Jumaat, 30 Oktober 2015

BELAJAR TERAPI AURA REIKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama sudah saya tidak update blog ilham sejati.. Saya agak sibuk semenjak baru pindah ke Ipoh.. Banyak benda baru yang perlu dipelajari dan dihadamkan.. Insya-Allah perlahan-lahan saya akan biasakan dengan suasana baru sekarang ini..

Baru-baru ini saya telah menerima pelajar baru daripada Kulai, Johor.. Beliau bernama Norzaida.. Beliau belajar secara jarak jauh..Seperti juga pelajar baru, mereka pada mulanya agak sangsi dengan ilmu Terapi Aura Reiki.. Adakah benar ataupun dusta semata-mata.?  Berikut testimoni darinya :




Beliau mengalami apa yang kita panggil simptom pasca-attunement.. Selepas attunement atau penyelarasan energi Reiki, pelajar mungkin akan mengalami pelbagai simptom tertentu seperti getaran pada tapak tangan dan yang lebih teruk seperti yang Norzaida alami.. Lain orang lain rasanya.. Ada juga yang tidak merasa apa-apa simptom.. Ia bergantung pada individu itu sendiri..

Yang paling penting sebagai pelajar Terapi Aura Reiki adalah mempelajari ilmu ini, mendalami dan seterusnya mengamalkannya di dalam kehidupan.. 

Moga anda dapat serba sedikit pencerahan.. Hubungi saya untuk mengubah hidup dan mempebaiki aura anda..

Yakin, Usaha, Pasrah..





Ahad, 13 September 2015

KUNDALINI REIKI ILMU TANPA SIMBOL

Salam muafakat kepada anda semua.. Moga anda gembira dan ceria dalam apa jua situasi anda hendaknya..


Reiki merupakan ilmu berkaitan tenaga alam semesta.. Ia diamalkan sejak bertahun-tahun yang lalu sehingga ilmu Reiki dicipta dengan pelbagai variasi.. Kundalini Reiki merupakan salah satu variasi yang dicipta oleh mahaguru terdahulu..

Kelebihan Kundalini Reiki yang ketara adalah tiada penggunaan simbol sama sekali.. Anda hanya perlu relax dan santai serta berniat mengikut keperluan anda di waktu itu.. 

Contoh mudah "Saya mengalirkan tenaga kundalini reiki kepada Ahmad.. Terjadilah3x". Relax dan santai sahaja.. 

Berbanding ilmu-ilmu Reiki yang lainnya, anda terpaksa menghafal beberapa simbol tertentu sebelum dapat menggunakan tenaga Reiki.. Malah ada satu variasi Reiki yang menggunakan pelbagai simbol bagi mewakili satu-satu penyakit.. 

Tahukah anda bahawa tenaga dapat dimanipusasi untuk apa jua tujuan mengikut kehendak anda?? Dalam Kundalini Reiki anda akan diajar cara menggunakan tenaga alam semesta untuk pelbagai tujuaan terutamanya untuk kesihatan dan kelancaran rezeki..

Manipulasi di sini bukan bermaksud untuk tujuan jahat tetapi Kundalini Reiki hanya boleh digunakan untuk tujuan yang murni dan yang baik-baik sahaja..

Jika anda berniat untuk tujuan kejahatan maka tenaga anda sendiri yang akan digunakan untuk berbuat demikian dan ia semestinya sangat minima.. Dengan kata lain anda akan cepat letih dan tidak bermaya.. 

Berbanding untuk tujuan yang baik, Kundalini Reiki dapat digunakan dengan mudah dan anda tidak akan sama sekali merasa letih malah anda akan lebih bertenaga.. Ini yang membezakan Kundalini Reiki dengan lmu tenaga dalam..

Apa yang dapat disimpulkan pada entri kali ini adalah :
  1. Kundalini Reiki tidak menggunakan simbol.
  2. Kundalini Reiki hanya mengunakan niat pengamal sahaja.
  3. Kundalini Reiki hanya boleh digunakan untuk kebaikan sahaja.
  4. Kundalini Reiki boleh diaplikasikan untuk pelbagai tujuan dalam hidup kita.
  5. Kundalini Reiki adalah anda variasi Reiki yang mudah dan senang untuk dipelajari.
Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Jumaat, 11 September 2015

ATTUNEMENT REIKI 3 MASTER

Salam muafakat kepada semua.. Moga beroleh kejayaan dan kekayaan setiap hari..

