Jumaat, 28 November 2014

6 PERKARA MENUNTUT ILMU DARI IMAM AS-SYAFIE'

Assalamualaimum,


Moga anda berasa tenang dan gembira bersama keluarga tersayang..

Pagi tadi menonton ceramah melalui saluran TV9. Penceramah berkongsi 6 perkara yang perlu oleh kita ketika menuntut ilmu yang dipetik daripada nasihat Imam As-Syafie'. 

6 perkara tersebut adalah:
  • Kebijaksanaan
  • Keinginan membara
  • Merantau
  • Tunjuk ajar guru
  • Harta
  • Sepanjang masa (istiqomah)
KEBIJAKSANAAN
Seorang yang menuntut ilmu perlukan kebijaksanaan semasa menuntut ilmu. Kesediaan minda perlu ada bagi menuntut ilmu. Dengan kebijaksaan maka ilmu yang dipelajari mudah diserap oleh minda dan diaplikasikan dalam kehidupan. Namun begitu kepada yang "kurang" bijak, masa inilah untuk meningkatkan kebijaksaan. Belajar jangan berhenti.

KEINGINAN MEMBARA
Menuntut ilmu perlukan keinginan yang membara. Dugaan pasti akan dihadapi ketika belajar. Hanya keinginan yang membara dapat mengekalkan momentum diri agar terus belajar hingga berjaya mencapai impian.

MERANTAU
Kadang kala menuntut ilmu memerlukan kita untuk merantau atau bermusafir. Ini adalah lumrah biasa  bagi menuntut ilmu. Dengan kemajuan teknologi sekarang, belajar dimudahkan dengan hanya duduk dirumah dan mengadap komputer masih boleh belajar. Namun begitu, dengan merantau kita akan beroleh pahala yang besar umpama berjihad di jalan Allah. Setiap langkah pasti menghapus dosa dan mengangkat darjat kita.

TUNJUK AJAR GURU
Sudah semestinya menuntut ilmu perlukan seorang guru. Guru dapat membimbing kita ke jalan yang benar dan bukan hanya mengharapkan buku semata-mata. Buku sebagai rujukan sahaja tetapi guru adalah "pelerai" kesusutan ilmu yang sukar difahami.

HARTA
Untuk menuntut ilmu, kita perlukan wang. Segala proses yang berlaku menuntut biaya yang besar. Wang tidak dapat mengantikan ilmu yang dipelajari tetapi ia menunjukan kesungguhan kita dalam menuntut ilmu. Tiada yang percuma di dunia ini.

SEPANJANG MASA
Semestinya menuntut ilmu perlukan kita sepanjang masa terus-terusan mengamalkan ilmu itu. Dengan kata lain kita perlu istiqomah atau konsisten dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya. 

Moga mendapat sedikit informasi dan jadikan ia sebagai panduan.

Sekian..

Yakin, Usaha, Pasrah..



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...