul-betul direhatkan. Ketenangan sebegini jika dikekalkan untuk satu jangka masa dapat meningkatkan kemampuan minda daripada biasa. Maksud dikekalkan disini adalah berapa lama jangka masa  meditasi yang dapat anda lakukan menentukan sejauh mana peningkatan prestasi anda. Lagi lama anda bermeditasi, lagi tinggi peluang minda anda ditingkatkan kemampuannya.

Di zaman sekarang yang penuh dengan pelumbaan mengejar meterial membuatkan kita sering tertekan. Minda kita seakan-akan berada di ruang yang sempit dan terus ditekan-tekan. Masa untuk bermeditasi terlalu terhad malah kita terlalu sibuk sehingga kita leka akan dunia.

Berikut adalah tip-tip saya kongsikan jika ingin bermeditasi:
  • Pilih tempat dan waktu yang tenang dan sesuai
  • Duduk bersila atau duduk diatas kerusi
  • Alunkan lagu-lagu yang menenangkan atau bacaan Al-Quran atau zikir
  • Pejam mata dan cuba kosongkan fikiran 
  • Amati, hayati dan rasakan setiap hembusan dan helaan nafas anda.
  • Sedut nafas, tahan dan lepaskan perlahan-lahan
  • Jika fikiran anda melayang berfikir yang bukan-bukan BIARKAN sahaja 
  • Teruskan pernafasan kerana lama kelamaan minda anda akan tenang
  • Lakukan sekurang-kurangnya 5 minit atau lebih
  • Ucapkan syukur jika selesai
Jangan terlalu memaksa apabila meditasi. Lakukan ikut kemampuan. Anda mampu berubah jika anda mahu. Semuanya ditangan anda.

Selalu minum air bergas
makan pedas berlari laju,
Badan sihat otak cergas,
Lebih cerdas lebih maju.

Kerja senang memotong papan,
Diberi upah untuk Cik Tupa
Selalu tenang lebih kedepan
Meditasi selalu tidak dilupa

Yakin, Usaha, Pasrah..





Selasa, 17 Disember 2013

HALA TUJU KUNDALINI REIKI


Di luar sana ramai yang berminat untuk mempelajari Reiki namun demikian terpaksa melupakan hasrat itu kerana yuran yang mahal. Saya belajar dahulu yuran mencecah RM 1 000. Mungkin di mata anda semua ia agak mahal tetapi tahukah anda yuran Reiki pada pemulaan penyebarannya pernah mencecah USD 10 000. Ia banyak disebarkan untuk golongan atasan. Maknanya hanya “orang-orang kaya” sahaja mampu untuk belajar Reiki pada awal kewujudannya. Namun kini ia mula berubah. Malah siapa sahaja mampu untuk belajar Reiki. Tidak kita apa jua golongan atau taraf hidup anda. 

Penyebaran Reiki mula berkembang dan mengalami revolusi sama ada daripada segi cara pembelajaran, kandungan modul malah namanya juga sudah pelbagai jenis. Perbezaan ketara pada gelombang tenaga yang dialirkan. Jika pengamal Reiki belajar lebih daripada 1 jenis Reiki maka akan terasa perbezaan apabila mengalirkan tenaga Reiki.

Namun begitu, Reiki tetap Reiki. Ia adalah sejenis teknik penyembuhan aura yang mengaplikasikan tenaga alam semesta sebagai satu “daya kuasa” pemangkin utama. Tanpa tenaga ini maka Reiki tiada apa-apa. Tapi mana mungkin tenaga alam semesta akan musnah kerana itu adalah salah satu sifat utama tenaga “tidak boleh dimusnahkan”.

Daripada mana agaknya datang tenaga daripada alam semesta ini??

Jika kita lihat sekeliling kita, pasti kita akan perasan semua ini. Banyak yang boleh kita ambil contohnya. Misalnya cahaya matahari. Ia adalah penyumbang utama tenaga alam semesta. Bumi memerlukan cahaya matahari bagi mengekalkan “kemandirian” setiap spesis.

