Khamis, 30 Januari 2014

Rezeki-Rezeki Yang Hilang


Saban hari kita dibebani dengan kenaikan harga barang-barang keperluan. Gaji tetap tidak berubah tetapi harga barang makin mahal. Perbezaan ketara kita rasa sejak akhir-akhir ini menyebabkan ramai yang mengeluh dan mula menyalahkan 'kerajaan'. 1001 hujah dan alasan yang diberikan untuk meluah rasa 'kecewa' di dalam diri. Ceramah berunsur politik diadakan semata-mata hendak mengata 'kerajaan'. Perasaan marah menyelubungi diri semata-mata tidak puas hati. Jiwa memberontak. Mulut kita tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata negatif, kita mengata dan terus mengumpat. Jika ditegur pasti dihembur dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

Hentikan semua itu!!!! Hentikan perbuatan sia-sia ini!!!!

Semakin anda melakukan perbuatan di atas semakin anda akan miskin. Percayalah saya. Setiap kata-kata atau perbuatan NEGATIF yang kita buat menarik setiap perkara negatif yang lainnya. Makin kerap kita menumpukan perhatian pada perkara NEGATIF maka semakin kita akan berjumpa dan berdepan dengan hal-hal yang menyusahkan kita.

Ini berkait rapat dengan minda bawah sedar kita. Minda bawah sedar akan 'terprogram' dengan perisian tertentu apabila ia dapat merakam apa sahaja yang ada disekelilingnya. Tidak kira Negatif atau Positif. Lihat kembali tulisan saya berkaitan Law Of Attraction ( hukum tarikan) KLIK DISINI.

Jika anda berfikiran POSITIF maka setiap tindakan anda akan menjurus kepada hal-hal yang baik-baik sahaja. Jangan biarkan diri anda diselubungi oleh perkara yang tidak baik. Buang jauh-jauh fikiran NEGATIF itu. 

"Anda adalah apa yang anda fikirkan".

Rezeki kita telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi tetapi kita disuruh untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan rezeki itu. Jika berusaha lebih, akan dapat lebih. Jika malas dan hanya mengharap tanpa usaha, kita akan ketinggalan.

Rezeki yang hilang ini tidak selamanya hilang tetapi dapat 'dijemput' kembali. Caranya kembali kepada Allah yang Maha Pencipta. Semakin kita jauh dari-Nya makin menjauh rezeki yang datang. Kalau ada pun kita akan merasakan tidak pernah puas dan tidak pernah cukup.

Antara amalan mudah 'menjemput' kembali rezeki yang hilang adalah:

  • Bertaubat dan beristighfar sebanyak-banyaknya.
  • Lakukan amalan wajib seperti solat fardu, puasa, zakat dan lain-lain serta perbaiki agar bertambah mutunya.
  • Banyakkan berselawat siang dan malam setiap hari.
  • Lakukan solat sunat Dhuha dan Tahajud secara istiqomah.
  • Jangan mengata dan mengumpat orang lain.
  • Eratkan siratulrahim dengan orang sekeliling.
  • Berfikiran positif dan bersangka baik kepada Allah.
  • Banyakkan bersedekah setiap hari semampunya.
Amalan-amalan ini biasa kita dengar tetapi jarak kita buat. Amalkan mulai sekarang dan berubah menjadi orang yang KAYA jiwa dan KAYA harta agar kita berjaya di dunia dan akhirat. Insya-Allah..

Yakin, Usaha, Pasrah..






Selasa, 28 Januari 2014

PAKEJ TERBARU 2014





BAGAIMANA SELEPAS MEMBACA KERATAN TAJUK-TAJUK AKHBAR DI ATAS??
ADAKAH PERNAH TERJADI KEPADA KITA ATAU SAUDARA TERDEKAT??
ANTARA PENYAKIT-PENYAKIT ORANG MALAYSIA:

·         SAKIT JANTUNG
·         TEKANAN DARAH TINGGI
·         DIABETIS
·         STRESS
·         LEMAH SYAWAT
·         DAN BANYAK LAGI

TENTU KITA MENGELUH DAN TERUS MENGELUH. TANPA BERBUAT APA-APA DAN LAGI TERUK MENYALAHKAN ORANG LAIN .

CARI ALTERNATIF DAN LAKUKAN PERUBAHAN DRASTIK.

