Jumaat, 7 November 2014

ADAKAH REIKI BERKHODAM DAN GUNA JIN??

Salam untuk semua..



Lama rasanya tidak menjenguk blog ini. Saya agak sibuk dengan kerja hakiki dan bisnes "kecil-kecilan" saya dan kadang-kadang "line" internet buat hal. Ini lumrah biasa dalam kehidupan. Yang penting sabar dan tidak mudah melenting. Insya-Allah segala yang dibuat pasti berjaya.

Baru-baru ini saya ada mendapat mesej dari seseorang bertanyakan tentang Reiki iaitu :

"Salam tuan, nak tahu reiki ada guna khodam ke??"

Kepada pembaca sekalian, saya menekankan disini bahawasanya REIKI atau apa jua ilmu di bawah Ilham Sejati adalah ilmu yang tiada langsung mengunakan khodam, jin, syaitan, ifrit dan seumpama denganya. 

Kundalini Reiki yang saya amalkan dan ajarkan adalah tenaga alam semesta cipta Tuhan Yang Maha Besar. Tenaga ini wujud sekian lamanya dan tidak akan musnah hingga ke hari kiamat. 

Antara tenaga alam semesta yang mudah adalah tenaga matahari dan angin. Apabila kita mengeluarkan kata-kata positif maka di situ juga terhasilnya tenaga. Zikir-zikir dan alunan al-quran juga adalah tenaga. 

Seperti yang diketahui, tenaga tidak dapat dimusnahkan tetapi dapat dipindah-pindahkan. Berpandukan aplikasi mudah ini, ilmu tenaga wujud dengan cara interaksi pengamal melalui "niat" mengikut apa jua tujuan dan maksud ilmu itu diamalkan.

Reiki juga begitu. Ia hanya mengaplikasikan prinsip tenaga ini. Memindahkan tenaga alam semesta melalui perantara pengamal itu sendiri dengan mengalirkan tenaga mengikut "niat" yang dibuat. 

Tiada sebarang bantuan pihak ketiga seperti khodam dan apa jua kuasa lain selain dari ALLAH.

Pengamal juga perlu "pasrah" ketika mengalirkan tenaga Reiki. Serahkan bulat-bulat kepada empunya tenaga selepas proses pengaliran tenaga dilakukan. 

Jadi disini ditekankan sekali lagi Reiki tiada sebarang penggunaan khodam atau seangkatan dengannya. 

Anda juga bolek lihat entri-entri saya sebelum ini klik disini dan boleh juga klik di sini

Sekian dulu dari saya..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...