Kata-kata nasihat, kasih sayang, zikir-zikir mengingati Allah, bacaan Al-Quran, tenaga dalaman daripada apa jua jenis hidupan, malah banyak lagi tenaga-tenaga yang wujud di muka bumi ini. Tenaga-tenaga ini terhasil sejak awal kejadian bumi lagi sebelum adanya manusia, tumbuhan dan haiwan. Ia semakin berkembang dan terus berkembang sehingga dinukilkan di dalam Al-Quran akan berlaku “KIAMAT” di mana segala tenaga-tenaga ini akan musnah keseluruhannya. Hanya Allah sahaja yang tahu bila ia akan berlaku.

Reiki adalah tenaga. Ia kekal begitu sehingga bila-bila. Ia sebahagian daripada ilmu-ilmu Allah yang bertebaran di muka bumi ini. Malah Reiki umpama setitik air daripada lautan jika dibandingkan keseluruhan ilmu-ilmu Allah. Jika dibandingkan Reiki dan ilmu-ilmu tenaga lainnya, Reiki adalah mudah untuk dipelajari dan diamalkan.  Jangan lihat pada yuran yang mahal-mahal dan jangan pula memperlekehkan yuran-yuran yang murah-murah. Anda sebagai bakal pengamal perlu mencari guru yang benar untuk belajar Reiki. Jika mampu bayarlah yang beribu-ribu, bayarlah. Jika tidak cari yang murah sikit tetapi nasihat saya, carilah guru Reiki yang aktif mengajar dan belajar.

Sekian dulu..

Anda yang membuat keputusan,
Anda yang tentukan hala tuju,
Jangan yuran jadikan alasan,
Agar hidup bertambah maju.


Yakin, Usaha, Pasrah..





REIKI DAN TUMBUHAN


Tenaga Kundalini Reiki dapat diaplikasikan kepada tumbuhan. Tumbuhan dapat mengesan tenaga Kundalini Reiki dan bertindak balas dengannya berbanding manusia.  Gelombang yang dikeluarkan oleh tenaga Kundalini Reiki bersifat halus dapat menyuburkan tumbuh-tumbuhan.

Kundalini Reiki terlalu mudah dipelajari dan diamalkan. Bagi seseorang petani, boleh menggunakan tenaga Kundalini Reiki terhadap tanam-tanamannya. Ini bermula semenjak biji benih disemai. Petani hanya perlu memegang atau menyentuh biji benih dan berniat mengalirkan tenaga kepada biji benih. Petani juga perlu berdoa kepada Maha Kuasa agar biji benih tersebut dapat tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang banyak dan berkualiti. Nikmati dan rasai aliran tenaga serta pasrah dan senyum. Tanam biji benih dengan penuh “kasih sayang” dan ikhlas. Siram dan berikan baja mengikut keperluan.

Lihat perkembangan tanaman tersebut. Petani boleh mengalirkan tenaga Kundalini Reiki setiap hari. Tanpa perlu sebarang konsentrasi, hanya senyum dan pasrah.  Tumbuhan akan berinteraksi terhadap tenaga Kundalini Reiki dan “kasih sayang” petani.

Saya telah membuat satu uji kaji dengan menanam satu biji benih. Saya alirkan tenaga Kundalini Reiki dan berikan “kasih sayang”. Pokok itu telah tumbuh dan mula berinteraksi dengan tenaga Kundalini Reiki yang saya berikan setiap hari. Selama 9 hari saya telah pulang ke kampung dan terlupa untuk menyiram pokok tersebut.  Saya sangkakan pokok tersebut pasti akan kering kerana tidak mendapatkan air. Apa yang mengejutkan saya selepas 9 hari tidak diberi air, pokok tersebut masih segar dan tidak menunjukkan akan kering atau mati. Ini satu keajaiban!!