PELAJARI RAWATAN REIKI SEBAGAI “JALAN KELUAR” KERANA:

·         MUDAH DIPELAJARI
·         SEMUA BOLEH BELAJAR
·         BUKAN RITUAL MANA-MANA AGAMA
·         TIADA KAITAN DENGAN JIN ATAU SYAITAN
·         TANPA RITUAL PELIK-PELIK
·         RAWATAN AURA
·         ILMU BIOENERGY TUBUH
·         MALAH BANYAK LAGI KELEBIHANNYA

BERIKUT PAKEJ BARU YANG KAMI TAWARKAN:
(dengan ini, pakej yang ditawarkan sebelum ini adalah terbatal)



**DUA (2 ) ILMU TAMBAHAN JIKA MENGIKUTI PEMBELAJARAN SECARA HADIR DIRI IAITU:

·         EFT (EMOSIONAL FREEDOM TECHNIQUE)
·         ILMU PENDULUM MERAIH IMPIAN

APA YANG ANDA AKAN DAPAT??
JANGAN BERTANGGUH LAGI, JAMINAN MAHAR TERENDAH DI MALAYSIA.
ANDA PASTI PUAS HATI
INSYA-ALLAH


YAKIN, USAHA, PASRAH..





Ahad, 19 Januari 2014

PELAJAR BARU DARI BRUNEI

Pada 16/1/2014 saya telah memberi attunement Kundalini Reiki kepada seorang pelajar berasal dari Brunei. Dari jauh beliau datang dan saya sangat menghargainya. Nama beliau Mohd Amin berumur lewat 60-an. Kesungguhannya datang ke teratak saya yang tidak seberapa menunjukan keikhlasannya untuk mendalami ilmu Kundalini Reiki.

selain Kundalini Reiki saya juga mengajar beberapa ilmu tambahan secara PERCUMA antaranya:
  • Attunement Gold Reiki Level Master
  • Ilmu Tenaga Dalam Ilahi Peringkat Dasar
  • Ilmu Murah Rezeki Ilham Sejati
  • Ilmu Penumbuk Sepemikul Ilham Sejati
  • Ilmu Tembus Pandangan Ilham Sejati
Dan 2 ilmu tambahan hannya untuk yang belajar secara hadir diri iaitu:
  • EFT (Emosional Freedom Technique)
  • Applied Kinesiologi
Berikut adalah sedutan foto yang sempat dirakam:


Proses attunement sedang dilakukan


Meditasi yang hening dan damai


En. Md Amin menguji energi Reiki


Ilmu Applied Kinesiologi diajar santai


Sijil pun dapat 

2 Master control macho....

Saya semampunya akan mengajar anda ilmu Reiki secara santai dan mudah. Anda juga mendapat banyak ilmu-lain lain secara percuma tanpa caj-caj tambahan. Keikhlasan amat perlu. Sandarkan ilmu Reiki kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Sekian dulu...

Yakin, Usaha, Pasrah..


Jumaat, 17 Januari 2014

PENGALAMAN BERTARUNG DENGAN JIN


Saya bukanlah Juru Sembuh atau Pengamal Perubatan tetapi sekadar mengamalkan ilmu yang tidak seberapa ini. Baru-baru ini saya menolong seorang 'pesakit' yang saya bagi nama S.

S mengadu sakit badan dan lemah sehingga sukar membuat kerja rumah. Kadang-kadang S sering sakit pada bahagian perut. Sakit macam dicucuk-cucuk terutama di waktu 'datang bulan'. Ada kalanya S sukar untuk berjalan. Seakan-akan berat sahaja langkah ketika di atur. Sebagai ikhtiar, S meminta bantuan saya untuk 'meringankan' bebannya.

Saya sekadar membantu, jauh sekali menyembuhkan. Kesembuhan adalah hak mutlak Allah semata-mata. Saya sekadar berikhtiar dan mengamalkan setitik ilmu yang dianugerahkan-NYA. Pada pemulaan, muka S agak pucat.

Saya memulakan 'rawatan' dengan  membuat pedinding dan pasrah kepada Allah. Saya 'alirkan' tenaga ke tubuh S. Secara perlahan-lahan dan santai. S pada mulanya diam dan tidak bergerak. Minit pertama tiada apa-apa perubahan. Saya kuatkan aliran tenaga. Lebih kurang 5 minit kemudian, S mula memberi respon. Badan S bergigil. Saya tetap meneruskan 'rawatan' tanpa mempedulikan apa yang berlaku.

Badan S kian bergigil. Nafasnya makin kencang dan tersekat-sekat umpama kerbau kena sembelih. Selepas lebih kurang 10 minit saya 'alirkan' tenaga, cakra ajna saya mula bergetar. Saya mendapat 'isyarat' dan mulai nampak 'sesuatu'.

