Rabu, 12 Disember 2012

mahar mahal vs mahar murah






Mahar atau disebut yuran perlu dilunaskan untuk memiliki sesuatu kelebihan/ilmu/perkhidmatan/produk. Ini termasuklah jika anda ingin belajar sesuatu keilmuan sehinggakan ada keilmuan yang berbeza-beza nilainya tetapi ilmunya tetap sama. itu bukan masalahnya kerana bergantung pada anda.

Saya pernah belajar satu keilmuan bernilai ratusan ringgit tetapi hanya dibekalkan kertas fotostat dan ikhlas saya cakap yang saya tidak puas hati.

Jadi persoalannya patutkah guru tersebut meletakkan mahar demikian tetapi beliau membesar-besarkan mulut menyatakan ilmunya berkualiti?

Mana kualiti ilmu itu jika ikhlas dalam mengajar tiada..??
Mana kualiti ilmu itu jika indah khabar dari rupa..??
Mana kualiti ilmu itu jika pengajarnya lembut gigi dari lidah..??
Mana kualiti ilmu itu jika maharnya serupa jual ilmu..??
Mana..?? Mana..?? Mana..??

Tadi saya baru terbaca satu blog berkaitan mahar reiki . penulis menyatakan mahar yang murah tiada kualiti.beliau menegakkan bahawa mahar yang mahal berkualiti dan bertaraf tinggi.

Betul ke?

Bagi saya itu mungkin pendapat peribadi beliau secara umum. bagi saya yang baru belajar ini, soal mahar murah atau mahal terpulang kepada Master yang mengadakan kursus Reiki itu. mungkin Master tersebut terpaksa menyediakan prasarana yang gah-gah untuk kursusnya seperti dewan berhawa 
dingin, nota kursus berwarna, sewa peralatan, bayaran tenaga pengajar, makan minum, tempat penginapan dan lain-lain lagi.

Jadi tidak salah untuk Master tersebut untuk mengenakan mahar yang mahal bagi kursusnya.

Ini juga bergantung kepada pelajar itu sendiri, sama ada setuju dengan bayaran tersebut atau pun tidak. jika pelajar mampu, maka boleh lah 
mencari guru yang mengenakan bayaran yang mahal. "Up to you.."


Jadi jangan lah prejudis kepada Master-master yang mengenakan Kursus Reiki dengan mahar yang murah. terpulang pada merekalah!!

Bakal-bakal pelajar diluar sana boleh menilai mana yang terbaik. buat pilihan sendiri. ikhlaskan hati, jangan prasangka buruk.

Saya mengenakan mahar yang rendah bertujuan untuk:


  • Berkongsi ilmu yang ada
  • Berkenalan dengan ramai orang
  • Mendalami lagi ilmu Reiki
  • Memberi anda peluang untuk belajar Reiki tanpa membebankan anda


Jika anda belajar dengan saya saya akan beri:


  • Manual Kundalini Reiki (softcopy)
  • Ringkasan manual Kundalini Reiki (hardcopy)
  • Bonus keilmuan lain seperti:
  • Ilmu Tenaga Dalam Tendai peringkat Dasar bernilai Rm165 secara PERCUMA
  • Ilmu Amalan Selawat Murah Rezeki secara PERCUMA
  • Ilmu Penumbuk Sepemikul secara PERCUMA
  • Dan lain-lain keilmuan lagi mengikut kesesuaian anda
  • Anda juga akan dibimbing sampai anda mahir melalui telefon atau online
  • Saya akan adakan kelas bimbingan PERCUMA dari masa ke semasa mengikut kelapangan


Berapa yang perlu anda bayar untuk semua di atas?