Pokok yang telah dialirkan tenaga 
Kundalini Reiki tetap subur walau 9 hari
tidak diberikan air


Mana mungkin satu pokok yang masih kecil dapat bertahan tanpa sebarang air selama 9 hari. Ini semua adalah kerana kuasa daripada Tuhan. Asbab daripada tenaga Kundalini Reiki yang dialirkan dapat memberi “kesegaran” kepada pokok tersebut.

Kesimpulannya, Kundalini Reiki dapat diaplikasikan terhadap tumbuhan. Anda hanya perlu  senyum dan pasrah..


Yakin, Usaha, Pasrah..





Ahad, 15 Disember 2013

Reiki dan Rawatan Jarak Jauh


Kundalini Reiki merupakan salah satu kaedah merawat secara alami menggunakan "tenaga alam". Reiki sama sekali tidak melibatkan campur tangan jin mahupun syaitan. Anda perlu mendapatkan rawatan secara benar malalui pengamal Reiki yang sebenar.

Saya ada berjumpa pengamal perubatan Islam di Johor. Saya gelarkannya sebagai "ustaz". Ustaz berumur 20an itu saya jumpa sebagai menemankan seseorang bagi mendapatkan rawatan secara Islam. Saya dapat rasakan ketenangan ketika memasuki permis pusat rawatannya dengan alunan bacaan ayat rukyah dan bau-bau wangian. Selepas berbicara sebentar, saya secara spontan bertanya kepada ustaz sama ada bolehkah rawatan jarak jauh dilakukan?

Jadi berikut adalah jawapan ustaz:

" Kami tidak melakukan rawatan jarak jauh. Hanya bomoh sahaja yang akan berbuat demikian.." Jawab ustaz secara spontan.

Jawapan ustaz ini membuatkan jantung saya terkejut tidak semena-mena hati saya berbicara:

" Kan doa tu sebahagian daripada rawatan jarak jauh.." Bisik hati saya sendirian.

Ustaz sekali lagi menambah:

" Rawatan jarak jauh hanya dilakukan oleh bomoh yang ada jin kerana mereka meminta bantuan daripadanya.." 

Teng - Teng - Teng..

Mungkin itu adalah pendapat peribadi ustaz berkenaan. Selepas daripada itu, kami bereda dan kawan saya membeli cd ayat rukyah daripada ustaz.

Bagi saya sebagai pengamal Reiki dan Terapi Aura serta selaku orang awam yang menganut agama Islam berpendapat, Rawatan Jarak Jauh tiada bezanya dengan bacaan doa seseorang kepada kawannya yang berada jauh. Ia juga umpama doa seorang ibu kepada anaknya agar sihat dan murah rezeki. Jadi dimana peranan jin atau syaitan disini????

Para ustaz tidak patut secara melulu menuduh Rawatan Jarak Jauh bersangkutan dengan pengaruh jin dan syaitan.

Ini sebenarnya melibatkan tentang TENAGA semata-mata. Doa, bacaan quran, zikir, kata-kata nasihat dan sebagainya mengeluarkan tenaga. Tenaga boleh bertukar sifat seperti tenaga kinetik bertukar kepada tenaga keupayaan (Fizik) tetapi tenaga tidak boleh dimusnahkan. Jadi tenaga yang terhasil dapat digunakan dan dimanipulasi untuk apa jua tujuan dan maksud bergantung kepada niat seseorang.

Reiki adalah sebahagian daripada kaedah manipulasi tenaga yang digunakan secara meluas di dunia. Malahan negara Barat mengiktirafnya sebagai kaedah alternatif dan banyak digunakan di hospital-hospital serta ia menjadi kajian sebahagian ahli-ahli pendidik di sana.

Pengamal Reiki juga boleh mengunakan teknik Jarak Jauh yang menjadi sebahagian modul di dalam ilmu Reiki. Ia sama sekali tidak menggunakan mentera dan sebarang khadam, jin dan syaitan. Hanya NIAT dan PASRAH kepada pencipta.

