Selasa, 17 Disember 2013

REIKI DAN TUMBUHAN


Tenaga Kundalini Reiki dapat diaplikasikan kepada tumbuhan. Tumbuhan dapat mengesan tenaga Kundalini Reiki dan bertindak balas dengannya berbanding manusia.  Gelombang yang dikeluarkan oleh tenaga Kundalini Reiki bersifat halus dapat menyuburkan tumbuh-tumbuhan.

Kundalini Reiki terlalu mudah dipelajari dan diamalkan. Bagi seseorang petani, boleh menggunakan tenaga Kundalini Reiki terhadap tanam-tanamannya. Ini bermula semenjak biji benih disemai. Petani hanya perlu memegang atau menyentuh biji benih dan berniat mengalirkan tenaga kepada biji benih. Petani juga perlu berdoa kepada Maha Kuasa agar biji benih tersebut dapat tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang banyak dan berkualiti. Nikmati dan rasai aliran tenaga serta pasrah dan senyum. Tanam biji benih dengan penuh “kasih sayang” dan ikhlas. Siram dan berikan baja mengikut keperluan.

Lihat perkembangan tanaman tersebut. Petani boleh mengalirkan tenaga Kundalini Reiki setiap hari. Tanpa perlu sebarang konsentrasi, hanya senyum dan pasrah.  Tumbuhan akan berinteraksi terhadap tenaga Kundalini Reiki dan “kasih sayang” petani.

Saya telah membuat satu uji kaji dengan menanam satu biji benih. Saya alirkan tenaga Kundalini Reiki dan berikan “kasih sayang”. Pokok itu telah tumbuh dan mula berinteraksi dengan tenaga Kundalini Reiki yang saya berikan setiap hari. Selama 9 hari saya telah pulang ke kampung dan terlupa untuk menyiram pokok tersebut.  Saya sangkakan pokok tersebut pasti akan kering kerana tidak mendapatkan air. Apa yang mengejutkan saya selepas 9 hari tidak diberi air, pokok tersebut masih segar dan tidak menunjukkan akan kering atau mati. Ini satu keajaiban!!

Pokok yang telah dialirkan tenaga 
Kundalini Reiki tetap subur walau 9 hari
tidak diberikan air


Mana mungkin satu pokok yang masih kecil dapat bertahan tanpa sebarang air selama 9 hari. Ini semua adalah kerana kuasa daripada Tuhan. Asbab daripada tenaga Kundalini Reiki yang dialirkan dapat memberi “kesegaran” kepada pokok tersebut.

Kesimpulannya, Kundalini Reiki dapat diaplikasikan terhadap tumbuhan. Anda hanya perlu  senyum dan pasrah..


Yakin, Usaha, Pasrah..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...