Isnin, 19 Mei 2014

DO IT YOURSELF


Salam untuk semua.. Moga anda dirahmati oleh Tuhan Yang Berkuasa. Pertamanya mari kita memohon moga Tuhan menenangkan diri kita dan mempermudahkan kita untuk mendalami ilmu-NYA.. Luar ilmu Tuhan tiada bertepi sehingga jika diberikan sebatang pena dan selaut dakwat sekalipun tidak akan mampu menulis segala keilmuan itu. Nyata ilmu Tuhan tiada bertepian (infiniti).

Dalam mempelajari ilmu RAWATAN dan sekaligus mengamalkannya untuk keperluan sehari, Kami di Ilham Sejati menekankan kaedah Do It YourSelf. Anda lakukan sendiri RAWATAN untuk diri dan keluarga anda.

Jangan harapkan orang lain untuk melakukan rawatan untuk diri anda. Anda bakal mendapat banyak manfaat dan kebaikan jika mempelajarinya, antaranya:
  • Menambah ilmu dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
  • Mendapat berkat kerana mempelajari Ilmu Tuhan.
  • Dapat menolong diri, keluarga dan masyarakat setempat.
  • Menjimatkan wang kerana setiap Rawatan memerlukan kos yang tinggi.
  • Anda boleh lakukan Rawatan bila-bila masa sahaja.
Do It YourSelf menekankan keyakinan dan kesungguhan anda dalam beramal dan mendalami ilmu Reiki. Anda mampu lakukan seperti apa para perawat mengubati penyakit tertentu. Dengan itu dapat mengelakkan anda dari tertipu dengan para perawat yang merawat kerana duit semata-mata.

Do It YourSelf..

Jika anda ingin mempelajari Teknik Rawatan Aura Reiki sila hubungi saya segera.. Insya-Allah ianya berbaloi..

Yakin, Usaha, Pasrah..


 

Jumaat, 16 Mei 2014

RAMAI GAGAL URUS TEKANAN HIDUP


Salam semua.. Moga sihat dan bertambah rezeki hendaknya..

Hidup kita dipenuhi dengan pelbagai masalah, konflik dan persoalan yang membebankan minda, melemahkan tenaga dan seterusnya mengundang penyakit-penyakit merbahaya. Kesihatan rohani dan jasmani amatlah penting berbanding duit berjuta-juta. Orang kaya yang berduit jika berpenyakit akan menghadkan dirinya daripada menikmati kekayaan yang dimiliki. Jika berpenyakit segalanya mesti berpantang. Tidak boleh makan sebarangan. 

Berapa umur anda sekarang?

22 tahun? 34 tahun? atau 68 tahun?

Berapa kali tubuh anda di-SERVIS????

Ye saya tidak bergurau.. Berapa banyak wang dan masa yang digunakan bagi kerja-kerja SERVIS diri anda????

Ada yang makan makanan tambahan dengan pelbagai khasiat dengan harga yang boleh tahan. Ada yang pergi buat rawatan dengan ribuan ringgit dihabiskan. Ada yang berdiet dan sangat-sangat menjaga pemakanan. Apa yang penting disini, anda berusaha untuk SIHAT. Tahniah!

Kita perlu amalkan kehidupan yang sihat. Makan makanan sihat. Bersenam dan mengamalkan amalan hidup sihat. Yang penting anda perlu TENANG.

Stress atau tekanan membuatkan badan anda berpenyakit. Percayalah anda akan cepat TUA. Senyum kurang, masam memanjang..

Saya mengamalkan Terapi Reiki dalam kehidupan. Tenaga diselaraskan dan diseimbangkan. Reiki terbukti dapat MENENANGKAN pengamalnya. Minda anda direhatkan dan keadaan ini gelombang minda anda berada pada tahap alpha. Minda berehat pada tahap ini....

Walau apa jua tahap tekanan anda, saya nasihatkan jangan terus-terusan begitu. Berhenti dari terus membiarkan diri anda pada tahan tekanan melampau. 

BERITA BAIK UNTUK ANDA!!

Kami di Ilham Sejati akan berkongsi dengan anda teknik dan kaedah TERAPI AURA REIKI dengan mahar yang sangat rendah. PALING RENDAH di MALAYSIA. Anda boleh selidik di tempat lain.

Bertindak untuk lebih SIHAT!!!!

Yakin, Usaha, Pasrah..




Rabu, 14 Mei 2014

SYIRIK KAH REIKI????