Kesimpulannya, Rawatan Jarak Jauh boleh dilakukan tetapi perlu dilihat kaedah dan teknik pengamal berkenaan. Reiki merupakan kaedah alternatif yang boleh mengaplikasi Rawatan Jarak Jauh secara alami. Hanya NIAT dan PASRAH. Kesembuhan penyakit adalah 100% di tangan Tuhan dan kita hanya perlu berusaha.

Yakin, Usaha, Pasrah..


P/S : Buat masa ini kami di Ilham Sejati tidak melakukan apa-apa rawatan. Kami hanya mengajar ilmu Terapi Aura Reiki. Insya-Allah dimasa akan datang bakal dilakukan rawatan. Kami tidak bersedia kerana banyak komitmen perlu diberikan terhadap perkara lain. Harap maklum.





TESTIMONI RAWATAN TERAPI AURA

Selain mengajar Kundalini Reiki, saya juga ada melakukan ikhtiar merawat menggunakan TERAPI AURA dengan mengaplikasikan tenaga Kundalini Reiki. Khidmat ini saya lakukan sebagai memenuhi pemintaan daripada rakan-rakan dan saudara terdekat jika memerlukan rawatan secara alternatif. Saya cuma berusaha dan yang menyembuhkannya adalah Allah. Tiada kemampuan saya untuk merawat tetapi sekadar menolong sesama manusia.

Saya sekadar berkongsi dan membuktikan Reiki boleh digunakan untuk rawatan. Perubatan secara kedoktoran perlu diutamakan dan Reiki sekadar memenuhi rawatan yang diberikan. Berikut adalah testimoni daripada pesakit yang telah mendapatkan rawatan:


Testimoni 1



Daripada Mohd Azren – Perak

Ulasan : Pesakit mengalami mimpi-mimpi buruk yang berlarutan semenjak mula bertunang. Mimpi-mimpi ini berlarutan dan semakin menjadi-jadi apabila hampir untuk diijab kabulkan. Saya telah melakukan “clensing” pada rumah pesakit dan kepada tubuh pesakit sendiri daripada tenaga-tenaga negatif selepas itu rawatan Terapi Aura dimulakan bagi memberi keseimbangan kepada tenaga tubuh pesakit. Terakhir sekali, saya melakukan pedinding secara ghaib. Syukur pada Allah segalanya kembali normal. Kini mereka telah diijab kabulkan.


Testimoni 2

Nama saya Zulkirnain, terasa bisa dan pedih di bahagian belakang pinggang. Saya amat mengharap bantuan tuan sebagai ikhtiar. Terima kasih

Daripada Zulkarnain – Perak

Ulasan : Saya melakukan scan bagi mengenal pasti tahap penyakit. Saya berniat melakukan Terapi Aura secara jarak jauh. Maklum balas selepas seminggu rawatan, sakit beliau beransur kurang.


Testimoni 3

Salam bro, anak aku dah boleh keluar daripada wad hari ini. Alhamdullillah..terima kasih atas doa kau.

Daripada Mohd Ridzuan – Pahang

Ulasan : Anak beliau telah mengalami jangkitan pada paru-paru dan dimasukkan ke hospital selama seminggu namun begitu, suhu badannya masih tetap tidak menurun. Saya memohon kepada Allah untuk kesembuhannya dan melakukan Terapi Aura secara jarak jauh. Syukur, sehari kemudian suhu tubuh anaknya beransur menurun dan dibenarkan untuk pulang.


AMARAN : Reiki tidak menjanjikan sebarang kesembuhan. Pengamal reiki bukan seorang doktor. Pesakit dinasihatkan untuk meneruskan rawatan dengan doktor. Jika penyakit tidak berkurang sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.


Yakin, Usaha, Pasrah..




Khamis, 12 Disember 2013

APA MATLAMAT HIDUP ANDA??


Pertama-tamanya mari kita renung asal kejadian kita sebagai manusia. Kita dijadikan oleh Allah dari setitik air mani yang kemudiannya berubah bentuk menjadi segumpal darah dan seterusnya menjadi sempurna sifatnya. Kita dilahirkan dari rahim seorang wanita yang dipanggil IBU. Kita ditatang bagai minyak yang penuh. Semakin hari, kita menginjak ke usia matang kita. Menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Di akhir titik usia, kita akan menjadi 'kaku" dan disemadikan di dalam tanah yang menjadi asal kejadian manusia pertama.