Seperti ada satu makhluk di bahagian 'kelangkang' S. Makhluk itu menjelirkan lidah seperti ingin mengisap sesuatu. Gerun juga di waktu itu. Tapi saya kuatkan hati dan tawakal kepada Allah. Saya mendapat ilham dan membina satu lembing di 'alam getaran ' dan melembing makhluk tersebut. Lembing pertama tidak membuahkan hasil. Saya buat lembing kedua dan ketiga tetapi tetap hampa. Makhluk tersebut seakan dapat menangkis serangan saya.

Saya tidak berputus asa. Saya terus membuat lembing yang keempat tetapi kali ini saya ilhamkan lembing berapi yang membara-bara. Saya terus melembing makhluk terkutuk tersebut. Dengan takdir Allah, sewaktu saya mula melembing makhluk itu, azan pun berkumandang. Makhluk itu menjerit dan terus ghaib. Hanya Allah jua yang Maha Berkuasa.

S mulai sedar dan tidak bergigil lagi. S berkata sewaktu saya memberi rawatan, terasa peha kanan terlalu berat seperti dihimpap sesuatu. Selepas rawatan, S terasa segar. Kaki kanan tidak berat lagi. Nafas mulai normal. Syukur pada Allah.

Saya mungkin perlu memberi 'rawatan' susulan kepada S kerana makhluk seperti jin dan syaitan tidak pernah berputus asa. Mereka menunggu masa kita lalai dan terus menyerang tanpa kita ketahui. Insya-Allah kita doakan S akan kembali sihat seperti sedia kala.

Cerita di atas sekadar perkongsian pengalaman. Ia adalah kisah benar. Hanya kepada Allah jua segala pujian dan Dia Maha Mengetahui segalanya.

Sekian dulu,

Yakin, Usaha, Pasrah..






Khamis, 9 Januari 2014

MEMBUKA MATA KETIGA (MATA GHAIB)


Baru-baru ini saya mendapat mesej seperti di atas.. Apa pandangan semua apabila mendapat mesej sebegini.?

Saya tidak tahu apa motif sebenar pemesej. Mengapa dia nak sangat membuka mata ketiga? Ini bukan mesej pertama daripadanya tetapi sudah beberapa kali. Ada juga amalan yang saya berikan kepadanya. Tetapi tidak tahu sejauh mana beliau mengamalkannya.

Adakah boleh dibuka mata ketiga? Umpama cerita 'Goku' yang boleh mengunakan mata ketiga. Hebat.

Saya bukanlah ahli dalam bidang 'membuka mata ketiga' ini. Mata saya pun ada dua je - yang fizik. Mata ketiga tak tahu berfungsi ke tak. Hanya Allah je yang tahu.

Apa amalan yang saya berikan kepadanya? Amalannya seperti berikut:

  • Amalan latihan pernafasan membersihkan 7 chakra utama
  • Amalan Riadhah Tembus Pandangan Ilham Sejati
Ini sahaja amalan yang saya amalkan. Apa fungsi kedua-dua amalan ini? Pertamanya untuk membersihkan secara total dan pantas ketujuh-tujuh chakra utama. Amalan ini perlu dilakukan beberapa kali sekerapnya untuk memastikan chakra-chakra utama ini betul-betul bersih.

Keduanya, amalan zikir Asma ul usna iaitu Amalan Riadhah Tembus Pandangan Ilham Sejati. Ia dapat menguatkan 'naluri' manusia. Ini perlu bagi memudahkan kita bertindak balas dengan alam. Allah akan menurunkan apa sahaja ujian kepada kita cuma kita tidak sensitif dengan hikmah disebalik ujian-ujian ini. Jadi asbab dengan amalan ini Insya-Allah, pengamalnya mampu menguatkan  'naluri'nya.

Amalan Riadhah Tembus Pandangan Ilham Sejati saya berikan PERCUMA jika anda mengambil PAKEJ MASTER KUNDALINI REIKI. Terpulang kepada anda untuk mengamalkannya atau tidak. 

Kemampuan bersifat ghaib ini adalah diluar kemampuan manusia normal tetapi ia tidak mustahil berlaku kerana Allah mampu berikan apa sahaja ilmu kepada manusia. Yang baik kita amalkan, sebaliknya kita kembali kepada Allah. 

