Jumaat, 28 November 2014

6 PERKARA MENUNTUT ILMU DARI IMAM AS-SYAFIE'

Assalamualaimum,


Moga anda berasa tenang dan gembira bersama keluarga tersayang..

Pagi tadi menonton ceramah melalui saluran TV9. Penceramah berkongsi 6 perkara yang perlu oleh kita ketika menuntut ilmu yang dipetik daripada nasihat Imam As-Syafie'. 

6 perkara tersebut adalah:
  • Kebijaksanaan
  • Keinginan membara
  • Merantau
  • Tunjuk ajar guru
  • Harta
  • Sepanjang masa (istiqomah)
KEBIJAKSANAAN
Seorang yang menuntut ilmu perlukan kebijaksanaan semasa menuntut ilmu. Kesediaan minda perlu ada bagi menuntut ilmu. Dengan kebijaksaan maka ilmu yang dipelajari mudah diserap oleh minda dan diaplikasikan dalam kehidupan. Namun begitu kepada yang "kurang" bijak, masa inilah untuk meningkatkan kebijaksaan. Belajar jangan berhenti.

KEINGINAN MEMBARA
Menuntut ilmu perlukan keinginan yang membara. Dugaan pasti akan dihadapi ketika belajar. Hanya keinginan yang membara dapat mengekalkan momentum diri agar terus belajar hingga berjaya mencapai impian.

MERANTAU
Kadang kala menuntut ilmu memerlukan kita untuk merantau atau bermusafir. Ini adalah lumrah biasa  bagi menuntut ilmu. Dengan kemajuan teknologi sekarang, belajar dimudahkan dengan hanya duduk dirumah dan mengadap komputer masih boleh belajar. Namun begitu, dengan merantau kita akan beroleh pahala yang besar umpama berjihad di jalan Allah. Setiap langkah pasti menghapus dosa dan mengangkat darjat kita.

TUNJUK AJAR GURU
Sudah semestinya menuntut ilmu perlukan seorang guru. Guru dapat membimbing kita ke jalan yang benar dan bukan hanya mengharapkan buku semata-mata. Buku sebagai rujukan sahaja tetapi guru adalah "pelerai" kesusutan ilmu yang sukar difahami.

HARTA
Untuk menuntut ilmu, kita perlukan wang. Segala proses yang berlaku menuntut biaya yang besar. Wang tidak dapat mengantikan ilmu yang dipelajari tetapi ia menunjukan kesungguhan kita dalam menuntut ilmu. Tiada yang percuma di dunia ini.

SEPANJANG MASA
Semestinya menuntut ilmu perlukan kita sepanjang masa terus-terusan mengamalkan ilmu itu. Dengan kata lain kita perlu istiqomah atau konsisten dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya. 

Moga mendapat sedikit informasi dan jadikan ia sebagai panduan.

Sekian..

Yakin, Usaha, Pasrah..



 

Rabu, 26 November 2014

PENYELERASAN TERAPI AURA REIKI

Assalamualaikum..

Saya telah melakukan attunement atau penyelerasan Terapi Aura Reiki level master kepada :

Nama : Ku Badli B. Hj. Ku Baharum
Alamat : Negeri Sembilan

-Proses Attunement sedang dilakukan secara santai-

-Bergambar kenang kenangan-


Yakin, Usaha, Pasrah..




Isnin, 24 November 2014

EVERYONE CAN LEARN REIKI

Assalamualaikum,

Moga anda berada di dalam keadaan sihat-sihat sahaja. (Tajuk bahasa Inggeris tetapi isi melayu hehehe..)

Saya suka REIKI

Saya akan terus mengamalkan REIKI selagi hayat dikandung badan. 

Mengapa?? Ini kerana:

  • Ilmu yang mudah diamalkan
  • Boleh dikuasai dalam masa 2 atau 3 jam sahaja
  • Tidak perlu memahami teori rumit untuk menguasainya
  • Reiki adalah ilmu tenaga
  • Tidak bertentangan dengan ISLAM
  • Tenaga Reiki kekal selamanya dan infiniti
  • Ilmu Reiki kekal selamanya di"tubuh" anda
  • Reiki adalah TERAPI AURA
Reiki adalah ilmu tenaga yang mudah dipelajari dan diamalkan sampai bila-bila malah Reiki adalah ilmu multifungsi iaitu ilmu yang boleh diamalkan dengan pelbagai manfaat yang akan diperolehi bergantung kepada niat pengamalnya.

Saya sendiri mengamalkan Reiki untuk kesihatan dan kekayaan. Syukur pada Tuhan, Reiki sedikit sebanyak membantu kehidupan harian saya. 

Siapa sahaja boleh mempelajari REIKI malah budak berumur 8 tahun boleh mempelajarinya. Tiada sempadan kaum dan agama. 

EVERYONE CAN LEARN REIKI

Yakin, Usaha, Pasrah..



Jumaat, 7 November 2014

ADAKAH REIKI BERKHODAM DAN GUNA JIN??

Salam untuk semua..



Lama rasanya tidak menjenguk blog ini. Saya agak sibuk dengan kerja hakiki dan bisnes "kecil-kecilan" saya dan kadang-kadang "line" internet buat hal. Ini lumrah biasa dalam kehidupan. Yang penting sabar dan tidak mudah melenting. Insya-Allah segala yang dibuat pasti berjaya.

Baru-baru ini saya ada mendapat mesej dari seseorang bertanyakan tentang Reiki iaitu :

"Salam tuan, nak tahu reiki ada guna khodam ke??"

Kepada pembaca sekalian, saya menekankan disini bahawasanya REIKI atau apa jua ilmu di bawah Ilham Sejati adalah ilmu yang tiada langsung mengunakan khodam, jin, syaitan, ifrit dan seumpama denganya. 

Kundalini Reiki yang saya amalkan dan ajarkan adalah tenaga alam semesta cipta Tuhan Yang Maha Besar. Tenaga ini wujud sekian lamanya dan tidak akan musnah hingga ke hari kiamat. 

Antara tenaga alam semesta yang mudah adalah tenaga matahari dan angin. Apabila kita mengeluarkan kata-kata positif maka di situ juga terhasilnya tenaga. Zikir-zikir dan alunan al-quran juga adalah tenaga. 

Seperti yang diketahui, tenaga tidak dapat dimusnahkan tetapi dapat dipindah-pindahkan. Berpandukan aplikasi mudah ini, ilmu tenaga wujud dengan cara interaksi pengamal melalui "niat" mengikut apa jua tujuan dan maksud ilmu itu diamalkan.

Reiki juga begitu. Ia hanya mengaplikasikan prinsip tenaga ini. Memindahkan tenaga alam semesta melalui perantara pengamal itu sendiri dengan mengalirkan tenaga mengikut "niat" yang dibuat. 

Tiada sebarang bantuan pihak ketiga seperti khodam dan apa jua kuasa lain selain dari ALLAH.

Pengamal juga perlu "pasrah" ketika mengalirkan tenaga Reiki. Serahkan bulat-bulat kepada empunya tenaga selepas proses pengaliran tenaga dilakukan. 

Jadi disini ditekankan sekali lagi Reiki tiada sebarang penggunaan khodam atau seangkatan dengannya. 

Anda juga bolek lihat entri-entri saya sebelum ini klik disini dan boleh juga klik di sini

Sekian dulu dari saya..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...