Begitulah sedikit sebanyak perubahan yang akan berlaku kepada kita. Dalam kesibukan melayari kehidupan, kita mula alpa kepada asal kejadian kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ini. Tugas utama sebagai "pentadbir" di muka bumi ini adakah kita sempurnakan??

Setiap lembaran hidup kita di muka bumi akan disoal dan dihisab sebagai kepatuhan kepada pencipta. Penyesalan atau kegembiraan akan dikecapi. Sumpah seranah kepada diri jika tangan kanan mencapai lembaran hidup dari Allah sebaliknya kegembiraan jika tangan kanan yang mencapainya.

Syurga atau Neraka??

Pilihan asal terletak kepada kita. Jika hidup memilih nafsu, neraka akan menjemput tetapi jika titik noda dapat dipadam dengan taubat 'nasuha" maka gembiralah melangkah ke syurga Allah. Semua atas "belas ikhsan" Nya jua.

Beramal biar sedikit tetapi 'istiqomah". Biar ia berterusan. Biar ia kecil dimata kita tetapi disisi Allah ia besar. Allah suka kita tunduk kepada-Nya. Allah suka kita patuh kepada-Nya. Tetapi nafsu dan syaitan busuk hati cuba memerangkap kita. Pilihan di tangan kita. Antara mengikut kejahatan atau kebaikan.

Hati kita dicipta kepingin untuk menjadi tenang dan berbuat baik tetapi nafsu membisikkan kata "keseronokan" dunia agar kita sesat dihujungnya. Jangan takut mengaku salah di depan Allah dikala masih bernafas. Dikala nafas dikerongkong, segalanya tiada guna sudah.

Mari kita ubah matlamat hidup agar ia selari dengan fitrah kita sebagai KHALIFAH. Jangan dengar cakap-cakap orang. Insya-Allah kita pasti berjaya..

"Ya Allah, Tunjuki kami jalan yang benar dan lurus serta ampunilah dosa-dosa kami dan kedua ibu bapa kami.."

Yakin, Usaha, Pasrah






Sabtu, 7 Disember 2013

PERCUMA UNTUK ANDA


Salam sejahtera untuk semua..

Moga berada di dalam keadaan yang gembira dan sihat selalu..

Bagi mereka di luar sana yang BERMINAT untuk belajar Kundalini Reiki tetapi masih ragu-ragu dan 
takut-takut, saya di sini membuat satu tawaran untuk anda yang tidak akan diberi oleh mana-mana Master Reiki di luar sana..

Anda akan saya selaraskan atau attunement dengan Kundalini Reiki level 1 secara PERCUMA tanpa apa-apa bayaran.. Dengan kata lain, saya akan beri anda "merasa" sendiri tenaga Reiki daripada saya MASTER MOHD AZRUL..

Tawaran ini adalah TERHAD untuk satu jangka masa tertentu dan akan ditutup pada bila-bila masa sahaja..

Semasa proses penyelarasan tenaga REIKI, anda akan merasa:
  • Denyutan kecil di tapak tangan
  • Getaran umpama elektrik di tubuh badan
  • Tapak tangan terasa panas 
  • Semutan kecil di tapak tangan
  • Umbun-umbun berdenyut
Dan pelbagai lagi "rasa" yang akan anda nikmati sepanjang proses penyelarasan ini mengikut tahap KEPEKAAN diri anda sendiri..

Anda akan merasa satu fenomena yang tidak pernah anda rasa sebelum ini..

Jadi jangan buang masa dan bertindak segera..

Sebarang soalan boleh hubungi saya melalui email atau "sms"..

Hapuskan keraguaan anda, buangkan ketakutan anda.. Bertindak segera kerana ianya PERCUMA..

Yakin, Usaha, Pasrah..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...