Kundalini Reiki level 1 : RM50

Kundalini Reiki level 2 : RM100

Kundalini Reiki level 3 (MASTER) : RM200

(Kena ambil bertahap2 tidak boleh langkau. Ikut kemampuan kewangan anda)

Atau

Promosi

(PAKEJ 1)

Kundalini Reiki level 1 : FREE

Kundalini Reiki level 2 : RM80

Kundalini Reiki level 3 (MASTER) : RM200

Atau

(PAKEJ 2)

Kundalini Reiki level 1,2,3 (MASTER) : RM250

**TAWARAN DI ATAS TELAH DITUTUP, SILA LIHAT PAKEJ ILMU YANG BARU**


Moga dengan Kursus Reiki ini dapat memberi anda peluang bagi memperbaiki kehidupan anda dengan sentiasa mengamalkan Ilmu Reiki di dalam kehidupan.

Ilmu tanpa amal ibarat pohon rendang tiada buah. Jadi belajar lah dan amalkan lah secara istiqomah

Sekian,

Pasrah dan tawakal....




Selasa, 11 Disember 2012

REIKI UNTUK KESELAMATAN HARTA BENDA





Dikala ini sering kedengaran berita-berita di dada akhbar tempatan mahupun antarabangsa kejadian-kejadian pecah rumah, kerosakan harta benda, kemalangan jalan raya, gangguan hantu di lokasi panas dan berbagai-bagai lagi kes-kes yang menakutkan untuk didengari.
Kes-kes ini ada melibatkan ketidak seimbangan energi di sesuatu kawasan itu. Bagaiman pula ini berkait?
Sebagai contoh jika sesuatu kawasan sering berlaku kemalangan.  Ini berlaku kerana tenaga negatif  yang wujud sebelum ini akibat daripada kemalangan sebelumnya atau tanggapan negatif masyarakat setempat mengenai tempat tersebut  menarik tenaga-tenaga negatif sekelilingnya. Jadi, kemalangan akan sering berlaku di tempat tersebut sehingga tenaga-tenaga negatif itu dikawal atau dineultralkan.
Jika disebut tentang tenaga-tenaga negatif ia adalah suatu tenaga yang wujud daripada unsur-unsur negatif seperti :
  • ·         tangapan negatif masyarakat.
  • ·         sifat-sifat negatif manusia seperti takut, kecewa, ego dan lain-lain lagi.
  • ·         Maksiat yang berlaku dikawasan tersebut.
  • ·         Kejadian kemalangan atau peristiwa yang menyebabkan trauma.

Unsur-unsur negatif ini menghasilkan tenaga  di medan tenaga di dimensi ke-tiga. Cuba bayangkan jika unsur-unsur negatif ini semakin banyak dari sehari kesehari. Lama kelamaan tenaga negatif ini akan menarik tenaga-tenaga yang sama dengannya kepadanya (sifat tenaga). Tidak hairanlah jika kejadian yang buruk sering berlaku beberapa kali di sesuatu tempat.
Bagi meneultralkan tenaga-tenaga negatif ini, Kundalini Reiki berperanan menstabilkan tenaga ini seterusnya meneultralkannya. Proses ini hanya melibatkan aliran tenaga dengan niat tanpa apa-apa ritual pelik-pelik dan yang pasti tidak melibatkan pengaruh jin dan iblis.
Jika anda ingin tahu, harga untuk proses ini melibatkan KOS YANG TINGGI tetapi dengan Kundalini Reiki anda mampu untuk melakukannya sendiri.

Untuk menggunakan Kundalini Reiki :