-Petikan Dari Otai Reiki (Master Hisham)-

Sahabat dan pembaca sekelian, ketahuilah bahawa jika kita berlindung kepada Allah SWT, maka apapun yang ada di bumi dan di langit ini serta seisinya tidak ada yang mampu beri mudharat kepada kita. Reiki, Prana, Kundalini dan sebagainya adalah suatu konsep keilmuan yang menggunakan transformasi dua energi, iaitu energi manusia dan energi alam semesta. Ia bersifat universal, walaupun pada awalnya diciptakan oleh non-muslim. Setiap keilmuan mempunyai 'namanya' tersendiri. Janganlah kita menduga-duga sesuatu yang tidak kita ketahui kebenaran sejatinya, kerana Yang Maha Mengetahui itu hanya Allah SWT.
Mengenai reiki yang dikatakan berasal dari jin, kepada para pengamal reiki cuba anda ingat semasa penyelarasan/attunement. Apakah terdapat bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami? Apakah ada menyeru nama-nama tertentu yang terasa sangat asing? Apakah menggunakan azimat? Apakah ada penyediaan pulut kuning, kemenyan, ayam panggang? Atau, apakah ada afirmasi seperti: "Hei mambang kuning, mambang biru air laut, dengan kuasamu bantulah aku mengubati penyakit orang ini". (Teringat cerita 'Pendekar Bujang Lapok' Jika YA, maka mungkin itu semua berasal dari jin. Namun jika tidak, belum tentu.
Setahu saya, dalam reiki kita dilatih untuk sentiasa tenang dan pasrah kepada Allah SWT. Inilah kunci kejayaan. Mengapa?
Pengamal ilmu reiki menyedari bahawa jika hanya dengan ilmu ini dan dirinya saja, tanpa kepasrahan, tidak akan berhasil. Sebab itu kadangkala ada pengamal reiki yang mudah berhasil dalam merawat dan ada yang tidak. Ilmu yang sama, tetapi pembawaan yang berbeza. Jika anda yakin bahawa energi reiki, diri anda yang menyembuhkan... anda syirik! Anda semua menempah ke neraka. (Mohon dilindungi Allah). Energi reiki yang mengalir dari diri-diri yang mendakwa, bahawa merekalah yang boleh menyembuhkan, maka energi mengalir bersama-sama keegoan dan nafsu serakah semata. Ini merosakkan 'sifat energi' reiki itu sendiri yang alami.
Jika sesuatu dipasrahkan kepada Allah, pasti selamat setiap diri, tidak akan ada sesuatu yang mengganggu apalagi makhluk yang bernama jin.
INGAT, ZIKIR SAJA, KALAU TANPA KEPASRAHAN, NIAT YANG BETUL DAN HANYA MENGHARAPKAN SESUATU, AKAN MENGUNDANG JIN (KHADAM).
Ada yang bertanya lagi: "Kalau 'pintu tenaga' (chakra
) dah terbuka, tak ke senang jin syaitan masuk"?
Saya menjawab: Kalau anda izinkannya masuk, maka ia akan masuk. Sama seperti nafas. Anda selalu bernafas, adakah setiap kali nafas yang masuk itu jin pun tumpang masuk sekali? Sudah tentu tidak MELAINKAN anda bernafas dengan teknik pernafasan tertentu yang disertai dengan amalan-amalan karut seperti mentera puja-memuja. Atau anda menarik nafas dengan niat menarik jin-jin tertentu untuk tujuan kebal, menurun, jadi hebat dsb.

Semua sedia maklum, Allah telah menundukkan kepada manusia langit dan bumi. Selain itu, manusia merupakan makhluk yang diciptakan secara sempurna. Tubuh manusia (jasmani) sangat unik, apalagi jika berbicara tentang minda, emosi dan roh, pasti semakin rumit lagi.
Jika reiki benar-benar dari jin, rasanya tidak perlu berdoa sebelum mengalirkan reiki apatah lagi membaca ayat-ayat Al-qur'an, kerana dapat dipastikan jin-jin atau syaitan akan lari dan terbakar atau berasa panas!