Baru-baru ini saya telah memberikan attunement kepada 3 orang secara hadir diri.. Kelas berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari.. Pelbagai ilmu yang dikongsikan terutama teknik terapi aura Reiki.. 

Untuk pengetahuan semua, Reiki bukan sahaja boleh diaplikasi untuk tujuan perubatan dan kesihantan tetapi Reiki juga boleh digunapakai untuk pelbagai tujuan.. Ia bergantung kepada kreativiti anda sebagai pengamal.. Malah saya akan ajar anda pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk apa jua tujuan anda, semestinya tujuan yang baik-baik sahaja..

Berikut adalah gambar-gambar kenang-kenangan semasa seisi pembelajaran :





3 orang pelajar berkenaan bernama :
  1. Master Rohaniza Bt Chumain
  2. Master Nor Ema Bt Chumain
  3. Master Suhaila Bt Rosni

Selepas attunement berlangsung ada yang merasa getaran di tapak tangan dan panas seperti menjalar seluruh tubuh. Ia perkara normal bagi pengamal Reiki namun begitu kadang kala ada juga yang tidak merasa apa-apa.. Ini kerana "rasa" itu sangat bergantung kepada kepekaan seseorang dan sejauh mana ia pasrah semasa attunement berlangsung..

Meraka juga mendapat beberapa modul tambahan antaranya :
  1. Mempelajari teknik mudah penyembuhan diri bagi yang super sibuk.
  2. Mempelajari teknik super ball meraih kesenangan dan kekayaan.
  3. Mempelajari potensi tarikh lahir.
  4. Saya akan scan aura dan energy tubuh anda dengan percuma. 
Malah banyak lagi akan dikongsi di dalam kelas mengikut kesesuaian diri anda menerimanya.. Cepat-cepat hubungi saya untuk mempelajari teknik aura Reiki sebelum mahar dinaikkan selepas ini.. Cepat bertindak, jangan lepaskan peluang anda..

Sekian..

Yakin, Usaha, Pasrah..







Sabtu, 5 September 2015

BELAJAR LAGI

Assalamualaikum..

Baru-baru ini saya telah menghadiri satu kursus "Master Metafizik" daripada Reiki Malaysia iaitu Master Hisham (Guru Lama Saya).. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh Master Hisham.. 

Antara ilmu-ilmu yang dikongsikan di dalam kelas ini adalah ilmu melihat aura, teknik duplikasi, teknik I'M  A BOSS, applied kinesiologi multi fungsi, ilmu numerologi asas, ilmu haq inti diri dan banyak lagi..

Rasanya tidak cukup masa separuh hari yang diberikan bagi berkongsi ilmu-ilmu ini.. Malah kami langsung tidak merasa masa berlaku bergitu cepat..

Beikut adalah gambar-gambar kenang-kenagan :








Sekian..

Yakin, Usaha, Pasrah..



REIKI ILMU YANG MUDAH DIPELAJARI

Assalamualaikum..

Moga anda dan kita semua beroleh kejayaan dunia akhirat..

Saya masih dan akan terus mendalami ilmu reiki selama masih bernyawa ini.. Ini adalah minat saya.. Ia bukan semata-mata kerana wang.. Insya-Allah selama masih bernyawa selama itu saya akan terus berkongsi ilmu dan akan membuka ruang kepada peminat ilmu energi untuk belajar dan mendalami ilmu dari Tuhan Maha Besar ini..

Reiki adalah antara beribu ilmu-ilmu energi yang muncul di dunia ini.. Berbanding ilmu-ilmu energi yang lain, Reiki adalah ilmu yang amat mudah dipelajari dan didalami.. Anda boleh mempelajarinya dengan hadir diri atau secara jarak jauh.. 