Hidup di dunia ini sekejap sahaja. Apa perlu kita cari adalah bekalan untuk menuju kepada Allah. Jangan terpesona kepada dunia kerana ia adalah alat semata-mata. Tetapi jangan ditinggalkan terus dunia, ambil yang perlu sahaja. Imbangi dunia dan akhirat, carilah ilmu. Amalkan sebaiknya. Insya-Allah kita pasti berjaya di dunia dan akhirat.

Moga mendapat pencerahan..

Yakin, Usaha, Pasrah..




MENCARI KATA















Susutnya risauan hati tatkala ia
Memamah jiwa ke tulang benulang
Panahan mata lebatan hujan ketika
Mematah kata jelingan rasa itu

Menuruni tangga batu di Altaza
Sejuk dingin menyelimuti kalbu
Walhal hari terik dek panahannya
Tiada jawapan dari bibir
Memenuhi rasa tika itu
Hanya yang ada sepi dan sepi

Lambaian pohon nyiur sepoi-sepoi
Membentak rasa di hati
Walau tiada rasa tikanya
Hanya menunggu dan diam

Hitam, kelam dan malap
Tiada warna hanya hitam
Tiada putih tiada warna
Hati membentak lagi
menyusur kembali di Altaza

Disitu hanya mencari kata
Tiada keluhan atau simpati
Menunggu dan diam
Itu sahaja mampunya
Hingga bertahun
Hingga berdekad
Hingga berkurun
Mencari dan mencari..


KEISTIMEWAAN TENAGA REIKI


Salam untuk semua

Saban hari kita 'bergelumang' dengan tenaga. Sekitar kita ada tenaga. Tanpa kita sedar sebenarnya tenaga ini mempengaruhi kehidupan kita seharian. Matahari, udara, tanah, batuan, dan pelbagai lagi benda-benda semulajadi mempunyai tenaga. Tenaga tidak dapat dihapuskan tetapi dapat berpindah dari satu keadaan kepada keadaan yang lainnya. 

Tenaga dapat dimanipulasi oleh siapa sahaja sama ada anda belajar atau tidak. Anda hanya perlu YAKIN tetapi tidak semudah itu. Tubuh kita umpamanya mempunyai satu tenaga terpendam iaitu tenaga dalam. Tenaga ini bagi orang awam hanya digunakan untuk memenuhi keperluan harian seperti bekerja, makan, minum dan sebagainya. 

Tenaga dalam manusia sangat luar biasa. Tetapi ketika waktu-waktu tertentu seperti sedang sakit, tenaga dalam manusia tidak menjalankan fungsinya secara optimum kerana ia dipengaruhi oleh keupayaan manusia untuk menyalurkannya.

Ini berbeza dengan tenaga Reiki. Tenaga Reiki tidak dipengaruhi oleh keupayaan manusia kerana ia adalah tenaga alam semesta dan bukan tenaga dalam manusia sendiri. Walaupun pengamal sedang sakit sekalipun, dia boleh mengalirkan tenaga Reiki secara optimum tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti tenaga itu sendiri.

Tenaga Reiki tiada batas had dan masa. Ia boleh digunakan bila-bila sahaja dan dimana-mana. Jadi pengamal boleh mengalirkan tenaga Reiki secara jarak jauh walaupun tidak bersemuka dengan pesakit. Hanya niat tanpa bantuan jin atau syaitan. Reiki umpama doa. Yang membezakannya adalah tenaga.

Tenaga Reiki juga tidak akan habis dan ianya adalah infiniti. Mana mungkin tenaga alam semesta akan kehabisan kecuali ketentuan dari Maha Pencipta iaitu ketika berlakunya kiamat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Semakin digunakan semakin hebat pengalirannya. Pengamal tidak akan merasa keletihan melampau sebaliknya akan semakin segar dan sihat walaupun seharian mengalirkannya.

Tenaga Reiki mengalir secara pintar. Ia tahu kemana hala tujunya. Umpama kita mengalirkan air ke laluan yang berlopak, ia akan memenuhi lubang-lubang lopak itu. Walaupun anda tidak tahu apa penyakit yang dideritai, anda hanya perlu melekapkan telapak tangan dimana sahaja dan nikmati sensasi aliran tenaga Reiki. Mudah bukan?

Banyak lagi sebenarnya keistimewaan tenaga Reiki. Ia mudah dipelajari serta senang untuk diamalkan. Moga anda mendapat pencerahan serba sedikit. Insya-Allah..

Sekian,

Yakin, Usaha, Pasrah..




KONFLIK SEORANG PELAJAR REIKI



Salam semua..

Di atas saya paparkan satu email yang saya dapat baru-baru ini dari seorang yang pernah belajar Reiki. Beliau saya namakan Encik A.