Jika anda mengharapkan ketenangan dengan mengamalkan reiki, maka anda TIDAK akan mendapatkannya, kerana ketenangan hanya terlahir dari kepasrahan kepada Allah (dzikrullah).
Teknik Reiki diciptakan oleh manusia, sebagai suatu ilmu pengetahuan (pengkajian tubuh dan alam semesta). Jadi usah menuduh dulu reiki itu dari jin. Dalam latihan reiki, jika disertakan doa, kepasrahan dan zikir kepada Allah, maka selamatlah kita.
Kerana ilmu reiki ini hanyalah sebagai ilmu pengetahuan seperti juga ilmu biologi, quantum fizik, akupuntur, kimia, reflexology dll. Seorang 'internet marketer' membicarakan tentang teknik SEO, viral marketing, backlink, forum, blog, clickbank dsb kepada seorang pakar Engineer... apa akan terjadi? Tak ke pening. Begitu juga sebaliknya. Antara yang terkeluar dari fikiran "Ye ke, betul ke? Macamana boleh macam tu?
Dan mengenai syirik. Saya hanya boleh katakan:
“Janganlah sesuka hati menuduh seseorang itu telah syirik. Sebab? Menuduh syirik itu bukan perkara mudah, walaupun pada praktiknya dapat mudah terlihat (seperti reiki, tenaga dalam, dll) namun tidak semudah itu. Syirik itu berada dalam hati. Dan ianya bukan terikat pada sesuatu amalan/perbuatan saja. Malah lebih luas. Hanya meneguk segelas air juga mungkin jadi syirik. Fikirkan!

Kalau segala perbuatan dikembalikan kepada yang HAQ, selamat dunia akhirat.
Fikirkan yang ini! Saat ilmu hipnosis pertama kalinya muncul, sesetengah pihak 'menghukum' hipnosis itu dari syaitan, sihir dan syirik. Sekarang, ilmu ini telah diguna pakai oleh dunia kedoktoran dan ilmu psikologis, dan telah dinyatakan sangat ilmiah dan rasional.
Mudah-mudahan dapat dijadikan sebagai bahan renungan : "Bahawa janganlah mengatakan sesuatu yang belum diketahui pasti akan kebenarannya".
Hanya yang 'ahli' memahaminya.
Wassalam.

Yakin, Usaha, Pasrah..



Selasa, 13 Mei 2014

ATTUNEMENT UNTUK ORANG KUANTAN

Salam untuk semua.. Baru-baru ini saya telah melakukan penyelarasan @ attunement secara berhadapan. Berikut adalah foto yang sempat diambil:

-Proses attunement sedang dilakukan-

-Sesi ramah mesra-

-"Abang" yang peramah-

Beliau bernama Ahmad Asa'ri berumur 49 tahun berasal dari Sungai Besar tetapi menetap di Kuantan. Terima kasih kepada beliau kerana sudi datang dari jauh untuk mempelajari Reiki. 

Kepada yang berminat untuk mepelajari Reiki, anda diseru untuk mempelajarinya bersama kami di Ilham Sejati. Walau apa jua tujuan dan sebab anda belajar, kami di Ilham Sejati akan memberi tunjuk ajar semampunya. Insya-Allah..

Yakin, Usaha, Pasrah..







TERAPI AURA REIKI DI SABAH

-Terapi Aura Reiki sedang dijalankan-


Pada minggu lalu saya telah melawat keluarga mertua di Ranau, Sabah. Ketika itu ada satu keluarga meminta saya untuk melakukan rawatan aura kepada orang tua mereka. Dalam masa yang sama, saya telah melakukan attunement kepada salah seorang ahli keluarga mereka. Ini merupakan keperluan keluarga itu jika ingin melakukan terapi aura dihari kemudian.

Pesakit mengalami masalah kemurungan dan gangguan pada cakra mahkota serta beberapa cakra utama yang lain. Umur dalam lingkungan 65 tahun. Seorang beragama Kristian. Beliau sukar menerima rawatan dari doktor, mungkin sebab sudah putus asa. Namun begitu setelah dipujuk, beliau mula menunjukan minat bagi menjalankan rawatan aura Reiki bersama saya. 

Setelah beberapa hari melakukan terapi aura Reiki, pesakit mula menunjukan tanda-tanda positif. Pesakit mula suka berbual dengan orang ramai dan bertambah selera makan. Terapi aura Reiki perlu dilakukan selalu setiap hari bagi memaksimumkan kesannya. Rawatan mungkin mengambil masa beberapa bulan atau tahun bagi melihat keberhasilannya. Ia umpama mengambil "supplement" atau makanan tambahan bagi tubuh. Bukan boleh sehari dua lakukan rawatan walhal penyakit sudah beberapa tahun dihadapi.

Insya-Allah, walau apa jua penyakit boleh "diubati" dengan Terapi Aura Reiki. Kesembuhan datangnya daripada Maha Pencipta. Kita sekadar berusaha. Terapi Aura Reiki boleh digunakan oleh mana-mana agama. Tiada pantang larang. 

Hubungi kami di Ilham Sejati jika anda ingin mempelajari Tetapi Aura Reiki dan menggunakannya untuk kesembuhan seharian anda dan keluarga. 

Yakin, Usaha, Pasrah..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...