 Ia tidak akan menggangu proses hidup mati anda.. Sebab ada yang bertanya sama ada Reiki akan menggangu semasa kematian kelak.. Ia tidak akan menyusahkan anda untuk meninggalkan dunia ini. Ia bukan ilmu hitam dan tidak perlu sebanrang ritual atau pemujaan untuk mempelajarinya.

Reiki ilmu yang amat mudah dan senang untuk dipelajari.. Anda akan dibekalkan manual ilmu dan ia adalah sebagai rujukan untuk anda.. Anda baca dan hadam manual ini.. Tidak perlu hafal untuk "exam".. Hanya fahami sahaja..

Anda akan dibimbing sehingga anda faham dan saya tidak akan tinggalkan anda seorang diri.. Anda hanya perlu bertanya dan jangan diam sahaja jika tidak faham.. Jika banyak bertanya maka luas pengalaman dan ilmu anda..

Reiki ilmu yang mudah, Pelajarinya untuk kemudahan anda dalam kehidupan..

Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Ahad, 16 Ogos 2015

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) PERCUMA BHGN 2

Assalamualaikum..

Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan bertambah-tambah rezeki..

Saya dihujani banyak mesej-mesej berkaitan ilmu Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) yang ingin belajar secara PERCUMA.. Ini mungkin merupakan kekeliruan yang timbul berikutan entri saya sebelum ini yang bertajuk TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) PERCUMA

Saya ingin membetulkan, yang sebenarnya anda perlu mengambil pakej belajar Terapi Aura daripada Ilham Sejati dan saya akan memberikan ilmu TENDAI secara percuma..

Kini saya sedang membuka promosi belajar TERAPI AURA serendah RM170 sahaja.. Saya bukan menjual ilmu tetapi bayaran ini sekadar tukaran penat lelah saya dan masa  yang diperuntukan untuk mengajar ilmu ini.. 

Harap tiada salah faham yang akan timbul selepas ini.. Tiada barang yang percuma di dunia ini.. Ia adalah realiti.. Terpulang kepada anda untuk faham atau sebaliknya.. 

Terima kasih ..

 ps : Ilmu Tendai ini hanya peringkat dasar sahaja harap maklum..


BELAJAR TERAPI AURA

Assalamualaikum..

Pada bulan 8 ini saya mengajar Terapi Aura secara hadir diri. Terima kasih kepada Tuan Yusri dari Muar kerana sudi hadir ke teratak saya.. 

Banyak ilmu yang dikongsikan tahu-tahu masa berlalu begitu cepat.. Beliau mengambil pakej master.. Banyak ilmu tambahan luar dari silibus Terapi Aura yang saya kongsikan antaranya ilmu Law Of Attraction, Teknik YUP, Teknik pendulum, Terapi EFT dan banyak lagi.. Saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu sambil-sambil dapat berkenalan dan eratkan siratulrahim..

-Bersama Master Yusri-


Khamis, 6 Ogos 2015

KURSUS TERAPI AURA REIKI TERBARU

Salam untuk semua..


Saya membuka peluang kepada anda yang ingin mempelajari Terapi Aura Reiki dengan tawaran SUPER HEBAT..

1) Kursus berdepan atau jarak jauh
2) Percuma pembelajaran berterusan
3) Yuran / Mahar yang sangat rendah
4) Santai dan Mudah
5) Mendapat ilmu bonus secara PERCUMA

Di dalam program ini anda akan diajar :
  • Melakukan rawatan Terapi Aura kepada diri sendiri dan orang lain.
  • Melakukan rawatan Terapi Aura secara berdepan dan jarak jauh.
  • Cara meditasi khas Reiki.
  • Melakukan pembersihan energi negatif.
  • Meneutralkan energi negatif di lokasi "panas".
  • Teknik grounding.
  • Mengeratkan hubungan yang renggang.
  • Memudahkan orang membayar kembali hutang.
  • Melenyapkan trauma di dalam hidup.
  • Menderaskan aliran rezeki.
  • Meningkatkan karisma diri.
  • Melakukan pemagaran rumah.
  • Mengaktifkan panca indera ke-enam.
  • Parking VIP.