Encik A telah menerima atunement Reiki daripada seorang Master Reiki (Otai katanya).. Beliau pada mulanya mengambil atunement secara hadir diri dan hanya bersembang dengan Master Reiki selama 5 jam tanpa apa-apa attunement dilakukan. 

Jadi apa sebenarnya berlaku yee??
Adakah Encik A telah ditipu??

Sebelumnya saya terangkan dulu apa itu attunement? Attunement adalah 'penyelarasan' yang dilakukan seorang Master Reiki kepada pelajarnya. Attunement dilakukan untuk 'membersihkan' laluan pada chakra utama bagi memudahkan pengaliran tenaga Reiki berlaku. Ketujuh-tujuk chakra utama akan dibersihkan secara total. Ia dilakukan dengan cara bermeditasi. 

Pelajar akan bermeditasi selama minimum 25 minit dan Master Reiki akan melakukan 'penyelarasan' kesemua chakra-chakra utama. Dalam keadaan ini, pelajar yang PEKA akan mengalami sensasi-sensasi tertentu mengikut kePEKAannya seperti rasa semutan, getaran, hangat dan lain-lain rasa serta ada juga tidak mengalami apa-apa sensasi (bergantung kepada peka atau tidak anda pada tenaga).

Kombinasi meditasi dan niat membolehkan tenaga Reiki ber'jalan' secara automatik bagi membersihkan kesemua chakra. Cuma yang menjadi masalah pada Encik A, adakah dia melakukan kombinasi keduanya? Adakah Master Reikinya memberikan panduan dan cara melakukannya?

Ini yang menyebabkan segelintir Master Reiki yang bersungguh-sungguh mengajar Reiki 'terpalit lumpur'. Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. 

Kepada pelajar dan bakal-bakal pelajar Reiki sekalian, saya nasihatkan anda mencari Guru Reiki yang benar-benar mempelajari, mengajar dan mengamalkan Reiki dalam kehidupan seharian. Bukan sekadar duit yang menjadi taruhannya.

Berikut adalah panduan memilih Guru / Master Reiki anda :

  • Laman Web atau Blognya perlu AKTIF dan selalu DIUPDATE - minima 1 @ 2 bulan update
  • Boleh belajar secara jarak jauh dan hadir diri - ada yang takut nak bersemuka
  • Yuran yang berpatutan - tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal
  • Ada manual di berikan sebagai panduan 
  • Master mempunyai facebook dan tengok profailnya - dah kenal baru boleh percaya
  • Pembelajaran berterusan - ada jaminan belajar secara berterusan selepas habis kursus
  • Tengok cara Master Reiki melayan anda melalui mesej di telefon atau facebook - buat perbandingan
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan sebagai panduan kepada semua agar tidak mudah tertipu. Belajar Reiki amat-amat mudah semudah belajar ABC tetapi yang sukar adalah mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Hari ini anda boleh jadi MASTER REIKI tetapi tiada jaminan 10 tahun lagi anda tetapi ingat ilmu REIKI itu sendiri. Ilmu tanpa amalan umpama orang bodoh dan jahil.

Kepada Encik A diharap jadikan panduan dan teruskan mempelajari Reiki. Saya sedia membantu jika ada masalah. Insya-Allah..

Sekian,

Yakin, Usaha, Pasrah..






Isnin, 6 Januari 2014

REIKI MEMBAIKI AURA ANDA


Sepanjang perjalanan ini kita melalui perlbagai rintangan hidup. Perkara negatif mengelilingi kita seharian tanpa henti. Terlalu runsing dan tertekan dengan kehidupan ini menyebabkan anda sering memikirkannya sehingga menejaskan aktiviti harian anda. Kerja akan terbengkalai dan lebih buruk anda akan diberhentikan kerja gara-gara anda tidak mampu menghadapi situasi negatif tadi.

Kita tidak dapat lari dari menghadapi semua perkara negatif. Yang penting anda hadap sahaja semua itu sebab itu sudah takdir dari Yang Maha Kuasa. Ia bukan teruk sangat jika anda pandang semua itu dari pandangan positif. Semua yang berlaku sama ada negatif atau positif pasti ada HIKMAHnya. Tuhan tidak akan memberi satu-satu ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hamba-hambaNYA.

Segala perkara negatif ini sebenarnya akan mengganggu getaran aura anda. Tapi apa itu aura??

