Selasa, 4 Februari 2014

SEDEKAH BILA KAYA??


Salam hormat untuk semua. Moga bertambah sihat dan berjaya setiap hari.

Salah satu sunah yang Nabi Muhammad SAW ajarkan kepada kita adalah 'sedekah'.

Sedekah merupakan amalan yang mudah dilakukan tetapi sering kita lambat-lambatkan untuk melaksanakannya. Ada juga yang merasakan sedekah akan menyusutkan harta mereka.

Baru-baru ini saya berjumpa seorang kawan 'N'. Saya dan N berbual-bual kosong. N sempat berkata "jika aku kaya bolehlah sedekah kat pusat tahfiz ni.." sambil menunjuk keratan iklan pada surat khabar.

Dalam hati saya mula berfikir "Mengapa perlu tunggu kaya?"

Petikkan firman Allah Ta'ala "Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. ALlah melipat gandakan bagi siapa yang disukai-Nya dan Allah Maha Luas kurnia-Nya dan lagi Maha Mengetahui." (Rujukan Google)

Ini menunjukan betapa besarnya ganjaran orang yang suka bersedekah dan menafkahkan harta bendanya pada jalan Allah.

"Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik." (H/R Ahmad dan Muslim) (Rujukan Google)

Jadi mengapa kita perlu tunggu kaya baru nak bersedekah? Kan RUGI berfikir begitu..

Rebutlah peluang semaksimanya untuk bersedekah. Antara tip yang boleh diamalkan:

  • Sedekah RM1 setiap hari atau RM30 untuk sebulan secara istiqomah.
  • Banyakan SENYUM dan jangan suka masam mencuka.
  • Lakukan kerja-kerja amal dan bantu orang sekeliling kita.
  • Jaga perkataan seharian kita dan jangan sakitkan hati orang lain.
  • Belanja kawan makan.
  • Bertukar juadah dengan jiran tetangga seikhlasnya.
Bersedekah tidak semestinya dengan DUIT atau METERIAL. Lakukan semampunya. Lakukan dengan gembira. Lakukan dengan IKHLAS.

Sekian dulu...

Yakin, Usaha, Pasrah..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...