TAHAP MASTER (GURU) - Hanya RM500
-Dapat banyak bonus percuma-

Antara bonus (PERCUMA) yang disediakan adalah:
  • Gold Reiki Level Master
  • Ilmu Tendai Level Dasar
  • Amalan Selawat Murah Rezeki
  • Amalan Penumbuk Sepemikul
  • Ilmu Riadhah Tembus Pandang
  • Ebook Rahsia Yang Hilang
  • Ebook Aura Kekayaan Aura Kejayaan
Whatsapp, Telegram, sms ke 013-9053982

p/s : Hubungi segera untuk promosi terkini..

Isnin, 11 Mei 2015

DUNIA DAN AKHIRAT

Assalamualaikum..

Didoakan moga anda kaya dan berjaya di sepanjang masa..

Sudah lama saya tidak up date entri di dalam blog ini. Sibuk dengan kerja hakiki dan bisnes sambilan membuatkan saya sangat sibuk dan jarang ada masa mengadap komputer.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kehidupan dunia dan akhirat. Saya bukan ustaz tetapi sekadar berkongsi dan memberikan pendapat peribadi.

Kita dijadikan oleh Tuhan dan diberi nikmat yang sangat banyak. Tidak terkira dek jari untuk menghitung berapa banyak nikmat yang telah kita nikmati dan rasai sehingga kini. Nikmat-nikmat ini diberi sama ada kita seorang yang taat kepada perintah Tuhan ataupun tidak. Itulah sifat "Ar-Rahman" Tuhan yang tiada bertepi. Tuhan pemurah terhadap semua hambanya.

Kehidupan dunia ibarat pelabuhan yang menjadi persinggahan sementara bagi mengisi bekalan untuk perjalanan yang lebih panjang. Ia sangat singkat. Masa yang singkat itu ada yang diisi dengan bekalan takwa dan ada yang sebaliknya.

Kehidupan dunia penuh dengan dugaan. Sebaliknya kehidupan akhirat adalah kenikmatan ataupun kesengsaraan. Kenikmatan bagi yang bertakwa dan kesengsaraan bagi yang derhaka. Kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan abadi. Ia sebenarnya destinasi  sebenar kita sebagai seorang hamba.

Ketika ini ada yang dikurniakan nikmat syurga dan ada yang dicampakkan ke dalam jurang neraka. Ia bergantung sejauh mana kita "beringat" ketika mengisi bekalan pada kehidupan dunia.  Banyak yang leka dan tidak mengisi bekalan secukupnya dan akhirnya menyesal ketika di akhirat.  Ketika ini ianya sudah terlambat.

Saya berpesan kepada diri saya dan semua yang membaca moga kita isi kehidupan dunia ini dengan bekalan yang secukupnya. Laksanakan amalan wajib dan jangan ditinggalkan. Lalukan bersungguh-sungguh. Disamping itu, tambahkan bekalan dengan amalan-amalan sunat seperti berzikir dan solat malam. Lakukan secara berterusan walaupun sedikit.

Apa yang menjadi kunci yang memasukkan kita ke dalam syurga adalah sifat "Ar-Rahim" Tuhan. Jika kita melakukan segala suruhan-Nya maka tiada sebab kita menjadi penghuni syurga sebaliknya jika kita masih menyimpang jauh dari Tuhan masih ada kesempatan untuk bertaubat.

Moga saya dan anda semua beroleh syurga di kehidupan akhirat kelak. Moga kita berjaya di dunia dan akhirat. Insya-ALLAH..



Khamis, 12 Mac 2015

RECHARGE BIOENERGY INSANI

Assalamualaikum..

Bersyukur kita kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas dan hidup dimuka bumi ini. Nyawa kita adalah anugerah yang tidak terhingga. Kita perlu menghargainya. Jangan persiakan setiap sisa umur dengan perkara negatif. Pastikan amalan kita ditingkatkan setiap hari. Moga kita berjaya didunia dan akhirat. Insya-Allah..