Aura adalah medan tenaga elektromagnetik yang berputar mengelilingi badan kita. Aura memiliki getaran gelombang tenaga didalamnya. Bagi menusia, getaran gelombang tenaga ini berkait rapat dengan Tahap Tenaga pada seseorang itu seperti; Minda, Emosi, Fizikal.

Ini menunjukan bahawa aura boleh menjadi ‘kayu ukur’ bagi menguji tahap tenaga seseorang sama ada tenaga anda berada pada tahap optimum atau tidak. Aura boleh menebal atau menipis serta boleh berubah warnanya bergantung kepada tahap tenaga anda ketika itu. Dengan teknologi modan kini tahap tenaga ini dapat diukur dengan sejenis alat iaitu Aura Bio Sensor (ABS).

Ketika anda sering dikelilingi oleh perkara-perkara negatif, tahap tenaga anda turut berubah mengikut apa yang mempengaruhi anda. Jika perkara negatif yang mempengaruhi anda maka lapisan aura anda turut berubah dan menipis. Tahap tenaga anda ketika ini menjunam mengikut pengaruh negatif ketika itu. Jika tahap tenaga anda negatif, ia akan turut  menpengaruhi  minda, emosi dan fizikial anda.

Lihat saja ketika anda tertekan (stress), anda mudah berasa marah, menyendiri dan mengalami krisis kendiri yang kronik dan mungkin ada sesetengahnya akan membunuh diri. Aura mereka seperti lampu kehabisan bateri. Akan malap dan lama kelamaan akan terpadam.
Jadi bagaimana mengatasinya????

Salah satu cara mudah dan ekonomi adalah dengan mempelajari KUNDALINI REIKI..

Dengan Kundalini Reiki, anda akan diajar cara mudah dan pantas untuk membaiki lapisan aura anda seterusnya meningkatkan tahap  tenaga anda ke aras yang optimum. Ia tidak melibatkan sebarang perkara-perkara SYIRIK mahupun KHURAFAT. Sebagai pengamal Reiki anda tidak terikat dengan mana-mana agama di dunia ini. Anda bebas mengamalkan apa jua agama anda. Kundalini Reiki Bukan Ritual Agama.

Mahar Kundalini Reiki yang saya letakkan terlalu rendah jika dibandingkan dengan ilmu yang bakal anda miliki. Anda bukan sahaja akan diajar mengenai aura tetapi juga:
 
  •  Meditasi khusus Kundalini Reiki
  •  Membuat rawatan diri sendiri dan orang lain
  •  Membuat rawatan jarak jauh – TANPA JIN @ SYAITAN
  •   Membuat pedinding rumah dan premis perniagaan
  •  Mempelajari 1001 cara mecapai apa jua hajat anda


Jangan mengharap orang lain untuk ‘ubat’kan anda tetapi berikhtiarlah dengan tangan anda sendiri. Banyak pusat-pusat rawatan alternatif tumbuh bak cendawan. Sekali rawatan akan dikenakan puluhan ringgit. Untuk rawatan susulan anda perlu tambah duit lagi malah mungkin mencecah ratusan ringgit atau ribuan ringgit.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut berkenaan Kundalini Reiki @ Terapi Aura..

Sekian...


Yakin, Usaha, Pasrah...





Ahad, 5 Januari 2014

Reiki Mengatur Hidup Kita?


Hidup umpama satu ‘jihad’. Kita hidup di atas muka bumi ini untuk berjuang mencari bekalan secukupnya bagi menghadapi ‘penghakiman’ di depan Maha Berkuasa. Antara kita berjaya mendapat ‘buku’ amalan dengan tangan kanan atau akan dicampak ke muka, itu semua atas ketentuan-Nya. Adakah amalan kita cukup sempurna? Adakah kita layak mendapat syurga Allah?

Hidup kita telah diatur oleh Allah sejak azali lagi dan ditulis segalanya di luhmahfuz. Berapa banyak rezeki, siapa jodoh kita, apa yang kita akan jadi dan bila akhir ajal kita ditulis secara lengkap oleh Allah. Tetapi adakah kita hanya berserah kepada surat nasib itu sahaja? 

Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum sehinggalah kaum itu yang mengubahnya sendiri. Ini barmakna, anda yang menentukan nasib anda di dunia ini. Allah hanya mengatur dan mampu mengubahnya bila-bila masa sahaja. Ini semua hanya ‘belas kasih’ daripada Allah. Yang penting adalah ‘usaha’ anda untuk mengatur hidup anda.