  • ·         Cukup sekadar niat
  • ·         Tanpa olah nafas yang rumit
  • ·         Tanpa simbol-simbol yang meragukan
  • ·         Tiada ritual asap kemenyan
  • ·         Tiada pengaruh jin syaitan
  • ·         Tidak melibatkan kepercayaan mana-mana agama
  • ·         Bersifat alami (tenaga alam semesta kurniaan Tuhan)
  • ·         Tidak menganggu proses kematian
  • ·         Bersifat hak dan kekal selamanya
  • ·         Boleh diajar kepada orang lain (Level Master sahaja)
  • ·         Multifungsi (kegunaan yang pelbagai)
  • ·         Melengkapkan keilmuan anda yang lain
  • ·         Mendekatkan diri pada Pencipta
  • ·         Meningkatkan sifat pasrah dan tawakal manusia
  • ·         Boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja
  • ·         Boleh digunakan untuk haiwan dan tumbuhan
  • ·         Tenaga boleh dialirkan kepada ibu mengandung
  • ·         Boleh belajar dengan hadir diri atau jarak jauh
  • ·         Mudah sangat-sangat
  • ·         Sesuai bagi yang sibuk 24 jam
  • ·         Tiada kesan sampingan


Dengan mahar/yuran yang TERSANGAT MURAH dan PALING MURAH daripada kursus-kursus di luar sana. Anda akan diajar secara santai sehingga anda berhasil mengaplikasikan apa yang diajar. Boleh belajar dengan HADIR DIRI atau JARAK JAUH. Hasilnya sama sahaja. Malah anda akan mendapat bonus keilmuan tertentu yang sesuai untuk anda.
Saya sekadar ingin menyebarkan keilmuan ini agar semua berpeluang untuk belajar dengan mahar yang tidak membebankan dan dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat di luar sana bagi berkongsi pengalaman.

Sekian,

Moga anda diberkati Tuhan

Pasrah dan Tawakal   

Jumaat, 7 Disember 2012

APAKAH ITU REIKI????








Reiki merupakan satu teknik penyembuhan tanpa melibatkan  jampi serapah, dan tidak menyeru pertolongan jin atau entiti dalam proses rawatan. Reiki bukannya “ILMU MISTIK”. Ia melibatkan penyaluran tenaga alam melalui diri pengamal terus ke pesakit dengan sentuhan atau tanpa sentuhan dengan hanya niat sahaja. Kita perlu tahu yang tenaga boleh dipindah-pindahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan. Jadi konsep Reiki sekadar memindahkan tenaga alam ciptaan Tuhan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan.

Kesimpulannya, Reiki adalah satu proses penyaluran energi dari alam semesta melalui pengamal Reiki kepada pesakit yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan diri sendiri dengan menyeimbangkan kembali energi pesakit tersebut.

Salah satu tradisi Reiki yang diamalkan di dunia ini adalah “KUNDALINI REIKI”. Ia merupakan teknik Reiki yang paling mudah dipelajari tanpa melalui proses pembelajaran yang panjang, tanpa penggunaan teknik simbol dan posisi tangan seperti yang terdapat dalam Tradisi Reiki Usui. Founder kepada teknik ini bernama - Ole Gabrielsen yang berasal daripada Denmark.

 




Jadi Reiki bukanlah suatu yang “MISTIK” seperti sesetengah orang perkatakan. Reiki adalah anugerah Tuhan kepada kita agar kita berfikir dengan ciptaan-Nya. Reiki menceritakan tentang sains tenaga yang telah diperkatakan dalam Al-Quran sekian lamanya.

“Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.” (An-Naml 27:88)

Mengapa Tuhan nyatakan gunung-ganang bergerak? Yang bergerak adalah atom-atom pada gunung itu. Gunung adalah bahan pepejal dan setiap atom yang membentuknya akan berlanggar di antara satu dengan lain. Pergerakkan ini melibatkan tenaga yang besar ciptaan Yang Maha Agung. Cuba bayangkan tenaga yang ada pada alam semesta ini. Banyak bukan?? Jadi tenaga inilah yang digunakan dalam tradisi Reiki. Jadi di mana salahnya??

Tuhan mencipta akal untuk berfikir, mata untuk memerhati, jadi anda boleh tentukan mana yang benar dan mana yang salah..

Sekian,

Sekadar berkongsi maklumat moga bertambah pencerahannya..