Baru-baru ini saya telah mengadakan satu program baru untuk pelajar-pelajar Ilham Sejati yang diberi nama RECHARGE BIOENERGY INSANI.

Ianya 100% PERCUMA. Dan anda juga akan diberi hadiah misteri. Percuma dan dapat hadiah. Syok kan??

-Pelajar sedang melakukan recharge-

Di dalam program RECHARGE BIOENERGY INSANI, pelajar akan mempelajari :
  • Mengulangkaji pelajaran Kundalini Reiki.
  • Membangunkan tenaga dalam pelajar.
  • Membersihkan aliran energi pelajar.
  • Mendalami Teknik YUP untuk kekayaan dan kejayaan.
  • Mempelajari Teknik EFT untuk kekayaan.
Malah banyak lagi pelajar akan pelajari terutamanya ilmu magnet wang. Ianya khusus untuk menjadi kaya dan berjaya. Program ini hanya untuk bekas pelajar Ilham Sejati dan ianya hanya dilakukan secara hadir diri. 

Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Sabtu, 7 Februari 2015

KURSUS TERAPI AURA REIKI 2015

Assalamualaikum..

Bagi tahun 2015 ini kami di Ilham Sejati membuka program pembelajaran Terapi Aura Reiki secara hadir diri atau jarak jauh dengan mahar yang sangat minimum. Ia dijamin paling rendah di Malaysia.

Anda tidak akan dapat menemui program selengkap ini dengan mahar yang sangat minimum. Malah anda akan diberi beberapa bonus yang semestinya sangat bermanfaat dan nilainya lebih besar dari apa yang anda bayar. 



KUNDALINI REIKI LEVEL MASTER

Di dalam program ini anda akan diajar :
  • Melakukan rawatan Terapi Aura kepada diri sendiri dan orang lain.
  • Melakukan rawatan Terapi Aura secara berdepan dan jarak jauh.
  • Cara meditasi khas Reiki.
  • Melakukan pembersihan energi negatif.
  • Meneutralkan energi negatif di lokasi "panas".
  • Teknik grounding.
  • Mengeratkan hubungan yang renggang.
  • Memudahkan orang membayar kembali hutang.
  • Melenyapkan trauma di dalam hidup.
  • Menderaskan aliran rezeki.
  • Meningkatkan karisma diri.
  • Melakukan pemagaran rumah.
  • Mengaktifkan panca indera ke-enam.
  • Parking VIP.
  • Boleh menurunkan ilmu Reiki kepada orang lain.
 Malah banyak lagi manfaat yang akan diperolehi jika mengamalkan ilmu Reiki dengan konsisten. Ia bergantung kepada tujuan dan matlamat anda belajar ilmu Reiki.

 Anda akan diberi bonus secara PERCUMA antaranya:

 Gold Reiki Level Master

Keilmuan ini merupakan tradisi Reiki yang lain daripada Kundalini Reiki. Ia adalah tradisi Reiki yang dicipta dengan kemampuan yang sama seperti Kundalini Reiki tetapi yang membezakannya adalah energi yang digunakan. Energi yang digunakan merupakan energi terkuat di alam fizik. Ia dikatakan dapat mengubah ketakutan dan kesuraman menjadi kebahagian dan pencerahan. Gold Reiki boleh digunakan secara sendiri atau kombinasi dengan teknik Reiki yang lain.



Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) Level Basic

Tenaga Dalam Ilahi atau Tendai merupakan ilmu yang berlainan daripada Reiki kerana Tendai menggunakan tenaga dalaman diri pengamal. Tendai menggunakan olah nafas dan tanpa sebarang pantang larang. Ia meningkatkan kemampuan pengamal di dalam mengolah energi. Malah Tendai boleh digabungkan dengan ilmu energi yang lain seperti Reiki. Manfaat Tendai antaranya adalah untuk rawatan diri dan orang lain, pendinding diri, pedinding sihir. menguatkan stamina dan lain-lain lagi bergantung kepada niat pengamal.