Dengan mempelajari Reiki, anda beroleh satu kelebihan iaitu energi (tenaga). Anda ‘manipulasi’ tenaga alam semesta dan  ‘menyusunnya’ untuk apa jua tujuan. Ia ibarat ‘berdoa’ kepada Allah memohon apa sahaja keperluan anda. Dengan teknik dan cara yang betul,  anda akan diajar cara mengalirkan tenaga Reiki dengan cara yang amat mudah. Tiada sebarang mentera kurafat atau ritual pelik di dalam Reiki. Hanya KEPASRAHAN kepada Allah diperlukan.

Belajar Reiki semudah belajar ABC. Anda akan diajar cara yang betul bagi mengatur hidup anda. Reiki bukan sekadar ‘PENYEMBUHAN AURA’ tetapi ia adalah “ILMU MENGATUR HIDUP’. Kita hanya memohon kepada Allah dan Dia-lah yang menjadikannya NYATA. Ingat kita adalah hamba dan selaku hamba kita kena memohon kepada-Nya.

Moga anda dan saya menjadi hamba-Nya yang diredhoi.. Insya-Allah..

Sekian dulu...


Yakin, Usaha, Pasrah...




Jumaat, 3 Januari 2014

AFIRMASI DI DALAM REIKI


Salam sejahtera untuk anda, moga beroleh ketenangan hendaknya..

Bahagia dan duka dalam kehidupan lumrah di dunia ini. Ada kala kita gembira, ada kala kita bersedih. Dunia hanya untuk kita mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat yang kekal abadi. Carilah bekalan itu semampunya. Lakukan apa sahaja kebaikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita tidak tahu sama ada amalan itu diterima atau tidak tetapi dengan belas ihsan daripada Allah, moga diterima seadanya. Setidak-tidaknya dengan berkat usaha untuk berubah itu, Allah akan berikan kunia yang besar iaitu 'syurga'. Tempat yang penuh dengan nikmat yang tidak mampu digambar dek mata.

Itu mukadimah untuk entri kali ini..

Hari ini saya ingin berkongsi tentang afirmasi di dalam aplikasi Reiki. Apa itu afirmasi?? Afirmasi adalah saranan untuk kita lakukan sesuatu bagi beroleh apa jua manfaat. Itu apa yang saya tahu. Afirmasi juga dikenali sebagai 'doa'. Apa yang kita inginkan maka kita lestarikan dengan kata-kata indah bagi menjadikan apa yang kita mahu menjadi realiti.

Terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi afirmasi iaitu:

  • Keyakinan kita
  • Susunan kata daripada afirmasi yang dibuat
  • Kepasrahan 
  • Ketenangan
Itu antara perkara yang mempengaruhi afirmasi, mungkin lebih banyak lagi. Dengan kata-kata mudah adalah berapa banyak keyakinan kita maka ia mempengaruhi berapa kuat afirmasi itu bagi ia mampu untuk wujud di alam nyata. Kita adalah seperti apa yang kita fikirkan. Makin tenang dan pasrah kita maka makin kuat afirmasi itu. 

Selain itu, kuat atau tidak satu-satu afirmasi berkaitan dengan susunan kata yang kita ucapkan daripada afirmasi itu. Yang terbaik kita perlu ucapkan afirmasi dengan lengkap. Contoh afirmasi yang tidak lengkap:

 "Ya Allah berikan aku murah rezeki..."

Afimasi ini terlalu umum dan tiada spesifikasi. Kita hanya minta murah rezeki. Mungkin rezeki di sini bermaksud 'mudahkan kita bergerak', 'mudahkan kita makan' dan sebagainya. Contoh afirmasi yang sesuai adalah:

"Ya Allah aku mohon Kau penuhkan poketku dengan duit RM3000 setiap bulan yang datangnya dari rezeki yang halal pada tahun ini..."

Afirmasi ini lebih spesifik. Ia terus menjurus kepada tujuan sebenar. 

Allah Maha Mendengar. Walaupun kita ucap tidak jelas, Allah tetap tahu apa yang kita hendak tapi Allah hendak kita 'meminta-minta' kepada-Nya. Allah suka jika kita minta. Mintalah apa sahaja dan Allah akan makbulkannya. Ia mengikut keperluan dan kesesuaian kita di masa tersebut.

Afirmasi juga memerlukan 'TENAGA'. Tenaga ini seperti minyak yang memberi sumber bahan api kepada kereta. Makin kuat tenaga, makin pantas afirmasi menjadi nyata dan termakbul. Tenaga ini wujud daripada minda bawah sedar kita. 