Khamis, 6 Disember 2012

Stress Punca Penyakit





Stress atau tekanan memberikan impak negatif kepada anda. Apabila anda berhadapan dengan tekanan, jantung anda akan berdenyut dengan cepat daripada biasa.
” Apabila Stress kelenjar adrenal merembeskan hormon adrenalin dan kortisol, ia meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah serta kandungan gula ”   (Datuk Dr Ahmad Shukri Md Salleh, Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya)
Daripada teori diatas dapat kita lihat bahawa tekanan akan menganggu system tubuh seseorang daripada berfungsi secara normal. Kalau keadaan ini berterusan untuk tempoh masa yang panjang maka, penyakit-penyakit berkaitan kardiovaskular akan terjadi dan lebih ketara jika ia melibatkan emosi dan fikiran seseorang.

Dr. Hans Selye iaitu pengasas teori stress atau tekanan perasaan telah memdefinasikan “stress adalah  suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya”

Jangan hairan jika anda akan mengalami penyakit jantung, tekanan darah tinggi, stroke, diabetis, malah mungkin akan terjadi gangguan fikiran. Anda sukar untuk tidur, badan menjadi lemah dan seterusnya anda tidak dapat menjalani kehidupan seperti manusia normal yang lain.

Stress atau tekanan boleh diatasi jika anda bijak untuk menangani masalah yang dihadapi. Anda tidak mudah gelabah atau “panic”. Anda perlu tenang dan menghadapi semua cabaran itu sebagai ujian di dalam hidup

“Sesiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji dengan sesuatu musibah/kesusahan”  (Riwayat Al-Bukhari)

Kesusahan, kesulitan, cabaran dan dugaan di dalam hidup kita adalah lumrah untuk mengajar kita nikmat di kemudiaan hari. Namun begitu ramai yang hanyut di dalam permasalahan ini sehingga hidup menjadi terseksa dan dihimpit kesusahan berpanjangan.

Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman : “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada mereka.”  ( Surah Al-Ra’d 13:11)

Tuhan memberi kita peluang untuk menentukan hidup kita. Jika kita tidak berubah maka tuhan tidak akan mengubahnya. Terpulang pada kita sama ada terus dihimpit masalah atau keluar dari belenggu itu dan menjadi orang yang “YAKIN”.
Dengan belajar Reiki, anda akan diajar cara untuk mengawal perasaan anda supaya sentiasa tenang dan sabar menghadapi dugaan dan tekanan di dalam hidup. Anda perlu memberi peluang untuk diri anda berubah menjadi “ORANG BARU” yang akan terus mara untuk “BERJAYA”.
Sila hubungi saya jika akan berminat untuk mempelajari KUNDALINI REIKI.
Ketenangan dan kejayaan bersama anda….
No.Tel : 013-9053982







Rabu, 5 Disember 2012

REIKI MENGATASI TEKANAN



Kata lawan bagi tekanan adalah ketenangan. Seringkali kita dihimpit tekanan-tekanan yang memberi kesan dalam kehidupan kita. Tekanan ini menyebabkan wujudnya tenaga negatif disekeliling kita. Setiap kali adanya tekanan, tenaga negatif akan memperkukuhkan kewujudanya. Lama-kelamaan diri kita diselubungi tenaga-tenaga yang negatif. Sifat tenaga iaitu akan menarik tenaga yang sama kepadanya. Jadi kita akan menarik tenaga negatif  di persekitaran kita.
Reiki jika diamalkan dapat memberi ketenangan kepada pengamalnya. Jadi ketenangan yang bertenaga positif akan menolak tenaga-tenaga negatif jauh dari diri kita. Kita dengan sendirinya menarik tenaga positif sedikit demi sedikit.
Bagaimana untuk mencari ketenangan jika hati dan minda kita selalu bercelaru dan berfikiran negatif??
Reiki merupakan alternatif untuk kita memberi ruang pada hati dan minda kita bagi mencapai “KETENANGAN”. Tenaga Reiki dapat mendamaikan diri kita bagi menghadapi persekitaran yang penuh dengan tekanan. Minda yang penuh dengan tenaga-tenaga positif dapat berfikir dan mengeluarkan input-input yang bernas.
Anda yang menentukan diri anda berada dimana. Sama ada anda negatif atau positif. Anda boleh berubah untuk menjadi “HEBAT”.

“Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.”

Bukan mudah nak jadi senang, tapi bukan payah nak jadi susah. Anda perlu mulakan langkah pertama untuk berubah.
Dengan mengeluarkan modal sedikit,  anda akan saya ajar untuk menguasai Kundalini Reiki bagi memberi ketenangan untuk meraih “KEJAYAAN” dimasa hadapan. Jangan bertangguh-tangguh lagi. Hubungi saya secepat mungkin.
“MARI KITA BERUBAH!!”
No.Tel : 013-9053982 (SMS)
 email : azrul_mazlan@yahoo.com




Selasa, 4 Disember 2012

Belajar Reiki Untuk Apa?


Sering kali kita dihimpit masalah dalam kehidupan sama ada dari segi kewangan, tekanan kerja, masalah keluarga dan berbagai-bagai lagi masa. Mengapa ini berlaku? kerana kita tidak mampu mencapai apa yang dikatakan "KEBERKATAN HIDUP"

"Sesiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji dengan sesuatu musibah (kesusahan)."
(riwayat Al-Bukhari)

Berapa banyak kenikmatan dan kesenangan yang telah kita kecapi daripada mulai kita hidup hingga sekarang dan Berapa banyak kita mengucap "KESYUKURAN" ??

"KEBERKATAN HIDUP" adalah berkaitan dengan sejauh mana kita "BERSYUKUR".
kita diuji adalah untuk menilai sejauh mana kita menjadi manusia sebenar. Manusia sebenar akan selalu "BERSYUKUR" kerana dia sedar siapa dia..Dia adalah "HAMBA" kepada "TUAN" empunya segalanya, "RAJA" empunya tanah jajahan, "PENCIPTA" empunya kuasa....Allah adalah tuhan yang empunya segalanya. Kita perlu sedar hidup cuma sementara dan sebagai "HAMBA" kita bertanggungjawab untuk terus "BERSYUKUR".

Reiki adalah method untuk menjadikan anda dapat menilai kehidupan dengan sudut yang berbeza. Masalah/ujian/musibah yang diberikan Tuhan sebagai menjadikan kita manusia yang sebenar. Dengan Reiki anda akan berlajar menjadi manusia sebenar, anda akan diterapkan sifat pasrah/tawakal, mengenal Tuhan yang menciptakan kita dan "BERSYKUR" dengan anugerah-Nya..

Buatlah pemulaan awal dengan menghubungi saya seperti no.tel di atas.....

Isnin, 3 Disember 2012

manfaat reiki



BEBERAPA MANFAAT REIKI, DIANTARANYA:

 

 






  • Meningkatkan level energi dan vitalitas Anda
  • Meningkatkan intuisi dan menjernihkan fikiran
  • Peningkatan kesihatan, kualiti hidup & pengembangan peribadi
  • Mempercepat penyembuhan luka, gangguan/hambatan, sakit kepala / migrain, asma dan sebahagian besar masalah kesihatan lainnya secara efektif
  • Mengurangi stress secara dramatis
  • Mempercepat kemampuan tubuh untuk menyembuhkan diri
  • Mengurangi rasa sakit dan efek samping ubat
  • Membantu memulihkan penyakit, trauma kecelakaan dan operasi
  • Melepaskan racun tubuh / detox
  • Mempercepat proses penyembuhan alami dengan menyelaraskan energi tubuh
  • Boleh diterapkan pada haiwan & tumbuhan
  • Memulihkan tingkat keselarasan & keseimbangan seseorang
  • Memanjangkan umur sel tubuh dan menghaluskan kulit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...