Amalan Selawat Murah Rezeki

Amalan ini membantu pengamalnya mempunyai rezeki seperti aliran air yang deras. Rezeki boleh jadi wang yang banyak, kebahagian rumah tangga, naik pangkat, kawan belanja makan, mudah mendapat jodoh, dihormati masyarakat dan lain-lain lagi. Pendek kata, segala yang membuatkan kita bahagian dan gembira adalah rezeki sama ada ianya sekecil-kecil rezeki sehingga sebesar-besarnya. Pokoknya kita perlu beramal dan sentiasa bersyukur.


Amalan Penumbuk Sepemikul

Amalan ini sebagai persediaan ketika darurat. Dikatakan pengamal amalan ini mempunyai kekuatan penumbuk seumpama sekumpulan lembu yang ganas. Jika ditumbuk secara benar maka, mangsa akan muntah darah atau pengsan. Amalan ini tidak boleh ditunjuk secara umum. Ia hanya untuk waktu darurat sahaja. 


Ilmu Riadhah Tembus Pandang

Ilmu ini amalan zikir asma ul-husna yang suci. Manfaat amalan ini adalah dapat meningkatkan isyarat batin daripada Allah, meningkatkan antena batin pengamal, meningkatkan kualiti tembus pengesanan, memekakan batin pengamal, boleh menangkap getaran batin secara tepat dan memudahkan mengesan barang atau orang yang hilang. Ini atas izin Allah jua.

Bagi memantapkan lagi kefahaman anda dengan ilmu Reiki, kami di Ilham Sejati memberikan anda 2 ebook PERCUMA iaitu :

Ebook Rahsia Yang Hilang

Ebook ini membongkar rahsia Reiki sebenar yang hilang dan lenyap dan kini mula menyerlah untuk diaplikasikan dan dihayati. Di dalam  ebook ini, anda akan diajar tentang kuasa minda, asas visualisasi, law of attraction, teknik doa mudah makbul, download mp3 meditasi percuma dan pelbagai lagi di dalam ebook ini akan anda pelajari.


 Ebook Aura Kekayaan Aura Kejayaan

Ebook kedua ini memaparkan teknik-teknik metafizik untuk menarik kekayaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Anda akan diajar teknik bagi memudahkan diri anda menjadi magnet rezeki yang tiada batas. Rezeki anda akan melimpah ruah seperti air yang mengalir tanpa henti. Ia tidak akan terputus selama anda mengamalkan ilmu yang diajar di dalam ebook ini.


Anda juga akan diberi bimbingan seumur hidup atau sehingga anda memerlukan dan semestinya ianya 100% PERCUMA.

Seperti yang dijanjikan semua keilmuan diatas dikenakan dengan mahar yang sangat minimum. Mahar terendah di Malaysia dengan kualiti setanding mana-mana perguruan yang mengenakan mahar yang tinggi. Malah anda akan diberi banyak bonus secara PERCUMA.

Mahar yang dikenakan adalah :



Hubungi saya melalui sms atau whatsapp atau telegram pada nombor :

 013-9053982 (Master Azrul)
 






Jumaat, 2 Januari 2015

TERAPI AURA : PEMBUKA BICARA 2015

Assalamualaikum..

Tahun 2015 telah menjengah kini. Azam baru dibuat dan disemat untuk 365 hari kedepan. Moga segala yang dirancang akan dicapai.

Baru-baru ini saya telah berjumpa kembali dengan anak murid pertama saya iaitu En. Mohd Amari dari Kulai. Kami berbincang tentang "bisnes" dan membuat penyelarasan aura. Beliau adalah orang pertama yang meminta saya untuk berkongsi ilmu Terapi Aura Reiki kepada orang ramai. Maka terhasillah blog ilhamsejati.blogspot.com bagi berkongsi serba sedikit ilmu Terapi Aura Reiki yang boleh dipelajari dan didalami dengan mudah dengan mahar yang sangat berpatutan.

Berikut gambar yang sempat diambil :


Moga tahun 2015 menjadi laluan untuk kita sama-sama mencari rezeki yang halal sebanyak-banyaknya agar menjadi mukmin yang bertakwa dan kaya di dunia serta di akhirat. Insya-Allah.

Yakin, Usaha, Pasrah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...