Bagi  orang awam, minda bawah sedar ada tetapi ia tidak aktif untuk dimanipulasi bagi mencapai satu-satu tujuan. Dengan mempelajari Reiki, secara automatik pengamal Reiki mampu mendapatkan TENAGA bagi menguatkan afirmasi yang dibuat. Jika digabungkan dengan 4 perkara di atas, maka afirmasi menjadi SUPER POWER untuk termakbul. Insya-ALLAH..

Walaubagaimanapun, Allah jualah tempat kita meminta dan Dialah yang akan memakbulkan apa saja pemintaan kita. Kita cuma hamba yang sentiasa meminta-minta. Moga kita tergolong pada hamba-NYA yang doanya sentiasa termakbul..Amin..

Sekian dulu, sebarang pertanyaan tentang Kursus Reiki boleh hubungi saya..

Yakin, Usaha, Pasrah...




Rabu, 1 Januari 2014

ILMU BAGI PEMULA


Salam sejahtera untuk semua moga pemulaan tahun 2014 ini dilimpahi rezeki yang berkat daripada Allah.  Ketenangan hati perlu dicari dan ia hanya akan hadir jika anda dekat dengan Maha Pencipta. Rezeki yang melimpah ruah tanpa ketenangan umpama pohon rendang yang berbuah lebat tetapi buahnya tidak bisa dimakan. Busuk dan berulat. Itulah perumpamaan jika seseorang  berharta tetapi selalu sahaja tertekan dengan seseorang yang biasa-biasa tetapi cukup segalanya. Hati tenang tiada tekanan.


Rasa tenang jika berharta,
Hidup tenang tiada ganti,
Berjalan dibumi yang melata,
Mencari ketenangan di sana nanti.


Cukup dulu mukadimah di awal tahun ini. Berbalik kepada tajuk entri kali ini iaitu “ilmu bagi pemula”. Pemula adalah seseorang yang baru di dalam satu-satu lapangan. Di dalam konteks ini, saya menjuruskan kepada seseorang yang baru untuk mengenal dunia berkaitan ilmu tenaga.

Sebagai pemula anda perlu terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan satu ilmu yang sangat penting iaitu “ilmu mengenal diri”.  Anda perlu kenal diri anda dan pencipta anda baru anda layak untuk mendalami ilmu berkaitan tenaga tapi mengapa?

Tenaga bersifat ghaib. Jadi anda perlu mengenal pencipta perkara ghaib iaitu ALLAH. Perkara-perkara ghaib jika tersalah tafsir membawa erti yang berlainan. Saya bukanlah pakar dalam hal-hal sebegini tetapi sekadar memperingatkan kepada anda dan diri saya sendiri. Anda perlu belajar dengan yang pakar untuk mengenal diri anda sendiri barulah anda akan kenal siapa Maha Pencipta.

Ilmu tenaga adalah sebahagian ilmu Allah. Ia umpama setitik air laut. Terlalu luas ilmu ini. Jika anda belajar satu bahagian daripadanya, pada bahagian lain ia masih lagi lompang. Mencari ilmu tiada had masa dan penamatnya. Jika ada seorang Master Ilmu Tenaga, anda juga perlu belajar dan terus belajar. Tiada nohtah dalam menuntut ilmu.

Ia bukan lah ilmu yang sukar. Jika ada kenal diri maka dengan sendirinya anda kenal siapa Maha Pencipta. Ilmu ini membawa anda kenal siapa makhluk dan siapa “kholiq”. Dengan itu, anda tidak akan sombong dengan ilmu yang dimiliki. Anda perlu serahkan segala kelebihan kepada Allah. Jika anda mampu mengubati seseorang, maka serahkan kelebihan itu kepada Allah. Allah Maha Penyembuh dan bukannya anda. Ini adalah sebahagian ilmu mengenal diri.

Kelebihan yang berlaku sekadar mengwujudkan keyakinan kita kepada Allah. Menguatkan iman dan menjauhi syirik. Reiki juga begitu. Ilmu Reiki membawa anda kenal siapa diri anda dan Allah. Kelebihan yang ada diserahkan kembali kepada Allah. Konsep “PASRAH” diamalkan didalam pengamalan Reiki. Di dalam Islam kita sebut “TAWAKAL”. Ada yang mengatakan ia berbeza tetapi ia membawa maksud akhir yang sama. Anda tiada apa-apa. Anda tiada daya dan upaya melainkan kepada Allah jua anda serahkan segalanya.

Moga anda dan saya beroleh rahmat dan berkat daripada-Nya.


Yakin, Usaha, Pasrah..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...